12 di batu caves - Google Blog Search |
Aktiviti terjunan base <b>di</b> Kampung Wira Damai, <b>Batu Caves</b> Posted: 30 Jan 2009 08:03 PM PST Hanya 20 saatOleh ASMARUDDIN JAMALUDDIN Aktiviti terjunan base di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor memompa adrenalin setiap penerjun. BAGI kebanyakan kita, aktiviti terjunan base adalah sangat ekstrem. Ini kerana terjunan base dilakukan pada ketinggian yang sangat rendah berbanding terjunan biasa yang dilakukan dari kapal terbang. Dengan kata lain, terjunan base adalah satu bentuk terjunan dari bangunan (building), pencawang (antena), jambatan (span) dan tebing (earth). Aktiviti itu mula diterima masyarakat tempatan selepas penganjuran program terjunan base yang melibatkan 50 peserta dari seluruh dunia di Menara Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2001. Kejayaan program itu telah membuka peluang kepada penggemar sukan ekstrem untuk memperkembangkan aktiviti itu di negara ini. Di Malaysia, lokasi sesuai untuk terjunan base adalah sangat terhad. Yang sesuai hanyalah terjunan dari bangunan tinggi. Malangnya untuk mendapatkan kebenaran membuat terjunan di bangunan berkenaan hampir mustahil kerana polisi dan situasi bangunan di sini tidak membenarkan aktiviti seperti itu dilakukan.
Cuma, sejak akhir-akhir ini, terdapat sedikit peluang untuk membuat terjunan base dari menara-menara tinggi, itupun pada hari keraian tertentu sahaja. Setakat ini, hanya Menara KL sahaja yang menjadikan terjunan base sebagai acara tahunan anjuran mereka dan itupun kerana menara itu mempelopori sukan terjunan bebas di negara ini. Terjunan bebas sedikit berbeza dengan terjunan base kerana penerjun sempat memusingkan badan, berbanding terjunan base yang mana penerjun tidak sempat berbuat demikian. Justeru, bagi mengembangkan kedua-dua jenis terjunan itu, pencarian bakat pelapis baru kini aktif dijalankan oleh Presiden Persatuan Terjunan Base Malaysia, Kapten Aziz Ahmad, 52. Beliau kini sentiasa mencari lokasi tetap yang sesuai untuk aktiviti tersebut. "Tanggungjawab utama persatuan sekarang ialah mencari lokasi bagi melengkapkan empat disiplin base di negara ini," katanya kepada Kosmo!. Dengan bantuan dua sahabatnya yang pakar dalam terjunan bebas, mereka membuat cubaan pertama terjun dari puncak tebing batu di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor pada awal tahun lalu. Ekoran kejayaan terjunan pertama itu, beberapa terjunan lain dan beberapa perbincangan dengan pengurusan pusat mendaki di situ telah dilakukan. Hasilnya, satu pelantar dibina di tebing bukit pada Oktober lalu bagi memudahkan penerjun mendapatkan posisi terbaik untuk membuat terjunan. MOHD. Idrus (kiri) dan Mohd. Noorizan melipat kanopi selepas membuat terjunan. Sebelum ini, kawasan tersebut sangat terkenal dengan aktiviti memanjat tebing (rock climbing) dan kini bakal melakar sejarah menjadi pusat terjunan bebas dari tebing batu pertama di negara ini. Kesempatan bersama mereka untuk melihat sendiri bagaimana mereka melakukan aktiviti terjunan bebas di situ adalah satu isyarat dari mereka bahawa mereka telah cukup bersedia untuk mengembangkan satu lagi aktiviti ekstrem di situ. Menurut Aziz Ahmad, keberanian sahaja tidak mencukupi untuk menyertai sukan itu kerana kecekapan dan kemahiran menguasai saat-saat genting sangat perlu. Dengan ketinggian hanya 96 meter (317 kaki) dari tanah, penerjun tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. "Cuba bayangkan, apa yang boleh dilakukan dalam tempoh tidak sampai 20 saat? Itulah tempoh masa yang ada bagi setiap penerjun base di situ sebelum mereka mendarat," ujarnya tegas. Memang diakui, sukan ekstrem seperti terjun base itu tinggi risikonya. "Tetapi risiko yang dihadapi boleh dielakkan sekiranya mereka menerima tunjuk ajar dan panduan daripada jurulatih yang benar-benar bertauliah," katanya. Oleh itu, hanya penerjun yang berjaya membuat terjunan melebihi 150 terjunan dari kapal terbang dibenarkan melakukan aktiviti tersebut. Ketepatan mendarat di lokasi yang ditetapkan juga amat penting bagi penerjun baru. Bagi penerjun paling senior yang juga merupakan bekas komando, Jamaluddin Ismail, 54, beliau amat mementingkan disiplin diri. Kecelakaan boleh dielakkan dengan mengikuti rutin disiplin yang telah ditetapkan untuk penerjun. "Cara berpakaian, kelengkapan keselamatan dan menguruskan kelengkapan terjunan amat diutamakan," ujarnya. Mengimbas kembali penglibatan awalnya, akui Jamaluddin, beliau mengikuti aktiviti terjunan kerana 'tugas'. PILOTCHUT Asistance, Azuan Taruddin sedang memeriksa beg Ahmad Zaharuddin sebelum membuat terjunan.
Namun kini, aktiviti ekstrem itu bertukar menjadi hobi. Ini kerana aktiviti seperti itu telah sebati dengan dirinya. Beliau telah melakukan lebih daripada 3,000 terjunan sebelum ini. "Setakat ini, saya telah melakukan dua daripada empat disiplin terjunan base iaitu dari bangunan dan tebing," ujarnya. Beliau juga berterima kasih kepada pihak pengurusan pusat mendaki di Wira Damai, Batu Caves kerana telah memberi kemudahan kepada penerjun untuk menjadikan pusat mendaki itu sebagai lokasi terjunan base dari tebing yang pertama di negara ini. "Padang bola di sini juga menjadi tarikan penerjun kerana ia selamat untuk penerjun mendarat," katanya lagi. Bagi penerjun muda, Hizam Shah Sahibudeen, 28, beliau mula mendapat pendedahan aktiviti payung terjun dari bapanya yang juga merupakan seorang penerjun. "Saya memulakan aktiviti terjunan ini secara serius semasa menuntut dan bekerja di California, Amerika Syarikat. Di sana, terdapat banyak peluang untuk mendalami aktiviti terjunan ini," katanya. "Semasa di sana juga, saya telah melengkapkan keempat-empat disiplin base seperti terjun dari bangunan, pencawang, jambatan dan tebing. Setiap disiplin terjunan base memberikan pengalaman yang berbeza dan begitu mengujakan," katanya lagi. Beliau juga amat mengalu-alukan pembukaan lokasi terjunan di Batu Caves kerana akan memberi lebih banyak peluang kepada penerjun baru untuk melakukan terjunan base di negara ini. Lebih menarik lagi, kemudahan awam di situ sudah lengkap dan mudah dikunjungi. "Setiap penerjun hanya memerlukan 30 minit untuk berjalan ke puncak melalui trek yang disediakan," katanya. AKTIVITI terjunan base di Kampung Wira Damai, Batu Caves semakin popular. Bagi Mohd Idros Mohd Yusop pula, tarikan di lokasi itu akan membantu meningkatkan populariti aktiviti terjunan base. "Selain melakukan terjunan base, peserta juga boleh mendaki tebing batu di sini," katanya. Katanya, terdapat dua teknik asas yang diamalkan penerjun semasa melakukan terjunan base iaitu dengan teknik pilotchut asistance (pca) dan handheld free fall. Menurutnya, handheld free fall hanya boleh dilakukan jika pilotchut yang digunakan bersaiz besar dan sesuai untuk terjunan dari tapak lokasi yang lebih rendah. Sementara pilotchut asistance pula sesuai untuk mereka yang ingin membuka kanopi dengan pantas. Ini bermaksud, penerjun akan menggunakan khidmat rakan lain untuk membantu menarik keluar kanopi sebaik sahaja melakukan terjunan. "Tindakan ini akan membantu penerjun membuka kanopi sebaik sahaja mereka terjun," ujarnya lagi. Setakat ini, beliau telah melakukan terjunan base lebih 350 kali dan melengkapkan dua disiplin iaitu terjun dari bangunan dan tebing. Sesiapa yang berminat untuk belajar dan mendalami sukan terjunan base, bolehlah menghubungi Aziz Ahmad di talian 019-202 4198 atau e-mel skydivewilaziz@hotmail atau Mohd Idros Mohd Yusop di talian 019-620 4946 atau e-mel idros.yusop@menarakl.com.my. Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan di pusat mendaki Kampung Wira Damai, Batu Caves hubungi Mohd Zain Mihat di talian 014-620 0029. |
You are subscribed to email updates from di batu caves - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan