Rabu, 25 April 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


THE FLYING KICK: MASJID <b>DI AMPANG</b> SUDAH BERTUKAR JADI <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2012 02:00 AM PDT

Maka benarlah seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang antara lain maksudnya,

Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Amat malang bagi umat Islam apabila institusi seperti masjid telah digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk mereka memanjangkan pengaruh dan menunjuk-nunjuk kononnya mereka telah berjaya menguasai masjid, pentadbiran masjid malah hala tuju masjid.
Itu yang berlaku pagi tadi di Ampang apabila Masjid Bukit Indah dicemari dengan pergaduhan serta persaingan untuk menunjukkan kehebatan mereka berpolitik.
Semuanya bermula apabila sekelompok penyokong PAS yang gementar melihat bagaimana AJK masjid berkenaan ditendang keluar oleh kariah, memulakan rancangan besar mereka bagi membolehkan masjid berkenaan dikuasai oleh kelompok mereka.
Anak kariah terpaksa diimport agar calon-calon AJK masjid yang condong kepada PAS menang dalam pertandingan merebut jawatan pagi tadi. Apabila taktik tersebut telah bocor, pergaduhan tercetus sehingga menjadikan Masjid Bukit Indah tidak ubah seperti sebuah pasar basah yang menjual daging babi segar!
Bidaah Dholalah seperti ini merupakan antara budaya yang sudah diterima secara meluas. Pertandingan dan kempen telah dianggap sebagai sebahagian daripada budaya sihat yang kononnya mencerminkan ketelusan dan keterbukaan.
Budaya ilmu dan budaya etika, tidak lagi wujud walaupun ianya membabitkan sebuah masjid. Perlantikan AJK tidak lagi berlandaskan siapa yang lebih berilmu, sebaliknya siapa yang lebih berwibawa dan paling menonjol dalam politik kepartian, sehinggakan si lembu yang mengaku gajah pun turut dilantik mengisi jawatan keagamaan. Yang penting, kelompok sendiri dan berjaya berlakon seperti orang alim!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads