Isnin, 26 Mac 2012

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Retorik Dan Permainan Kata Ucapan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2012 04:09 PM PDT

Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, 29 Rabiul Akhir = 22 Mac (Khamis):

Persidangan seharian hari ini dipenuhi dengan menjawab soalan-soalan lisan dan ucapan-Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sebanyak 16 soalan dapat dijawab pada hari ini yang melibatkan soalan mengenai air lombong, soal kuil, biasiswa, Kilang Haram, Padat, tanah, Wi-Fi Percuma, Pusat Hiburan, Pembangunan Kampong, Tonggakan Air Percuma, kawalan arak, Kg,-Kg. Baru, Tiada Projek Mega, Jalan Rosak, Akhbar Negeri Selangor (Soalan Adun Bangi), Ceria Bangunan. Manakala ucapan-ucapan sempat disampaikan oleh Y.B.Kajang (Lee Kim Sin), Y.B.Kuang (Abdul Shukor bin Drus), Y.B. Sekinchan (Ng Suee Lim) dan Y.B.Sungai Pelek (Yap Ee Wah) – Y.B. Yap akan sambung ucapan esok.

Apa yang mahu dibawa pada hari ini aspek permainan bahasa yang boleh dikategorikan di bawah bidang Balaghah (retorik) yang melibatkan penggunaan kata – satu perkataan dimaksud kepada makna berlainan, iaitu melompat dari makna asal kepada makna yang lain. Contoh penggunaan istilah `Jati`yang bermaksud Asli, tetapi jadi berubah. Pelik yang berasal dari nama tempat dimaksudkan dengan makna `pelik sebenar`.

Hari ini Adun melihat banyak permainan kata ini digunakan oleh Sekinchan di dalam berucap dan berbahas, begitu juga Adun Sungai Pelek. Misalnya makna Sekinchan tidak jelas. Tapi dikaitkan dengan Y.B. Sekinchan orang bercakap `kencang` (sekadar berhampiran sebutan dibanding dengan caranya bercakap bersungguh-sungguh bila berucap). Dalam mengkritik Y.B. Gombak Setia (Dato' Dr. Hasan Ali) beliau berkata,

"Sejak Y.B. Gombak (Dr. Hasan Ali) tubuh JATI, maka pasaran `Beras Jati` merudum di pasaran, kerana orang tidak senang dengan sikap Adun Gombak Setia yang `tidak setia`. Sekinchan menyifatkan Jati Dr. Hasan adalah hancur sehancur-hancurnya. Beras hancur 100% dan tidak boleh dimasakkan sebagai nasi biasa. Menurut Sekinchan, sejak Beras Jati menurun dari segi pasaran, kerana nama Jati diguna oleh pertubuhan yang tidak disenangi, maka beras `Sekinchan Best` meningkat dari segi pasaran. Memang katanya `Beras Sekinchan` terbaik di Malaysia.

Sungai Pelek pula disifatkan pelik oleh Sekinchan. Menurutnya MCA langsung tidak suka kepada Dr. Hasan Ali, mengapa Sungai Pelek menyokong Gombok Setia yang telah hilang kepercayaan orang, tapi peliknya, Sungai Pelek sokong, bukan kerana beras, tapi kerana BN bersekongkol di belakangnya.

Sungai Pelek juga menyebut bahawa beliau mahu bawa beberapa perkara yang pelik-pelik, iaitu tentang sampah yang dilonggok berdekatan klinik di Sepang di minta diangkat, tapi tak diangkat sehingga tiga minggu. Akibatnya bau busuk yang kuat, pesakit yang datang untuk berubat bukan sihat, tapi semakin sakit.

Yang pelik juga katanya, ``Ada beberapa ibu yang tinggal di Sepang, tapi pergi melahirkan anak di Hospital Seremban, tidak mendapat kelayakan TAWAS, walaupun duduk di Selangor. Sepatutnya pihak kerajaan mempercayai Ketua KampUng dan Wakil Rakyat yang memberi pengakuan anak yang dilahir di Seremban adalah rakyat Selangor. Beliau juga melahirkan rasa pelik dengan istilah `Rumah Mampu Milik` yang harganya lebih dari RM100,000 yang bukan lagi mampu milik, tetapi rumah mampu milik yang tidak mampu milik. Maka makin ramailah yang tidak mampu milik rumah.

Apa yang diutarakan di atas dari segi balaghah dan retorik itu adalah ucapan spontan dari Adun-Adun yang berucap, tapi secara tidak langsung mereka secara kreatif mempermainkan bahasa yang menghidupkan bahasa tersebut dan menjadikan sidang menarik dan menarik pula untuk dikaji dari segi bahasa – balaghah/retorik.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads