Ahad, 8 April 2012

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Sejarah Sungai <b>Semenyih</b> Dan Krisis Air « Segala tentang air

Posted: 15 May 2011 01:30 AM PDT

Nukilan dari Abd Malek Abd Hanif ( malekhanif@yahoo.com ) http://smeh.tripod.com/gesungai.htm

PENGENALAN
Sungai Semenyih merupakan sumber air bagi Lembah Kelang dan sebahagian besar negeri Selangor. Di daerah Hulu Langat ada dua batang sungai utama iaitu Sungai Langat dan Sungai Semenyih yang berpunca daripada satu tadahan air (empangan) di Pangsoon.
Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih, iaitu :
a. Sungai Semenyih        f. Sungai Beroga
b. Sungai Batangsi         g. Sungai Rinching
c. Sungai Lalang            h. Sungai Purun
d. Suingai Saringgit        i. Sungai Tekala
e. Sungai Kachau           j. Sungai Pening

Di sepanjang Sungai Langat ada dua loji menyedut dan menapis air untuk kegunaan di sekitar Lembah Klang iaitu : -
1. Loji Langat (Kilometer 16) di Jalan Hulu Langat
2. Loji Cheras (Kilometer 17.6) Jalan Cheras, Kajang.
Loji Langat dan Cheras pernah ditutup beberapa kali kerana kandungan kimia berlebihan dan tumpahan minyak diesel.

Sungai Semenyih mempunyai sebuah loji di Jenderam Hilir yang berpunca daripada Empangan Semenyih.

Loji di Sungai Langat hanya berkeupayaan mengeluarkan air 113 juta liter sehari, loji Cheras (6.2 juta liter sehari), loji Sungai Serai (0.2 juta liter sehari) dan loji Pangsoon (0.5 juta liter sehari).
Pembangunan air permukaan sebagai punca utama bekalan air mentah kerana air larian permukaan merupakan kira-kira 56 peratus daripada jumlah air hujan tahunan yang dianggarkan sebanyak 990 ribu juta meter padu (rjmp) .Manakala air bawah tanah menyumbangkan hanya 6 peratus.

EMPANGAN SEMENYIH :

Empangan Semenyih diswastakan kepada Puncak Niaga Sdn Bhd. Pengerusinya ialah Datuk Rozali Ismail. Air dari Empangan Semenyih disalur ke Stesen Pam Air Henderam Hilir. Paras air di Empangan Semenyih menurun begitu mendadak sekali tahun 1997-1998 .
1998, pemindahan air dari hulu Sungai Langat dan Sungai Semenyih untuk dipam ke Intake Sungai Semenyih sebagai usaha menambah bekalan Loji Sungai Semenyih.
Di Malaysia terdapat :
1. 54 buah empangan yang beroperasi – jumlah keupayaan terpakai 12 rjmp yang memenuhi keperluan berbagai pengguna.
2. 11 buah empangan bagi tujuan penjanaan kuasa hidro
3. 43 buah empangan untuk tujuan bekalan air, pengairan dan pencegahan banjir. Empangan Semenyih termasuk dalam kategori ini.

FENOMENA KRISIS AIR DI LEMBAH KELANG 1998.

1. Krisis air di Lembah Klang hingga memaksa kira-kira 1.8 juta penduduk ( lebih 2500 keluarga ) menghadapi catuan bekalan pada tahun 1997- 1998 .
2. Catuan bekalan air dari Empangan Semenyih membabitkan 322 kawasan yang dibahagikan kepada Zon A dan Zon B.
Zon A : 68 kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling
Zon B : 254 kawasan di sekitar Kelang, Shah Alam , Hulu Langat dan Sepang dan KLIA.
Sebanyak 229 lori tangki dan 267 tangki statik digunakan.
3. Dulu menggunakan bekalan air paip tetapi sekarang terpaksa beralih menggunakan air telaga kerana mutu air yang dibekalkan itu amat rendah.
4. Paras air di Empangan Semenyih hampir mencecah paras kritikal pada tahun 1997-1998. Paras air di Empangan Semenyih merosot kepada 99.50 meter pada 10 April 1998 .  Pada 9 April 1998 90.51 meter. Paras bahaya Empangan Semenyih ialah 95.60 meter .

PUNCA-PUNCA KRISIS AIR :

1. Pembangunan hartanah dan perumahan di kawasan tadahan air.
2. 24 April 1998 : Kegiatan syarikat pembalakan giat dijalankan di empat kawasan utama tadahan hujan dan empangan di negeri Selangor yang menjadi punca bekalan air kepada berjuta penduduk Lembah Klang. Antaranya ialah di Empangan Semenyih , Empangan Batu, Empangan Sungai Langat , Empangan Klang Gate dan Loji Ampang Intake. Padahal kawasan ini adalah hutan-hutan kekal di tanah-tanah yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air Ir. Keizrul Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendakwa kawasan ini sebagai "paling penting bagi larian air ke sungai-sungai lecil untuk ke empangan dan boleh mengganggu ekosistem kawasan. Krisis bekalan air tidak akan berakhir.
3. Di Semenyih , terdapat aktiviti pembalakan oleh syarikat yang diberikan lesen oleh kerajaan negeri di Hutan Simpan Sungai Lalang seluas 232 Hektar , hanya lima kilometer dari Empangan Semenyih yang paras airnya sekarang hampir-hampir mencecah paras kritikal. Syarikat itu membalak sejak 1997. Seluas lebih 1000 hektar kawasan hutan itu telah diteroka secara berlesen sejak tahun 1977.
Bagaimana kawasan tadahan untuk Empangan Semenyih boleh diceroboh.Kegiatan itu telah memusnahkan aliran air di lereng-lereng bukit yang mengalir ke arah Sungai Semenyih yang membekalkan air ke Loji Air Semenyih.

4. Di Empangan Semenyih, dari luar kelihatan tiada apa yang berlaku, tetapi siasatan yang dijalankan ke dalam kawasan hutan sejauh lima kilometer mendapati kerja-kerja pembalakan kelihatan rancak dijalankan. Ia merupakan kawasan malar hujan iaitu Zon penampan . Malangnya mengalami kerosakan yang teruk akibat pembalakan .Krisis air yang pernah dihadapi oleh penduduk negeri Melaka akan berulang di Selangor.

5. Menteri Besar Selangor Datuk Abu Hassan Omar pula mengarahkan dihentikan semua projek pembangunan dan penerokaan hutan di kawasan tadahan ekoran kemerosotan paras air di Empangan Semenyih dan Empangan Sungai Langat. Tapi jentolak, lori balak dan para pekerja termasuk penebang-penebang balak sedang sibuk bekerja. Ini bermakna arahan gagal dikuatkuasakan.

Setiap rakyat ada hak mendapatkan air bersih adalah satu hak yang termaktub dalam Perkara 5 – Perlembagaan Negara dan Deklarsi Hak Asasi Manusia Sedunia 1948 dan Konvensyen PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.

Bagaimanakah pihak berkuasa boleh meluluskan projek pembangunan di kawasan larangan . FOMCA mahu pihak berkenaan meletakkan jawatan dan saman satu jutanya terhadap kerajaan negeri berhubung krisis air.

Faktor Semulajadi :
1. Musim kering kemarau melampai berikutan Fenomena gelombang El Nino pada tahun 1997.
2. Perubahan musim daripada musim Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya juga menyebabkan krisis air 1997-1998.

PUNCA PENCEMARAN :
Punca pencemaran Sungai Langat / Sungai Semenyih dikenal pasti ialah :
1. kegiatan kuari 7. kumbahan najis
2. sampah sarap 8. bengkel haram
3. tumpahan minyak diesel 9. karat besi
4. penyelian sisa industri tidak dikawal 10 penebangan pokok
5. Meratakan tanah secara berleluasa untuk projek perumahan dan industri
6. Pembinaan rumah setinggan dan bengkel di tanah rizab sungai.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Dusun Tua, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad menyalahkan :
1. Pembinaan 100 kilang haram di sepanjang Sungai Langat
2. Rumah setinggan di kawasan rizab sungai
3. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat gagal bertindak
4. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak menguatkuasakan undang-undang bagi menghalang pembinaan kilang haram dan rumah setinggan di kawasn rizab sungai.
4. Orang ramai turut membuang sampah sarap seperti sisa makanan, botol dan tin yang mencemarkan tempat perkelahan di Sungai Congkak, Sungai Gabai dan Sungai Tekala.
5. Kontraktor mengangkut sampah adalah di antara pihak yang disyaki bertanggungjawab membuang sisa dan bangkai binatang berhampiran Empangan Semenyih sehingga mencemarkan keindahan sekitar kawasan berkenaan. (UTUSAN MALAYSIA 25 Mac 1999 )
6. Ketidakcekapan syarikat Puncak Niaga yang diberikan kontrak penswastaan membekalkan air yang bersih amat mengecewakan . .
Air tidak seharusnya dikomersial-kan sehingga aspek-aspek kebajikan orang ramai terabai dan diabaikan.

Krisis air ini merupakan Bala Tuhan kepada manusia

2 Ogos 2003 , seramai 12 orang wakil penduduk Ladang Sungai Rinching , Semenyih telah pergi ke Balai polis Kajang untuk membuat satu aduan polis kerana tidak mendapat bekalan air..Berikutan itu am air yang diabaikan sedang dibaiki oleh pemaju.

Sejak 25 Julai 2003, hujan lebat dan ribut petir mengakibatkan kerosakan pam tangki air penduduk Ladang Sg. Rinching dan menyebabkan mereka kehilangan sumber bekalan air.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KRISIS AIR 1997 -1998 :

1. Kawasan tanah rizab kerajaan perlu diawasi dengan baik seperti dipagar
2. Menubuhkan satu pasukan petugas mengawasi kawasan tadahan air.
3. Semua jabatan terbabit perlu membuat bancian secara terperinci mengenai pembinaan kilang di kawasan itu sama ada berlesen atau tidak
4. Tindakan undang-undang seperti mensita dan meroboh kilang yang tidak berlesen. Tahun 1998 , kompaun kepada lima pengusaha kilang dan menunggu perintah mahkamah untuk meroboh kilang berkenaan.
5. 24 Mac 1999 – Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan Empangan Projek Sungai Selangor Fasa 3 (SSF3) di Kuala Kubu Bharu akan dibina berdasarkan cadangan laporan lengkap kajian kesan alam sekitar (EIA). (UTUSAN MALAYSIA)
6. Bagi memastikan krisis air tidak berulang dan dapat diatasi pada masa akan datang Jabatan Bekalan air mengadakan beberapa projek baru.. Antara projek baru yang sedang dan akan dilaksanakan pada tahun depan ialah projek pemindahan air dari Sungai Selangor ke Empangan Sungai Tinggi (RM75.6 juta), projek pengindahan air dari tasik ke Empangan Semenyih dan Loji Sungai Langat (RM80 juta) serta projek pengurangan air tidak berhasil (RM17.1 juta).
7. 24 Mac 1999 – Lembaga Urus Air Selangor diwujudkan dan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Abu Hassan Omar bagi menangani krisis dan kemerosotan kualiti air di negeri itu
8. Kilang atau individu yang mencemarkan sungai boleh didakwa mengikut Enakmen Pembekalan Air 1997 di bawah subseksyen 25( 2) dengan denda tidak melebihi RM100, 000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.
9. bekalan air dari tasik
10. menyedut air bawah tanah
11. Mengadakan solat istisqa iaitu solat meminta hujan diadakan di Kampung Sungai Lang Baru, Banting.
12. Penduduk hendaklah melaporkan jika terlihat paip air pecah atau bocor.
13. Pembenihan awan. Tapi kadangkala tidak berjaya kerana terdapat awan yang nipis . Pembenihan awan dilakukan pada bulan April 1998 . Paras air di bebeberapa empangan meningkat sedikit .

8 Mac 1999 – Paras air di semua empangan di Selangor kini berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan berbanding tempoh sebelumnya. (UTUSAN MALAYSIA)

Pada 24 Mac 1999 , paras air di semua empangan iaitu Empangan Klang Gates, Empangan Langat dan Semenyih berada di paras memuaskan dengan catatan kenaikan sehingga 0.03 meter setiap hari.

KETIADAAN BEKALAN AIR DI SEMENYIH JANUARI 2003 – MAC 2004

Malaysia mempunyai sumber air yang mencukupi bagi penduduk Lembah Klang maka Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya . Tapi sumber air yang semakin terhad atau hanya 'cukup-cukup' sahaja.

Masalah sumber air yang semakin terhad , masalah non revenue water yang dikatakan mencecah sehingga 40 dan pencemaran Sungai Semenyih.

Tahun 2003 terutama 26 Mac 2004 penduduk di sekitar Selatan Negeri Selangor seperti Semenyih , Bangi, Puchong dan Sepang sekali lagi dikejutkan dengan masalah ketiadaan bekalan air paip.

Pihak Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) menyatakan masalah pencemaran sumber air mentah dari Sungai Semenyih yang membekalkan air kepada Loji Air Sungai Semenyih.
1. Air Sungai Semenyih Tidak dirawat dengan sempurna kerana pencemaran bau yang tidak diketahui sumbernya.
2. Kejadian yang sama pernah berlaku pada bulan Mei 2003.
3. Akibatnya bekalan air bersih kepada lebih sejuta penduduk dan industri di kawasan Selatan Selangor terpaksa ditutup hampir 12 jam.

Langkah mengatasi masalah sumber air :
1. Air diuruskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan juga Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Air.
2. Penubuhan Suruhanjaya Air Negara – badan bebas menilai semua aspek pengurusan air dan perkhidmatan perbekalan air di Malaysia.
3. Tahun 2007 Selangor memerlukan bekalan sumber air mentah dari Pahang bagi menampung permintaan yang semakin bertambah.
4. Pihak yang mencemarkan hendaklah dianggap pengkhiamat negara dan hendaklah dibawa ke mahkamah.

CADANGAN MENGATASI PENCEMARAN DI SUNGAI SEMENYIH

1. Pihak kerajaan Selangor bersama media massa perlu meletakkan masalah pencemaran sumber air sebagai isu utama yang perlu ditangani segera sebagaimana masalah kecurian pasir di Selangor baru-baru ini.
2. Teknologi rawatan air di loji perlu dipertingkatkan bagi membolehkannya terus beroperasi biarpun terdapat pencemaran sumber air.
3. Takungan simpanan air mentah dengan isipadu air yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya dua hari perlu diwujudkan berhampiran loji berkenaan supaya dapat menampung permintaan air ketika berlaku masalah pencemaran sumber air sungai.
4. Jabatan Alam Sekitar dan pihak pengendali loji boleh dihubungi melalui talian hotline dan SMS dengan cara meletakkan papan tanda "Aduan Pencemaran Sungai" di kawasan yang strategik di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai utama.
5. Pihak pengendali loji perlu menggalakkan orang ramai memberi maklumat mengenai pencemaran Sungai Semenyih dengan cara memberi sedikit insentif, mungkin dalam bentuk pemberian wang.
6. Kempen yang berterusan perlu dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama pihak pengendali loji. Dengan cara tersebut pihak industri dan orang ramai yang tinggal di sepanjang Sungai Semenyih akan lebih prihatin tentang masalah pencemaran sungai serta hukuman bagi mereka yang mencemarkan sungai dengan sewenang-wenangnya.
7. Kilang yang beroperasi di kawasan tadahan Sungai Semenyih termasuk dari kawasan perindustrian Semenyih, Beranang dan Nilai hendaklah mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1979. Jika mereka gagal berbuat demikian maka lesen mereka hendaklah ditarik balik dalam masa 24 jam.
8. Semua Loji Kumbahan Indah Water (IWK) yang terletak di kawasan tadahan perlu disenggara dengan baik agar tidak mencemarkan sumber air.
9. Penternak binatang sama ada ayam, lembu, kambing atau khinzir berhampiran Sungai Semenyih perlu memastikan air kumbahan dari ladang ternakan mereka sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam sekeliling 1979. Jika mereka gagal mematuhi undang-undang tersebut ladang ternakan mereka boleh ditutup atau dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai.
10. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1979 hendaklah dikaji semula supaya semua parameter kimia yang boleh mencemarkan sungai disenaraikan di dalam akta tersebut.
11. Tapak pelupusan sampah berhampiran Sungai Beranang perlu dipindahkan segera bagi mengelakkan aliran tercemar ke dalam sungai tersebut yang merupakan anak sungai utama kepada Sungai Semenyih.

MASALAH NAJIS KHINZIR DI SUNGAI SEMENYIH

Najis yang disalurkan dari ladang ternakan babi dikenal pasti sebagai satu daripada punca pencemaran kawasan tadahan :
1. Sungai Semenyih terutama di Kampung Sungai Purun
2. Sungai Rinching. terutama di kawasan Rinching Kong

Perkara tersebut disahkan olah :
1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perjawatan, Pendidikan dan Pembangunan Manusia Negeri, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad
2. Laporan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Hulu Langat 1998

Jabatan Perparitan dan Saliran Hulu Langat menyatakan pencemaran berpunca daripada :
1. aktiviti kuari 5. kilang getah
2. pembuangan sampah 6. bengkel haram
3 sisa industri 7. pembinaan rumah setinggan di rizab sungai
4 mencuci pasir 8. makanan, botol serta tin minuman.

Tahap kebersihan air yang diproses di loji pembersih air di Jenderam tidak terjamin kerana tahap pencemarannya tinggi sebelum diproses.Analisis saintifik perlu dilakukan bagi memastikan standard kesesuaiannya dan peralatan memproses tidak mampu mengeluar air yang benar-benar bersih mengikut piawaian.

Doktor klinik swasta pernah memaklumkan kepadanya bahawa air minuman yang tidak bersih dikatakan penyebab kepada meningkatnya penyakit kronik di kalangan kanak-kanak seperti lelah, sakit buah pinggang dan sakit kulit.

Projek pembangunan perumahan juga menyumbang kepada pencemaran kawasan tadahan Sungai Semenyih menyebabkan airnya berlumpur seperti di Sungai Rinching.

Aktiviti kilang, bengkel dan pembuangan sampah adalah penyumbang terbanyak kepada pencemaran yang dikesan di beberapa lokasi iaitu di :
1. Sungai Beranang dekat Kampung Kebung
2. Sungai Sokok dekat kawasan perusahaan Beranang
3. Sungai Semenyih dari jambatan Bukit Tunggul ke hilir
4. Kuala Sungai Batangsi ke hulu
5. Parit Dolah di Jalan Sungai Lalang.

AKTIVITI PERIKANAN DI EMPANGAN SEMENYIH

Kajian tentang ikan dan perikanan telah dijalankan di Empangan Semenyih dan Empangan Kenyir antara September 1990 hingga Ogos 1991. Terdapat 15 spesis rotifer dari 8 famili dan 7 spesis cladoceran dari 5 famili..Aktiviti perikanan dilarang di Empangan Semenyih yang seluas 350 hektar.
Copepod dan cladoceran yang seimbang penting kepada biomass empangan Semenyih. Copepod mendominasi biomass sebanyak 61% di Empangan Semenyih
Di Empangan Semenyih terdapat beberapa spesis ikan yang popular antaranya ialah Sebarau(Hampala macrolepidota) ,Haruan (Channa striatus) , Sia (Mystacolrucus marginatus) Toman (Channa macropeltis), Baung (Mystus nemurus) dan Lampan Sungai (Puntius schwanenfeldii).
Empangan Semenyih dengan keluasan 350 hektar dan kedalaman antara 17 – 35 meter . Kedalaman begini membolehkan oksigen sampai sebanyak 5 mg.L-1 , iaitu antara 1meter dan 13 meter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads