12 di sungai pelek - Google Blog Search |
Kerajaan Negeri Ambil Tanah Untuk SJK(c) Tchi Min Posted: 30 Jun 2012 08:30 PM PDT CHERAS, 01 JULAI: Prihatin dengan keperluan pelajar yang semakin bertambah, Kerajaan Negeri bersetuju mengambil milik tanah bersebelahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tchi Min bagi membolehkan sekolah itu menambah bangunan kelas darjah baru. Keputusan sebulat suara ini dicapai pada Mesyuarat Exco pada 27 Jun memandangkan sekolah yang berada di Sungai Pelek ini mengalami masalah kekurangan ruang bilik darjah sejak sekian lama. Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok berkata, proses ini dilakukan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil-milik sebahagian tanah-tanah di sebelah sekolah tersebut. Pengambilan tanah ini melibatkan lot 99 (0.9981 ekar) dan lot 100 (1.6324 ekar) di Pekan Sungai Pelek untuk kegunaan penambahan bangunan bilik darjah bagi sekolah tersebut. Menurutnya, permohon pihak sekolah untuk tanah lapang di hadapan pintu besarnya telah ditolak oleh pentadbir tanah kerana tanah tersebut digunakan penduduk Sungai Pelek. "Menteri Besar Selangor mengarahkan Pejabat Tanah Sepang untuk mendapatkan tanah di persekitaran sekolah tersebut untuk diserahkan kepada mereka (pihak sekolah). "Pada waktu sama, saya juga pernah meminta rakan saya untuk menghubungi tuan tanah di sebelah sekolah supaya menjual ataupun memberi tanah mereka kepada pihak sekolah. Namun usaha saya dan pejabat tanah gagal," luah Teresa. Beliau menambah, proses mengambil-milik oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) akan selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat bulan. Sementara kos pengambilan dan kos ukuran tanah akan ditanggung oleh pihak sekolah manakala kerajaan negeri akan membantu dalam aspek kutipan dana. Ujar Teresa lagi, parti DAP dan pihak lembaga pengarah sekolah juga akan mengadakan beberapa aktiviti untuk mencari dana pembangunan berkenaan. Selangor memperuntukkan RM 4 juta setiap tahun untuk pembangunan 109 buah SJKC. Manakala RM 4 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan RM 6 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR). SJKC Tchi Min dibina pada tahun 1938 dan mempunyai 280 orang pelajar setakat ini. |
You are subscribed to email updates from di sungai pelek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan