12 di padang jawa - Google Blog Search |
Shahalamkini.com – PRA BERSIH <b>DI PADANG JAWA</b> HANYA <b>...</b> Posted: 25 Apr 2012 04:08 AM PDT MAKLUMAT dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat. Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat 'terunggul' mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali. Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang. Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang. Maklumat yang didapti daripada penduduk jalan Dewan sultan Sulaiman 1 (terkenal dengan panggilan umno lama)pula menyatakan lebih kurang 4 ribu orang sahaja yang hadir menyertai pra BERSIH di Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru,maklumat dari media baru pro BN pula menyatakan hanya 3 ribu orang yang hadir dan maklumat dari media baru pro Pakatan Rakyat pula menyatakan 10 ribu orang. Manakala Demo pra BERSIH 21-4-2012 di ibu kota Shah Alam hanya diseratai oleh 2 ratus orang itupun termasuk dengan para polis dan orang ramai yang memerhati kelakuan mereka.pada hari itu pemimpin Pakatan rakyat Shah Alam YB Khalid Samad,YB Yakob Sapari,Yb Rodziah Ismail tidak kelihatan. PRA BERSIH DIIBU KOTA SHAH ALAM pada 24-4-2012(malam) pra BERSIH yang diadakan dimasjid Padang Jawa Shah Alam hanya dihadiri oleh sejumlah 30 hingga 40 orang sahaja walaupun YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam turut hadir.(yang ini penulis SAK tak dapat pergi,apa yang ditulis hanya berdasarkan pemantuan yang dibuat oleh penduduk setempat)… Sebagaimana yang diketahui media baru pro pakatan Rakyat tidak akan melaporkan pra BERSIH padang Jawa jumlah sebagaimana yang dimaklum oleh Shah Alam Kini.jika mereka laporkanpun sudah tentu bukan 30-40 orang. Mengambil contoh himpunan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta pada, 'dinaikkan tarafnya' kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini. Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.mengikut pemantau Shah Alam kini yang berada di KL pula hanya 300 orang itupun termasuk orang yang tumpang sekaki kerana nak baju free. Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini. Itu dari segi kehadiran. Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah. Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas. Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia. Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS. Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November. Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini. Ketiadaan 'publisiti percuma' dari media-media arus perdana dan pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang. Tindakan semua media arus Perdana yang tidak memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan 'tarikan' untuk rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi. Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya. Sumber penulis menganggarkan hanya sekitar 15,000 orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut. |
You are subscribed to email updates from di padang jawa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan