12 di kuala kubu - Google Blog Search |
onggon.com: Apa Yang Menarik <b>di Kuala Kubu</b> Bharu Posted: 27 Dec 2011 04:15 PM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 22-23 Disember 2011 baru-baru ini aku buat kali pertamanya menjejakkan kaki di Kuala Kubu Bharu, 70km daripada Putrajaya. Semasa dalam perjalanan singgah berehat di suatu tempat pemandangan lawa bernama Empangan Batu (rasanya lah) sebelum sampai ke KKB. Kat situ dengan memakai baju Sony Studio Zaloon aku pun keluarkan kamera dan ambik gambar panorama. Tiba-tiba aku kelihatan satu susuk tubuh juga memakai baju berlogo Sony Alpha. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku pun menuju ke arah mamat tersebut dan sambil bersalaman aku memperkenalkan diri. Rupa-rupanya mamat tu adalah Abam Shahrul Zaman yang juga dikenali sebagai Dewa PaiPaiJilo iaitu masta landscape photographer dikalangan pengguna kamera Sony hehe.. Selepas berkenalan dan berbual ringkas aku and the gang pun meneruskan perjalanan ke KKB. Setelah selesai tugas rasmi, kami pusing satu KKB untuk cari hotel sampailah ke Rumah Rehat Kerajaan pun cak bo liau.. illek.. Takde kosong.. Last-last check in di Hotel Seri Melati. Hotel kena naik tangga aku ingat ada ler dalam 4-5 tingkat. TV rosak, lampu bilik air rosak, aircond plak remote control rosak. Towel pulak sebelah malam baru ada. Sepanjang hari masa kat situ hujan memanjang.. Bila malam, hanya ada beberapa kedai je yang bukak dan kedai makan kalau tak silap ada 3-4 yang bukak sampai larut malam. Keesokan harinya setelah selesai tugasan rasmi, Tuan Haji Shaari ajak solat Jumaat di Darul Quran, 2km dari pekan KKB. Setelah habis solat, Tuan Haji dah set nak jumpa ngan Ustaz Muktasyaf Ibrahim yang juga masta photographer terkenal dalam dunia flickr dikenali dengan nama pena "AnNamir". Terima kasih banyak-banyak pada Ustaz AnNamir kerana mempelawa untuk ambik gambar Masjid Darul Quran berlatarbelakangkan alam semulajadi yang indah kat situ. Alhamdulillah, aku telah berjumpa dengan dua orang masta di KKB tanpa dirancang sebenarnya hehe.. Benarlah kata pepatah, "berkelanalah, bermusafirlah untuk melihat kebesaran Allah SWT.." Dah 2 tahun dah aku teringin nak jejak kaki di Darul Quran ni akhirnya tertunai jugak impian walaupun gambar yang aku ambik tidaklah sehebat mana, tidaklah sehandsome mana macam orang lain ambik.. Alhamdulillah.. Beruntunglah sape yang duk kat KKB ni.. KKB ni dianugerahkan Tuhan dengan tempat-tempat yang cantik dan mendamaikan. Hati rasa tenang je kepala pun tak serabut macam kat KL.. :) |
IdrisTalu: Jambatan antik <b>Kuala Kubu</b> Bharu – Gap Posted: 09 Mar 2012 12:01 AM PST ادريس اسماعيل تالو Idris Ismail Talu Jambatan lama, tidak tahu berapa lama usianya. Mungkin pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Kubu Bharu ada memiliki rekod jambatan ini kerana ianya terletak di bawah jagaan jabatan tersebut. Jambatan ini dibina merentangi sebatang sungai di jalan lama dari Kuala Kubu Bharu ke Gap/Bukit Frazer. Kalau dilihat kepada bentuk senibina jambatan ini, ianya termasuk ke dalam kelompok yang dinamakan Arch Bridge. Dikatakan, senibina jambatan ini sudah mula dibina sejak tahun 1300 SM lagi. Antara jambatan tertua dari jeris ini ialah Jambatan Mycenaen Arkadiko di Greece. Jambatan Limyra di barat daya Turki dikatakan termasuk ke dalam kelompok senibina ini. Pihak Inggeris membawa senibina jambatan jenis ini ke Malaya semasa zaman penjajahan dahulu. Jambatan ini kini menjadi sebahagian dari sejarah tanah air kita. Tidak lama selepas melalui jambatan ini pada 6 Oktober tahun 1951, Sir Henry Gurney telah diserang hendap semasa dalam perjalanannya ke Bukit Frazer. Elok rasanya, pihak-pihak yang bersangkutan (Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan, dan sebagainya) mengambil perhatian tentang peluang-peluang yang boleh kita ketengahkan objek-objek berejarah seperti jambatan ini, sebagai bahan tarikan pelancongan. |
You are subscribed to email updates from di kuala kubu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan