12 di teluk datok - Google Blog Search |
LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>...</b> Posted: 13 Sep 2012 06:14 PM PDT Bangsat! Memang bangsat betullah puak pembangkang ni. KUALA LANGAT telah diserang dengan bendera tergantungnya bendera Sang Sangka Bangsa dibeberapa kawasan sekitar Kuala Langat. Perkara ni tak boleh dibiarkan lagi. Makin berlembut makin menjadi kebiadapan mereka ini. Sudahlah mereka mempersendakan bangsa,agama, dan sistem beraja kita sebelum ini.. kini mereka bertambah biadap lagi dengan mempersendakan jalur gemilang.. Ni lokasi yang sibangsat gantung Lokasi (1) Jejantas Pekan Teluk Panglima Garang - laluan utama menghala ke Klang. (2) Lampu isyarat Simpang 3, pekan sg. Jarom, Banting. (3) Pokok Besar - Jalan utara (menghala jmbtn pulau Carey) Kg. Sawah, Banting. (4) Persimpangan masuk Taman Banting Baru. Ini yg baru dikesan & dpt info. Lain2 blm lagi. Macam ini ke nak perintah negara.. bila dah perintah.. aku yakin mereka akan buat lebih daripada ini.. Kami rakyat Kuala Langat berharap agar pihak berwajib siasat perkara ni.. jangan lepaskan mereka.. bangsat! |
Raya 1433H(2012) kami.... - Sunaina Salim.... bersama diary Mama Posted: 03 Sep 2012 08:23 AM PDT Memang tidak dijangka tahun ini sambutan hari raya dapat diraikan bersama semua anak-anakku. Kepulangan Shafiq 2 hari sebelum lebaran memberikan kami suami-isteri kejutan yang indah. Umpama mimpi ketika melihatnya melangkah masuk di pintu rumah.... Papa yang sungguh kesedihan sejak beberapa hari, begitu riang sekali. Pelukan mereka bertaut irat, rahmat kesyukuran ku panjatkan kehadrat Illahi kurniaannya, berpelukan dan berkucupan dipipi dan dahi adalah lumrah kami bila bersama anak-anak. Walaupun mereka sudah membesar, mereka tetap dipeluk dan dicium seperti mana dahulu. Resam ini tidak berubah dari dahulu sehingga kini dan selamanya insaAllah..... Kami bercadang untuk pulang berhari raya di kampung lebih awal dari biasa, Sabtu tengahari kami sudah pun meninggalkan rumah menuju ke destinasi kami, Kg Padang Tembak, Teluk Intan, Perak. Suasana hari raya kelihatan di sana sini sepanjang perjalanan kami. Dan sesampai kami di kampung aroma rendang, sambal goreng dan lemang dari dapur sungguh menyelerakan. Bau enak menerjah lubang hidung kami.... semuanya siap dimasak oleh iparku yang telah pun pulang lebih awal bersama anak-anak gadisnya. Tugas kami malam itu memasang lampu kerlap-kerlip di rumah 'Embah' kata Papa "biar nampak meriah dan ceria rumah embah...." anak-anak saudara ku yang tinggal bersama Embah pun turut seronok bila melihat Pak Min dan Hani beria-ia dengan lampu lip-lapnya.... nampak ceria dengan warna-warni indah diwaktu malam. Beginilah suasana dipagi raya ketika kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.... Sambutan Hari Raya sepertia biasa, solat sunat di masjid, bermaaf-maafan di pagi raya bersama semua yang akan berkumpul di rumah mertuaku adalah resam kami di kampung, tangan dijabat lafaz diucap dan takkala itu hati sebak mengenangkan segala kesilapan silam yang terpahat dalam hati dan kotak fikiran. Saat yang shahdu di pagi Syawal meninggalkan kesan yang begitu sukar digambarkan dan selepas bermaafan-maafan kami turun untuk menziarah pusara arwah Embah Lanang, bapa mertuaku, arwah Mok dan arwah Mayah, adik ipar ku yang telah dahulu menemui penciptanya.... Di sinilah hati sekali lagi disalut pilu.... kerinduan yang singgah di sudut hati bagai tidak dapat ditahan, dipusara ini sekali lagi airmata tidak daya untuk diseka, ia begitu murah dan deras. Ya Allah biarpun mereka hanya iparku, namun aku begitu merindui kalian..... di pusara arwah Mayah hatiku disagat pilu yang teramat..... doaku semuga Allah tempatkan roh mereka semua dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan soleha..... InsaAllah..... Inilah kebesaran Illahi, setiap yang hidup akan mati dan disini destinasi insan yang bakal menemuai penciptanya - sebuah Pusara dengan 2 batu sebagai tanda yang dipanggil Nisan. Alfatiha untuk semua ahli kubur..... Tradisi menziarah seperti biasa bagi kami, untuk tahun ini kami ke Bagan Dato dan Ipoh menziarahi saudara-mara sebelah Ibu Mertuaku yang ramai di sana. Walaupun kami jarang-jarang berpeluang untuk berjumpa, namun hubungan kami sememangnya amat akrab dan mesra. Anak-anak juga tidak janggal berjumpa dengan kerabat-kerabat di Bagan Dato dan Ipoh. Papa bersama 3 kesayangannya..... My lovely kids ever....:) Sepulangnya kami dari Ipoh, kami merancang untuk bermalam di Cameron Highland. Peluang untuk bercuti bersama-sama anak-anak. Kami terpaksa menolak permohonan Shafiq untuk bercuti di utara di atas beberapa alasan. Cukuplah ke Cameron Highland ni asalkan kami dapat menikmati masa yang berharga kami bersama, Its our Value Time! Apa yang penting ianya dilaluan pulang dari Ipoh ke Banting. Semasa di Puncak, anak-anak cukup sporting dan memberikan persefahaman diantara satu dengan lain. Papa sedari awal sudah pun berpesan, "dont spoil our vacation..." jadi anak-anak cukup faham dengan perangai Papa yang sebenarnya. Kami bersantai di setiap destinasi persinggahan kami. Walaupun dengan kesesakan di sana-sini namun semuanya bagi kami berjalan baik dan lancar. Penat namun kami cukup gembira dengan percutian di hari raya semalam di Cameron Highland. To Papa, thank you for the nice vacation..... love u so much..... :) |
You are subscribed to email updates from di teluk datok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan