12 di cheras - Google Blog Search |
- Untuk Aidilfitiri <b>di Cheras</b>…. | Pencinta Merah The Red Lover The <b>...</b>
- AR RISALAH الــرســالـة: Ular makin banyak <b>di</b> Setapak dan <b>Cheras</b>
- Kawasan kediaman <b>di</b> Setapak, <b>Cheras</b>, Jinjang jadi 'habitat' baru <b>...</b>
Untuk Aidilfitiri <b>di Cheras</b>…. | Pencinta Merah The Red Lover The <b>...</b> Posted: 29 Aug 2012 09:00 PM PDT Pak Aji / Abah. Dalam tak sihat sket tu kitorg bawak jugak Abah balik Melaka, Abah ikut jer, yelah dok KL dia sorang2 kat rumah apa hal nya kan. His hometown and Mak's hometown kat Melaka, masih ada ramai lagi sedara mara kat sana. Jadi bawaklah ke sana kalau dok KL ni pun memang tak happeninglah. malam raya tuh kan, pas dah siap rendang bagai, kita bukak puasa kat umah Pak Aji, habis tuh aku ngan RD wt RB mencicit pi Jusco belikan baju kemeja and seluar bapak aku. kitorg shopping paling laju coz mall dah nak tutup pulak tuh. bukan aku yang belanja, laki aku yang bayaukan. Smart Pak Aji. anak2 lain tinggal ikut mak sedara depa pi umah kakak aku pulak… Memandangkan kami ni 8 beradik tapi biasalah kalau dah berkeluarga ada yang belah mertua dulu, so since i m the no 4, aku lead bermaafan. kakak abang2 masih belum kesampaian. Aku kena cepat coz nak pi menghantar si Cik Tak tu satu hal pastu nak gegas lari ke rumah mertua jugak. Kang laki aku nyanyi lagu Dendang Perantau kang… LOL. Resmi mak abah aku akan tetap bagi duit raya kat anak2 dan cucu. Walau 10ringgit ke 20inggit dalam sampul tetap ada for semua pangkatlah. Tak kira menantu, ke anak cucu tetap akan dapat. Tulah satu2nya duit raya yang laki aku dapat. hahaha over ko RD me too dapat duit raya, tapi aku dapat 2 kali, sekali dari suami satu lagi dari pak aji hiks… mekasih abah dan turun menurunlah bersalaman….ikut pangkat dalam family. ini family nana my sister. adik ipar, husband nana depa turn raya kl tapi pastuh ikut raya di Melaka and minggu ni cuti panjang baru balik Kelantan, abah aku pun ikut sama ke Kelantan. melawat besannya. diikuti ngan lain2…si Epi songeh Epi raya seminggu, so ikut sama jugak sumer balik Melaka, tapi kemudian he is off to Abu Dhabi. urusan kerja. nak duit raya kena alam acikkkkk little Zara, comeiii… pastuh adik2 lain, si bongsu Adik and wife, Seri yang baru kahwin this year. Wana my SIL and anak… group hijau tu anak buah aku and anak2nya meaning my brother's first son and his cucu 3 orang which means cucu sedara aku gaklah. Apaknya yang takde. Meaning abang aku 2 oranglah takder and another 1 little brother too and kakak aku too. Kami ni 8 beradik. 3 perempuan and 5 lelaki. I am no 4. Udah nak balik baru kakak ipar first and kakak aku sampai tapi i had to go and leave. So kita sambung beraya bila jumpa di Melaka esoknya… Raya rumah mak abah cheras, takde mak, makajah masih di Mekah. pulang raya ke 4. insyallah tahun depan pun macam tu jugak. Kalau orang tanya je kitorg mak ko tetiap tahun raya kat mekah, memang tu pun aku jawab….Memang mak saya balik kampung. Mak sokmo cakap kampung dia Mekah. jadi untuk kesekian kalinya, kami beraya lagi tanpa Mak. tapi 4th Syawal Mak balik dah. Mak aku memang tetiap tahun, sekali 2 pergi buat umrah. itu je yang dia suka buat, so biarlah…jadi raya tahun nih pak aji sorang2 jer ler ngan anak cucu menantu.Best pastuh berangkai2 balik Melaka…. ha baju raya aku simple je kan. being kulu kilir ngan baju vass sana sini tiap kali event but for first few days raya aku memang suka pakai baju kurung. senang sangat nak bergerak dengan bfeednya lagi kalau tak pun dari dulu pun sama coz nak kuor masuk rumah orang ngan renyah, bahang, peluh heh….mostly masa events je nanti gah gah. lagipun taun lepas tak berkurung coz memboyot mar….taun ni bawak si kecik plak. Gitu raya kami di Cheras. Depa pastuh berjalan rumah mak2 sedara di KL tapi of cos aku di Kapar bersama keluarga mertua pulak. Till late nite. |
AR RISALAH الــرســالـة: Ular makin banyak <b>di</b> Setapak dan <b>Cheras</b> Posted: 05 Sep 2012 06:14 PM PDT Kawasan kediaman di Setapak, Cheras dan Jinjang di sini dikenal pasti sebagai antara kawasan yang sering dimasuki ular sejak kebelakangan ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata secara purata, pihaknya melakukan tiga kerja menyelamat sehari membabitkan ular memasuki rumah, majoritinya di kawasan tersebut. Beliau berkata berdasarkan bantuan menyelamat yang diberikan, bomba mengenal pasti spesis ular sawa batik dan tedung kerap memasuki kediaman di kawasan berkenaan yang dahulunya merupakan ladang kelapa sawit. "Selalunya kita mendengar kes ular memasuki rumah hanya berlaku di kawasan kampung, namun pembangunan pesat di sekitar ibu kota menjadikannya tidak terlepas daripada ancaman reptilia itu," katanya kepada Bernama. Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang tanggungjawab lain yang dijalankan oleh anggota pasukan itu selain tugas memadamkan kebakaran di mana salah satunya ialah menangkap ular yang mengganggu penduduk. Khirudin berkata bagaimanapun tiada laporan membabitkan mangsa diserang atau dipatuk selepas kediaman dimasuki spesis itu setakat ini. Beliau berkata kehilangan habitat asal menjadi antara faktor kejadian ular memasuki rumah atau di bahagian-bahagian yang bersuhu lembab di kawasan kediaman seperti di dalam longkang bagi mencari makanan dan tempat perlindungan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan itu serta kawasan lain yang berisiko supaya sentiasa memastikan persekitaran kediaman kekal bersih bagi mengurangkan kebarangkalian kejadian ular memasuki rumah daripada berlaku. "Penghuni diingatkan supaya memastikan rumah dan kawasan kediaman bebas daripada sampah sarap dan semak-samun yang tinggi," katanya. Khirudin berkata memandangkan kes itu telah menjadi sebahagian daripada rutin tugasan pasukannya setiap hari, setiap anggota bomba telah dibekalkan dengan latihan dan kemahiran dalam mengendalikan kes sebegitu supaya kerja menyelamat yang dilakukan tidak mencederakan reptilia itu dan juga anggota yang mengendalikannya. Beliau berkata setiap anggota diwajibkan menjalani kursus selama dua hari, sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh perkhidmatan bagi memahirkan mereka dengan sikap, sifat dan habitat reptilia itu daripada tenaga pengajar yang diundang khas daripada taman-taman ular. "Memandangkan ular sawa batik dan tedung merupakan spesis dilindungi, reptilia yang ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal di hutan," katanya. |
Kawasan kediaman <b>di</b> Setapak, <b>Cheras</b>, Jinjang jadi 'habitat' baru <b>...</b> Posted: 04 Sep 2012 11:40 PM PDT Kawasan kediaman di Setapak, Cheras dan Jinjang di sini dikenal pasti sebagai antara kawasan yang sering dimasuki ular sejak kebelakangan ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata secara purata, pihaknya melakukan tiga kerja menyelamat sehari membabitkan ular memasuki rumah, majoritinya di kawasan tersebut. Beliau berkata berdasarkan bantuan menyelamat yang diberikan, bomba mengenal pasti spesis ular sawa batik dan tedung kerap memasuki kediaman di kawasan berkenaan yang dahulunya merupakan ladang kelapa sawit. "Selalunya kita mendengar kes ular memasuki rumah hanya berlaku di kawasan kampung, namun pembangunan pesat di sekitar ibu kota menjadikannya tidak terlepas daripada ancaman reptilia itu," katanya kepada Bernama. Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang tanggungjawab lain yang dijalankan oleh anggota pasukan itu selain tugas memadamkan kebakaran di mana salah satunya ialah menangkap ular yang mengganggu penduduk. Khirudin berkata bagaimanapun tiada laporan membabitkan mangsa diserang atau dipatuk selepas kediaman dimasuki spesis itu setakat ini. Beliau berkata kehilangan habitat asal menjadi antara faktor kejadian ular memasuki rumah atau di bahagian-bahagian yang bersuhu lembab di kawasan kediaman seperti di dalam longkang bagi mencari makanan dan tempat perlindungan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan itu serta kawasan lain yang berisiko supaya sentiasa memastikan persekitaran kediaman kekal bersih bagi mengurangkan kebarangkalian kejadian ular memasuki rumah daripada berlaku. "Penghuni diingatkan supaya memastikan rumah dan kawasan kediaman bebas daripada sampah sarap dan semak-samun yang tinggi," katanya. Khirudin berkata memandangkan kes itu telah menjadi sebahagian daripada rutin tugasan pasukannya setiap hari, setiap anggota bomba telah dibekalkan dengan latihan dan kemahiran dalam mengendalikan kes sebegitu supaya kerja menyelamat yang dilakukan tidak mencederakan reptilia itu dan juga anggota yang mengendalikannya. Beliau berkata setiap anggota diwajibkan menjalani kursus selama dua hari, sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh perkhidmatan bagi memahirkan mereka dengan sikap, sifat dan habitat reptilia itu daripada tenaga pengajar yang diundang khas daripada taman-taman ular. "Memandangkan ular sawa batik dan tedung merupakan spesis dilindungi, reptilia yang ditangkap itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal di hutan," katanya. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan