Selasa, 6 Mac 2012

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pemuda melecur 80 peratus akibat dibakar

Posted: 27 Feb 2012 03:11 PM PST

PETALING JAYA 27 Feb. – Seorang pemuda terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri apabila dibakar hidup-hidup selepas dirompak sekumpulan lelaki di ladang kelapa sawit di Kampung Sepakat, Sungai Tenggi, Bukit Tagar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, cedera hampir 80 peratus dari paras paha ke atas selepas dipercayai dibakar dengan menggunakan minyak petrol.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Selvakodi, lingkungan 50-an, dia sempat membantu pemuda itu yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahnya.

Katanya, mangsa juga sempat menceritakan kejadian yang berlaku sebelum dia dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut.

"Remaja lelaki itu datang dalam keadaan terbakar dan berseluar dalam. Saya segera membawanya masuk dan menyelimutinya dengan kain sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

"Sementara menunggu ambulans datang, dia sempat bercerita tiga lelaki merompaknya sebelum dia dibakar dengan minyak petrol.

"Mangsa turut memberitahu, dia sempat terjun ke dalam longkang untuk memadamkan api yang membakar tubuhnya," kata Selvakodi ketika ditemui di Felda Gedangsa di sini hari ini.

Selvakodi memberitahu, pemuda itu sempat meminta air dan makanan kerana terlalu lapar sebelum dia diberikan air soya dan roti yang terpaksa disuap sendiri oleh cucu lelaki yang berusia 11 tahun.

Sementara itu, bapa kepada mangsa, Mohd. Shauki Dahlan ketika ditemui di Wad Kecemasan HSB berkata, dia sempat menerima panggilan daripada anak bongsunya itu sebelum dia koma dan dirawat di hospital.

"Saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan selepas menjawab, Muhammad Syahirudin berkata, 'ayah, saya kena bakar' dan kemudian talian terputus.

"Saya yang terkejut telah mendail kembali nombor itu sebelum diberitahu anak saya telah dibawa ambulans dan dikejarkan ke hospital," katanya.

Kakak mangsa, Sri Wahyuni, 25, berkata, adik lelaki tunggalnya itu keluar dari rumah kira-kira pukul 12 tengah malam semalam selepas meminta kebenaran daripada ibunya.

"Adik saya sangat aktif dan mempunyai ramai kawan di kawasan tempat tinggal kami di Kota Damansara. Dia sepatutnya menghadiri temuduga untuk bekerja di Jusco One Utama, Bandar Utama semalam.

"Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana tidak tahu dengan siapa adik saya keluar semalam. Malah, saya yakin dia tidak pernah melakukan sebarang pekerjaan yang tidak baik," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads