12 di hulu selangor - Google Blog Search |
- Rumah Maksiat <b>Di Hulu Selangor</b>, Tidak Hairanlah Kenapa Khalid <b>...</b>
- UMNO Online - Klinik 1Malaysia Beroperasi <b>Di Hulu Selangor</b>
- UMNO Online - <b>Hulu Selangor</b> Catat Sejarah Wujud Rumah Urut <b>...</b>
Rumah Maksiat <b>Di Hulu Selangor</b>, Tidak Hairanlah Kenapa Khalid <b>...</b> Posted: 01 Aug 2012 03:33 AM PDT Ketika Hasan Ali menjawat jawatan Exco Agama, kali terakhir dia memegang jawatan tersebut, serbuan telah dilakukan ke atas sebuah pusat hiburan pada malam Tahun Baru. Akibatnya, para pemimpin DAP memekak dan Khalid Ibrahim memutuskan bahawa Hasan Ali perlu dikeluarkan dari barisan Exco Negeri. Bagaimanapun, untuk memecat Hasan Ali begitu sahaja, tidak boleh kerana tindakan sebegitu, akan mengundang kejengkelan di hati para pengundi PAS tulen. Lantas, dengan 'kerjasama' Azmin Ali, disuarakan kepada pucuk pimpinan PAS Pusat bahawa Hasan Ali perlu dipecat daripada parti tersebut. Disokong pula oleh musuh Hasan Ali di dalam PAS seperti Khalid Ibrahim dan Rani Othman, akhirnya Hasan Ali dipecat keahliannya. Secara tidak langsung, gugurlah kelayakan Hasan Ali sebagai Exco Agama Islam. Sebaik-baik sahaja Hasan Ali tidak lagi layak memegang jawatan Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu serta Infrastruktur Awam, maka ramailah yang melihat serta menjangkakan Rani Othman yang akan menjawatnya. Apatah lagi Rani Othman adalah Pesuruhjaya PAS yang baru menggantikan Hasan Ali. Malangnya, Khalid Ibrahim dan DAP yang ada di belakangnya, mempunyai rancangan yang lain. Tiada seorang pun pemimpin PAS Selangor yang layak untuk jawatan berkenaan, sebaliknya Khalidi Ibrahim melantik dirinya sendiri untuk memegang jawatan Exco Agama Islam. Dengan menjadi Exco Agama Islam, mudahlah Khalid Ibrahim untuk memajukan Selangor dengan industri pelacuran dan maksiat seperti yang dibuktikan sekarang ini. Tidak ada tempat di Selangor yang tidak ada pusat-pusat pelacuran dan maksiat. Sehinggakan Hulu Selangor yang sebelum ini bebas dari pusat-pusat maksiat, kini mempunyai tiga buah pusat urut di Batang Kali. Pendedahan berkenaan menunjukkan wujudnya kerjasama antara Exco Agama dengan pemilik-pemilik pusat maksiat untuk memastikan Selangor maju dengan pusat-pusat sebegitu rupa. Anehnya, PAS yang begitu memperjuangkan sebuah negara hudud, tidak pula berkata apa-apa. Malahan sewaktu PKR merampas jawatan Exco Agama dengan menyerahkan kepada Khalid Ibrahim, PAS Selangor juga mati akal walaupun pada masa yang sama, masih lagi cuba untuk mengaitkan UMNO walaupun sebenarnya yang menyediakan pusat-pusat maksiat di seluruh Selangor itu adalah kerana sokongan dan dokongan PAS sendiri. PAS sepatutnya bertanya mengapa mereka jadi BERHALA BISU tetapi cukup setia membela apa-apa juga kemaksiatan yang dihadirkan oleh Pakatan Rakyat, semata-mata kerana mereka adalah komponen dalam pakatan berkenaan? Apa lagi helah yang akan digunakan oleh PAS untuk menghalalkan pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan selepas Selangor diambilalih oleh Pakatan Rakyat? Masih lakukah lagi alasan konon-kononnya semua lesen-lesen berkenaan diluluskan pada zaman pentadbiran UMNO? Atau alasan terkini yang seringkali digunakan ialah, pusat-pusat maksiat tersebut adalah berstatus haram dan tidak pernah diketahui oleh pentadbiran negeri mahupun PBT? Dari tahun 2008 sehingga 2012, PAS Selangor tidak pernah menyuarakan sebarang tentangan terhadap kadar pertumbuhan pusat-pusat maksiat yang bermaharajalela di seluruh Selangor. Sebaliknya, kalau isu berkenaan dipanjangkan atau didedahkan, PAS yang terlebih dahulu membela dengan menyatakan bahawa semuanya itu diluluskan pada zaman pentadbiran UMNO walaupun telah terbukti dan menerusi pengakuan Ronnie Liu sendiri bahawa pusat-pusat maksiat berkenaan wujud dan diwujudkan pada zaman pentadbiran Pakatan Rakyat. Kalau di Pulau Pinang, tugu arak sudah cukup untuk menutup dan membuktikan kebaculan PAS dalam membela agama Islam walaupun mereka tidak pernah lekang dengan ceramah dan kempen kononnya PAS menentang kemungkaran dan segala gejala maksiat. Apa yang berlaku di Selangor sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan PAS sebenarnya adalah penjual dan peniaga politik yang menggunakan agama yang cukup efisien tetapi pada masa yang sama, mereka adalah kaum munafiq yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kuasa yang diburu! |
UMNO Online - Klinik 1Malaysia Beroperasi <b>Di Hulu Selangor</b> Posted: 30 Apr 2010 02:55 AM PDT Kategori Berita PilihanKlinik 1Malaysia Beroperasi Di Hulu SelangorHULU SELANGOR, 30 April – Kawasan Hulu Selangor hari ini mendapat Klinik 1Malaysia sendiri bertempat di Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung. Klinik itu dilancarkan oleh P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang memenangi pilihan raya kecil pada Ahad lalu. "Pembukaan klinik itu bukti Barisan Nasional (BN) menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil itu," katanya. eliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sendiri telah memberi jaminan itu kepada penduduk Hulu Selangor untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada mereka. "Inilah cara BN bekerja, BN akan memenuhi semua janji-janji BN yang telah dibuat pada kempen pilihan raya baru-baru ini dan akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi penduduk setempat," katanya. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan kakitangan Kementerian Kesihatan kerana membantu menyegerakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia di Hulu Selangor ini," katanya. Mengenai masalah pampasan 363 bekas peneroka Felda di Sungai Buaya pula, kerajaan akan membayar baki RM49,000 untuk sebuah keluarga di situ setelah mereka menerima RM1,000 baru-baru ini. "Bagaimanapun tarikh pembayaran baki tersebut akan ditentukan oleh kerajaan kelak," katanya. Masalah lain yang akan diberi perhatian ialah pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, bantuan dana khas kepada masyarakat India di bawah Tekun, masalah banjir di Kampung Sentosa dan masalah bumbung rosak di Bukit Beruntung. Sementara itu, Kamalanathan berkata kerajaan telah bersetuju untuk memberi tanah untuk pembinaan sebuah kuil untuk masyarakat India di Kalumpang di sini setelah masalah itu berlarutan lebih 50 tahun. Apabila ditanya bilakah beliau akan berpindah ke Hulu Selangor, katanya beliau masih mencari lokasi sesuai yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam bagi memudahkan orang ramai berjumpa dengannya. -MediaUMNO/Bernama Berita Bertarikh Pada 5:55 PM |
UMNO Online - <b>Hulu Selangor</b> Catat Sejarah Wujud Rumah Urut <b>...</b> Posted: 30 Jul 2012 11:11 PM PDT Kategori UtamaHulu Selangor Catat Sejarah Wujud Rumah Urut – Isa KassimOIeh: Mohd Faizal Mohd Salleh HULU SELANGOR, 31 Julai – Tidak pernah dalam sejarah wujudnya rumah urut di Hulu Selangor, khususnya di kawasan Batang Kali ini namun kini, secara kasarnya sudah nampak tiga buah rumah urut di sini, satu sejarah baru yang ditempa sejak kerajaan Pakatan Pembangkang memerintah Selangor, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim. Tambahnya, hakikatnya ianya lebih dari itu malah kewujudan hotel-hotel bajet di kawasan Batang Kali juga menyumbang kegiatan-kegiatan tidak bermoral, contohnya baru-baru ini ada budak sekolah yang ditangkap di hotel bajet tersebut kerana melakukan kegiatan maksiat. "Saya hairan dengan dasar kerajaan negeri yang membenarkan pembukaan rumah-rumah urut dan hotel bajet di kawasan luar bandar contohnya di kawasan Batang Kali ini. "Dalam masa yang sama, ini juga melambangkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bukan sahaja Menteri Besar tetapi juga EXCO Agama Islam yang jelas menjadi patung kepada DAP, membenarkan apa sahaja kemungkaran yang berlaku tanpa ada batasannya. Dia tak boleh buat apa di negeri Selangor ini melainkan mengikut telunjuk DAP," ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor. Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan persatuan-persatuan pengguna mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat. Berikutan itu, mereka mahu kerajaan negeri terbabit menjelaskan rasional tindakan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan operasi pusat urut dan hiburan terutama yang bertumpu di kawasan-kawasan komersial berhampiran kediaman penduduk. -MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 2:11 PM |
You are subscribed to email updates from di hulu selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan