12 di sijangkang - Google Blog Search |
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Drama Menarik <b>Di Sijangkang</b> <b>...</b> Posted: 07 Apr 2012 07:26 AM PDT Kisah yang dibongkar oleh blogger Double Y ini memang macam cerita drama tv la. Sebelum penyakit drama bersiri melanda negara, biasanya plot-plot sebegini banyak digunakan jika drama memaparkan kehidupan kampung. Fokus utama adalah perebutan kuasa dan selalunya yang direbutkan adalah jawatan Ketua Kampung atau JKKKKK atau Imam mesjid. Dicampurlah dua-tiga plot sampingan macam anak dara tuk imam berkasih dengan anak teruna sipencabar tadi, atau kumpulan yang fanatik agama cuba memaksa orang kampung menerima fahaman mereka bla bla bla ... tapi plot utama adalah Jawatan, dan tujuan perebutan Jawatan itu adalah kerana kuasa dan wang. Double Y hanya mengulas tentang plot utama, jadi saya tak pastilah samada melibatkan watak sampingan seperti diatas, tak juga disebut tuk imam itu ada anak dara ke tidak ....... Ok serius. Fakta yang BENAR - Jawatan - Nazir Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Isu bermula bila Ketua Pemuda Pas Sijangkang Abd Ghani Abd Manaf menulis dalam FB - Dalam 4 tahun Pas ambilalih pengurusan mesjid, baki duit tabung sekarang ada RM120ribu setelah buat renovation masjid. Maknanya Ghani beri gambaran Hj Yasin songlap duit masjid dan Pas lah yang paling telus, jujur dan amanah dalam menguruskan kewangan masjid. Dibawah adalah Penyata Kewangan Mesjid bertarikh 31 Mei 2009 Jelas tertulis bakinya RM148ribu ++ dan juga tercatat dengan teliti setiap pergerakan keluar masuk wang masjid. Kenapa Ketua Pemuda Pas Abd Ghani mengatakan tidak ada satu sen pun yang diserahkan ? ( KLiK untuk cerita sepenuhnya ) Yang ini pula dari keris7lok yang menunjukkan Borang K iaitu borang serah tugas bertarikh 14 Jun 2009. Jelas Penyata diatas adalah yang terakhir dibawah pengawasan Hj Yasin iaitu Mei 2009. Tidak ada wang tunai yang diserahkan tapi ada diserahkan 2 buku akaunbank, satu buku kutipan Jumaat dan satu buku Ledger. SIAPA YANG MENIPU ? Sebenarnya tak susah perkara ini, asalkan pihak pengurusan baru Masjid dibawah Pas sanggup menunjukkan baki akaun kedua bank itu pada waktu serahan. Dan jika cara penjagaan akaun yang kemas dulu diteruskan oleh pengurusan baru, pasti semuanya dapat diperjelaskan dengan mudah. Kemudian kita boleh lihat apakah Ketua Pemuda Pas Sijangkang Abd Ghani Abd Manaf bercakap benar atau melontar fitnah ! Dan kita juga boleh pastikan apakah wujud sebarang penyelewengan amanah mana-mana pihak yang terlibat. Tahniah blogger Double Y dan Keris7Lok, teruskan pendedahan hingga selesai isu. Jangan ada yang menjadi mangsa penganiayaan dek sebab politik dan perebutan kuasa/wang. PS - Tanya juga kot2 Hj Yasin ada anak dara tak ? |
You are subscribed to email updates from di sijangkang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan