12 di kuala kubu - Google Blog Search |
Sungai Chilling, Kelah Sanctuary <b>di Kuala Kubu</b> Bharu | Chestnut <b>...</b> Posted: 08 Jul 2012 05:34 PM PDT Aku dan wife ke Sungai Chilling pada 30 Jun 2012. Well, ini merupakan plan last minit. Sebenarnya aku hanya decide untuk pergi pada malam sebelum 30 Jun. Kebetulan pula memang tak pernah ke sana. aku pasti kalau kita google pasal Sungai Chilling, banyak sangat maklumat yang ada. Aku akan share maklumat yang mungkin tak ada dalam laman web atau blog orang lain. Baik, Sungai Chilling merupakan pusat pemuliharaan ikan kelah. Kerana ianya pusat pemuliharaan ikan kelah, maka kita tidak dibenarkan untuk membawa sebarang alat menangkap ikan atau memancing ke sini. Sungai ini berada di dalam Hutan Simpan Kekal yang diwartakan oleh Kerajaan Selangor. Bagaimana untuk ke sana? Sebenarnya, tidak susah. Untuk kali pertama juga insyaAllah tak sesat sebab jalan dia simple dan banyak papan tanda. Sebagai panduan, kalau dari mana pun kita, kita perlu menghala ke Bandar Kuala Kubu Bharu di dalam daerah Hulu Selangor. Bandar ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Selangor. Jadi banyak la pejabat kerajaan dekat sini. Dari Bandar Kuala Kubu Bharu, ikut sahaja papan tanda ke Sungai Chilling atau boleh juga ikut papan tanda ke Bukit Fraser. Ia menggunakan jalan yang sama. Dari Kuala Kubu Bharu lebih kurang 13 km sahaja. Tiada sebarang stesyen minyak ke sana. Kalau minyak dah E atau dah nyala lampu warning, baik isi sahaja. Nanti jalan ke sana berbukit sikit melalui Empangan Sungai Selangor. Jalan melalui Empangan Sungai Selangor luas macam highway. Ada dua lane. Hint bila dah nak sampai ialah bila kita cross jambatan 1 lane. Literally 1 lane. Maksudnya, kalau ada kereta nak selisih, kena tunggu kereta tu lepas dulu. Just after jambatan, kalau you all sampai pukul 9.00, memang comfirm dah ada kereta lain, so parking sahaja kereta dekat situ. Kalau you all orang pertama, you all akan nampak pintu gerbang sebelah kanan lebih kurang 50 m dari jambatan tadi. Parking sahaja berhampiran situ di bahu jalan. Memandangkan tiada siapa yang jaga kereta kita, aku nasihatkan kita kunci kereta baik-baik bersama kunci stereng jika perlu. Jalan itu sunyi juga kecuali kereta-kereta yang hendak ke Bukit Fraser sahaja. Dari pintu gerbang ke tempat admin lebih kurang 300 m. Sampai sahaja ke pejabat admin, di situ ada kawasan lapang. Boleh berkhemah dan berkelah. Bayar kepada penjaga RM1 untuk seorang dan isi buku log. Oh ya, Sungai Chilling ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kalau nak berkhemah di kawasan sekitar admin tak ada masalah. Tapi kalau nak masuk ke Air Terjun, tetap kena ikut time yang ditetapkan. Di kawasan admin dan tapak perkhemahan ada disediakan tandas, surau dan pondok. Sungai juga dekat jika ingin mandi-manda. Ok, dari tempat admin, kami berjalan hingga ke Air Terjun Sungai Chilling. Perjalanan lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Perlu meredah sungai senhingga 6 kali untuk sampai ke sana. Baik, trek yang disediakan dijaga dengan baik. Kalau ikut trek, insyaAllah tak sesat. Untuk melintas sungai pula, ada diletakkan papan tanda memaklumkan bahawa kita perlu melintas sungai. Sesampai sahaja di puncak, ada air terjun tinggi dan kolam untuk mandi. Di sini boleh tahan banyak ikan kelah. Kalau bawa roti, boleh la bagi makan. Wife bawa makanan ikan dari rumah. Di tempat admin juga ada dijual makanan ikan beharga RM3/bungkus. Kami lepak di sana hingga pukul 12.30 tengahari. Memang bawa bekalan makan nasi lemak dan dua liter air. Aku rasa, trip ke Sungai Chilling ini lebih mudah berbanding Bukit Broga. Gambar lain bole dilihat di flickr saya di sini |
You are subscribed to email updates from di kuala kubu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan