12 di meru - Google Blog Search |
Ampang Banjir, Zuraidah Sibuk Berceramah <b>Di Meru</b> ~ Media Cyber Posted: 18 Mar 2012 07:48 PM PDT Banjir yang melanda Ampang dan Hulu Langat telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan. Sudahlah dirundung malang, wakil-wakil rakyat yang dipilih mewakili suara mereka di peringkat negeri terlalu lambat memberi bantuan. Mujur, Barisan Nasional telah mengerahkan petugas-petugas mereka dengan pantas, demi membantu mangsa-mangsa berkenaan. Sedikit sebanyak, ianya bertindak sebagai kumpulan sokongan dan sekaligus memberi tautan rasa kepada rakyat, bahawa denyut nadi mereka sentiasa berlegar-legar di hati sanubari Barisan Nasional. Itulah komitmen petugas-petugas Barisan Nasional, yang mendepani cabaran demi rakyat. Berbeza pula ceritanya, apabila di Ampang, kelibat Zuraidah Kamaruddin langsung tidak kelihatan. Suara ngilainya sering berkumandang dalam isu NFC dan lebih spesifik, menyerang segenap ruang yang ada pada Shahrizat. Rupa-rupanya itulah yang mampu dibuat oleh Zuraidah, sedangkan sebagai ahli Parlimen, beliau juga punya tanggungjawab terhadap pengundi di kawasannya. Banjir di Ampang menyaksikan ngilaian Zuraidah kelam, tiada langsung usaha darinya dilihat pada hari kejadian 8hb dan 9hb yang lalu. Di manakah Zuraidah sebenarnya? Kehilangan Zuraidah tidak terjawab, malah penduduk dikejutkan pula dengan kehadiran badut PKR, yang kononnya cuba untuk "merawat" hati mangsa yang sedang sedih. Lucu, apakah itu sahaja kemampuan sebuah kerajaan negeri? Wakil rakyat yang diharapkan, badut pula yang dihantar! Memang dasar kerajaan "badut" Pengundi Ampang mungkin tidak tahu bahawa Zuraidah sebenarnya lebih suka mencari populariti dari membantu rakyat. Buktinya, "kehilangannya" pada hari kejadian dan 9hb punya jawapan tersendiri. Atau, apakah Zuraidah mengalami "Aquaphobia" (ketakutan melampau terhadap air)? Mungkin juga, andai dinilai dari penampilannya yang sering kelihatan seperti orang yang tidak mandi pagi. Serabai! Apa yang perlu difokuskan ialah, di saat penduduk berduka, berpenat lelah untuk membersihkan kawasan rumah yang terjejas teruk akibat banjir, Zuraidah sebenarnya berada di Meru untuk memberi ceramah politik pada 9hb yang lalu! Foto dibawah menceritakan segala-galanya. |
You are subscribed to email updates from di meru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan