Khamis, 13 September 2012

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Pembunuhan Beramai-ramai <b>Di Batang Kali</b> Insiden Yang Amat <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 01:02 AM PDT

- Sep 6, 2012 16:02:03.

Gambar hiasan

Kerajaan Britain menegaskan bahawa siasatan awam terhadap pembunuhan 24 orang awam di Batang Kali lebih 60 tahun lepas tidak akan dapat mencapai sebarang kesimpulan munasabah ekoran jarak masa yang telahpun berlalu.

Jurucakap kerajaan Britain dalam respons kepada keputusan Mahkamah Tinggi di London berkata: "Kami tidak berpendapat kepentingan keadilan dapat ditegakkan dengan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk meneruskan siasatan yang sebelum ini dijalankan beberapa kali."

Laporan menyebut bahawa Mahkamah Tinggi di London Selasa mengekalkan keputusan kerajaan Britain untuk tidak mengadakan siasatan awam berhubung pembunuhan 24 orang awam Batang Kali lebih 60 tahun lepas.

Menurut akhbar harian Britain, 'The Guardian', Mahkamah Tinggi membuat keputusan tentang perkara itu selepas satu perbicaraan pada Mei di London dan beberapa hakim yang bersidang menyimpulkan bahawa keputusan kerajaan itu adalah 'bukan tidak munasabah.'

Jurucakap kerajaan Britain dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata insiden yang berlaku itu sememangnya amat dikesali.

"Kami menghulurkan simpati kepada keluarga dan mangsa yang terselamat kerana kehilangan keluarga dan kepada mangsa yang terselamat kerana hilang nikmat hidup serta menanggung penderitaan," kata jurucakap itu.

Pembunuhan besar-besaran Batang Kali berlaku pada 12 Dis, 1948 semasa operasi tentera British menentang pengganas komunis selepas tamat Perang Dunia II.

Dikatakan pasukan Seventh Platoon dari G Company, 2nd Scots Guards, mengepung sebuah ladang getah di Sungai Rimoh dan menembak 24 penduduk kampung sebelum membakar kampung itu.

24 rakyat Malaysia kalah kes tentera British

LONDON – Beberapa saudara-mara kepada 24 rakyat Malaysia yang menjadi penoreh getah kalah dalam kes pembunuhan yang dilakukan askar-askar British pada tahun 1948.

Dalam kes itu, mereka menuntut satu inkuiri dilakukan kerajaan Britain berhubung kejadian tersebut.

Keputusan sesi itu diumumkan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Askar-askar British mengepung ladang getah Sungai Rimoh di Batang Kali, Selangor pada 12 Disember 1948.

Dalam kejadian itu, askar-askar tersebut membunuh 24 pekerja dan membakar kampung mereka.

"Kami akan membuat rayuan," kata seorang peguam bela kumpulan rakyat Malaysia itu, John Halford.

Salah seorang saudara-mara itu, Chong Koon Yin berkata, beliau kecewa dengan keputusan tersebut.

Kumpulan rakyat Malaysia itu meminta satu siasatan dilakukan supaya permohonan maaf dan pampasan dikeluarkan berhubung kejadian tersebut.

Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads