Isnin, 10 September 2012

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Perbandaran <b>Selayang</b>

Posted: 06 Aug 2012 02:15 AM PDT

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-

1. PEGAWAI PERUBATAN
2. PEGAWAI VETERINAR
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
4. PEMBANTU AKAUNTAN
5. PENGHANTAR NOTIS

Borang (MPS 1 ) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 7, Menara Majlis
Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai/naskah atau boleh dicetak melalui Laman
Sesawang MPS www.mps.gov.my.

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang
dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Iklan : (01 )dlm.MPS 3/2-1378.Jld.5

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 17 OGOS 2012 (Pukul 5.00 Petang)

Maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini
Borang permohona jawatan sila klik sini

Raya <b>di Selayang</b> | From Abah With Love

Posted: 26 Aug 2012 06:36 AM PDT

Ahad 26 Ogos 2012 bersamaan 8 Syawal 1433H   (239/2012)


Solat subuh di Masjid Ansar. Pergi dengan kereta Kancil seorang. Selepas solat tidak ada kuliah. Jemaah banyak balik terus dari masjid. Tiba di rumah. Surat khabar masih belum tiba.

Naik ke bilik. Tertidur.

Jam 9.30 pagi solat dhuha. Turun ke bawah.
Jam 12.24 petang Pak Lang Zulkafli telefon ke Abah. Beritahu temujanji dengan Pendaftar Nikah selepas asar di Masjid Sg Tua telah di batal. Imam berkenaan demam.

Solat zohor di Masjid Ansar. Pergi dengan motosikal.

Tertidur petang. Bangun jam 5 petang. Tidak sempat pergi ke Masjid Ansar. Ambil wuduk. Pakai baju Melayu putih lengan panjang. Pakai seluar. Pergi ke Masjid Muadz bin Jabal Taman Setiawangsa dengan motosikal. Nampak satu kumpulan kecil pemuda berjemaah dalam dewan. Ikut sama berjemaah dengan kumpulan jemaah dalam masjid. Balik ke rumah.

Mamanya , Adila dan Anis duduk di sofa di ruang tengah sambil Mamanya menonton TV. Adila guna lap top. Tidak lama kemudian, jam 3.11 petang terima panggilan dari Adlan dari Newcastle.

Adila keluar bersama Anis dengan kereta Kancil ke rumah Farah J. di AU2A.

Mamanya beritahu Abah Adila dan Anis pergi sendiri terus ke rumah Pak Tua Zulkafli di Selayang.

Jam 5.37 petang telefon ke Azfar yang beritahu dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Selayang.

Di rumah bersiap untuk pergi beraya ke rumah Pak Lang Zulkafli di Sg Tua, Selayang. Jam 5.52 petang telefon ke PakLang Zulkafli dan beritahu rancangan datang ke rumah beliau.

Keluar dari kereta menuju ke pintu pagar rumah Pak Lang Zulkafli. Nampak kereta Alza BEG 77 warna putih. Che E baharu tiba juga. Serentak tiba dengan Azfar dan juga Azizah.

Masuk ke dalam rumah dan tidak sangka Adila dan Anis sudah berada dalam rumah. Abah tidak tahu.

Asyran dan Diana bersiapkan meja dan hidangan untuk tetamu.
Mak Lang dan Pak Lang melayana semua yang datang di rumah.

Jam 7.21 malam, abah seorang pergi ke surau Taman Jasa solat maghrib berjemaah. Tiba balik ke rumah Pak Lang, nampak Che E dan Zam serta famili beredar dari rumah.

Abah dan Mamanya juga bergerak pulang tidak lama kemudian. Tiba di rumah jam 8.18 malam. Mula hujan.

Masih hujan. Pergi ke Masjid Ansar dengan kereta Waja.
Selepas solat isyak, balik ke rumah.

Mamanya siapkan nasi. abah makan seorang.

Aura SSM4 Kota Bharu <b>di</b> bawa ke <b>Selayang</b> - TRW BULLETIN

Posted: 26 Aug 2012 11:00 AM PDT


Kehadiran puluhan ribu penyokong setia di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Sabtu lalu membuktikan mereka tidak "kalah" kepada keputusan 0-2, tewas kepada Terengganu sebelum ini.
Semua pemain yang saya temui juga bersetuju senario tersebut telah menaikkan semangat mereka untuk bermain dan menjamin 3 mata penuh daripada perlawanan menentang Kedah Sabtu lalu. 
Walaupun Kelantan turun tanpa Ghaddar dan Indra Putra, tapi keyakinan pemain-pemain utama yang lain, seperti Piya, Shakir, Farhan, Awe dan Mat Yo berjaya mencetus inspirasi kepada keseluruhan pasukan. 
Mat Yo tidak menjadikan kritikan penyokong terhadap persembahan beliau di Kuala Terengganu sebagai penghalang untuk beliau bermain dengan baik. Beliau yang dikawal rapi oleh barisan pertahanan Kedah, gagal dalam beberapa menjaringkan gol. Walau bagaimanapun, hasil gerakan cantik beliau telah membantu rakan sepasukan yang lain membuat percubaan dan penyudahan yang menggegar gawang lawan.
Pengurus Pasukan, Hj Azman berkata, kekalahan di Terengganu merupakan satu "wake-up call" kepada pasukan. Alhamdulillah, Kedah berjaya ditundukkan, dan pemain-pemain berazam untuk mencipta kemenangan daripada baki 4 pertemuan peringkat kumpulan.
Kelantan akan bertemu ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 28 Ogos 2012, jam 8.45 malam. Aksi Daudsu, Indra Putra dan Ghaddar dinantikan oleh penyokong-penyokong setia.
Kelantan di landasan tepat
KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

LALUAN Kelantan kembali cerah selepas mencatat kemenangan sulung 2-1 ke atas Kedah pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Kemenangan tersebut cukup bermakna selepas skuad The Red Warriors tewas mengejut 0-2 kepada Terengganu pada aksi pertama di Kuala Terengganu, Rabu lalu.
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak berkata, keputusan positif yang dicatat pasukan itu cukup menggembirakan terutama ketika beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang.
Menurutnya, Kelantan nyata menguasai permaianan tersebut dengan melakukan asakan serta mencipta banyak peluang biarpun pasukan itu dilihat agak tempang tanpa beberapa tonggak utama.
"Saya gembira dengan keputusan ini terutamanya dalam tempoh 60 minit pertama kecuali kelalaian kita menyebabkan Kedah berjaya mencipta gol seawal minit kelima. Sepatutnya ia tidak berlaku kerana ini adalah perlawanan kedua.
"Kita melakukan asakan awal dan situasi itu menyebabkan kami agak keletihan pada penghujung perlawanan. Selain itu, kami juga membenarkan lawan menguasai permainan pada 20 minit terakhir tetapi kami mampu menyerap asakan dengan baik," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Tambahnya, selepas berjaya mendahului Kedah pada babak pertama, Kelantan bermain lebih santai dan mengawal perlawanan kecuali beberapa serangan balas pantas untuk memerangkap pemain Kedah.
"Dua perlawanan dalam tempoh tiga hari cukup memenatkan, pemain tidak boleh berlari sepanjang masa, turun dan naik. Selepas ini kita berdepan perlawanan yang cukup penting.
"Kita beraksi tanpa beberapa tonggak, Indra (Putra Mahayuddin) menghadiri perkahwinan adiknya dan ia memang dirancang sejak sekian lama dan saya tidak mempunyai pilihan kecuali memberinya pelepasan.
"Khairul Fahmi juga ada masalah kecederaan termasuk Muhammad Ghaddar dan saya tidak mahu mengambil risiko. Saya memberi mereka rehat untuk pulih sepenuhnya. Namun, keputusan ini cukup baik dan saya gembira menerimanya," ujarnya.
Mengulas mengenai pertembungan dengan ATM, Selasa ini, Hodak cukup optimis pasukannya mampu melakukan sesuatu untuk berada pada kedudukan lebih selepas melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
"Kami akan cuba menang, mereka mempunyai beberapa pemain kebangsaan tetapi kami pasukan yang baik. Mungkin sukar untuk memenangi perlawanan di tempat lawan tetapi kami mampu melakukannya di gelanggang sendiri.
"Saya perlu jujur, sebelum menentang Terengganu kita berdepan masalah besar. Enam atau tujuh pemain tidak beraksi pada perlawanan persahabatan, empat pemain baru kembali dari skuad kebangsaan dan sebahagiannya cedera.
"Saya rasa malam ini (kelmarin) kami beraksi dengan lebih baik berbanding ketika menentang Terengganu dan saya harap aksi kami akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads