Isnin, 10 September 2012

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Syawal <b>di Kapar</b>… | Pencinta Merah The Red Lover The Red Diva

Posted: 02 Sep 2012 05:00 PM PDT

IMG_0586

assalamualaikummmmmmmmm

kami dah balikkkkkkkkkk

tapi bukan balik rumah mak mertua. kami balik jumpa kat rumah family nenek RD. jumpa di sana terus. coz memang resmi family RD ni kalau pagi2 abis je bersalaman each other  depa pi rumah nenek and adik beradik mak yang lain lah…dedekat situ gak. belah RD kalau beraya in one day dah abis, separuh hari dah siap. wahhahha sib baik le ada Melaka side aku merasa gak anak2 berhari raya hoho balik kampung versi panjang.

IMG_0571

 Sebab tu yang kakak merahnya pun rambut dah bersanggul ikat. dah renyah heh. tunggu nak bersalaman je nak tukar uniform pulak.

IMG_0572

jadiklah buat kenangan

eh aku malas le nak type benaunyaaa…korang kang kalo aku type sket suh pepanjang. letih coz bila menaip si kecik tu dok mengaco tu yang pendek je entry mostly

IMG_0592

tak nampak kan the dress kuning ThePopLook tuh padahal ado hah lam tuh

IMG_0607

sessi bersalaman, itu mak mertua den

for raya i gave 3 pcs of tudung tapi mak tak pakai lagi. handbag Long Champ and Coach purse too.

IMG_0616

sini Kapar style memang duduk kat bawah bila bersalaman….

IMG_0627

mana yang ada, coz ada yang beraya di rumah mertua. on RD's side ada 9 beradik, 7 lelaki 2 perempuan. ramai boys kooo.

IMG_0637

salam bersalaman

IMG_0660

yang kecik of cos salam dapat duit2 raya

IMG_0661

duit2 raya kerja anak2 aku and RD uruskan masuk dalam sampul. Kerja aku pi tukar anto kat member bank, a week bulan puasa dah siap duit2 raya tuh…cantik je sumer duit baru dapat.

IMG_0698

duit raya tukar pun berlebih2 jugak tahun nih, so memang ada balance and boleh carry forward tahun depan gak

IMG_0726

family adik ipar

4 anak dara, mewah anak perempuan. best korang…

IMG_0604

adik ipar jugak

 ada orang tak caya akak ipar dia ni Redmummy

muahahha…silah percaya ye teman2 adik ipar biras duaiku semua…

IMG_0753

family kakak ipar sulong. in grey

aku pun nanti bulan sept ni in grey jugak coz adik ipar bongsu nak kahwin

IMG_4500

IMG_4493

budak ni dah merimas ngan baju melayu so apa lagik, togelkan dia ler….tapi time makan, harus tak tinggal, raya2 jugak food makan dia aku dah siap2 buat and usung je merata..bila tiba waktu makan ha kasi suap. dia seronok nih coz ramai orang melayan and berpass pass je pakcik makcik sepupu sepapat dok ngepit dia…dan bila dia meraung melalak jer depa pass kat mak nya ni hah. termasuk le bapaknya pun kalau RB meraung lelebih dia pass kat aku gak.

Routine setiap tahun akan dok di Kapar sampai midnite. Pernah sekali dalam 1 raya tu kita cuba raya di Kapar dulu tapi pastu by noon dah kena balik rumah makpak aku tapi pastu tak dapat nak spend lama kat Kapar pulak. So kita buat tetiap tahun di rumah sendiri, pastu ke rumah mak abah aku tapi tak leh ler lelama, then by noon kena rush to Kapar so bolehlah spend longer hours di situ. Coz kalau tidak raya kedua dah kena cabut ke Melaka kan…

Tu yang malam di Kapar pas Isya' kita pergi rumah Jejai, dekat sangat ngan rumah mak mertua aku nih. Insyallah, Surat Untuk Jejai Dua akan menyusul jugak satu hari nanti.

Kat Kapar ni aku tahun ni tak bawak dah rendang bagai coz tetiap tahun bawak sudahnya tak habis coz sini pun berendang bagai banyak. Jadi yang wajib aku bawak ialah kek coklat yang dah more than 5 years aku tempah dari baker yang sama. Itu memang wajib depa akan carik, together ngan kuih2 raya ler berbalang2 aku bawak. So rumah aku kuih raya memang tak le banyak mana janji rumah mak and rumah mertua kena wajib ada dihantar.

Gitu jer ler…

Pasnih sibuk menyambut menantu pulak, pun dalam musim raya.

Sampah dan kini parit masih masaalah <b>di Kapar</b> | The Unspinners

Posted: 16 Jul 2012 01:35 AM PDT




Gambar di atas adalah sampah sarap di tapak pasar pekan Kapar.

PBT bawah kelolaan Ronnie Liu gagal sediakan tong sampah. Dahlah itu, sampah dah 2 hari tak dikutip sehingga melimpah ke tengah jalan dan memenuhi tempat parking. Ianya menyusahkan pengguna jalan raya untuk melalui jalan tersebut dan mengurangkan bilangan tpt parking.

Amatlah memalukn ada tanda amaran larangan membuang sampah dengan denda tetapi PBT bawah Ronnie Liu gagal ambil tindakan.

Hanya menjadikan pekan Kapar jijik dan bau busuk.



Gambar di atas pula di Batu 3 Jalan Shahpadu Klang. PBT bawah Ronnie Liu gagal sediakan tong smpah. Sampah dah 4 hari tak dikutip dan mengakibatkan sistem perparitan tersumbat serta bau busuk.

SIbuk pertahankan rumah urut saja si Ronnie Liu.



Ditambah pula dengan masaalah parit pula.

Gambar di atas di Kg Batu 3, Jln Kapar Klang. PBT bawah Ronnie Liu gagal bersihkan parit. Rumput telah mengakibatkan sistem perparitan tersumbat dan jadi tempat pembiakan nyamuk serta menyebabkan banjir.

Mana peruntukan cuci parit kepada JKKN sudah pergi? Ke Selanbgor Ku jadi peruntukan kempen PR ke?

Krisis PKR <b>di Kapar</b> :BN mampu rampas semula ? : The Malaysian <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 02:20 AM PDT

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR: Kemelut PKR di Kapar dilihat membuka ruang buat Barisan Nasional merebut peluang mengambil hati masyarakat di situ, sekaligus memenangi kawasan tersebut dalam pilihanraya umum ke-13.

 

T. Ganesan

Ketua MIC Bahagian Kapar, T. Ganesan berkata, sokongan rakyat terhadap MIC di Kapar dilihat semakin positif sejak akhir-akhir ini dan isu tersebut membuka peluang lebih besar kepada BN untuk menang.

 

"Secara dasarnya, kita nampak bahawa rakyat telah sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional lebih baik berbanding pembangkang kerana sokongan ramai masyarakat India dilihat sudah kembali kepada MIC.

 

"Justeru, konflik dalaman yang berlaku diantara Penyelaras PKR Kapar Azizi Ayub dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menjadi salah satu sebab masyarakat India di Kapar kembali kepada kita,"ujar beliau.

 

Menurut beliau, pergeseran dalam media antara Azizi Ayub dan S. Manikavasagam menunjukkan bahawa konflik dalaman PKR di Kapar adalah sangat serius.

 

"Antara pemimpin-pemimpin PKR sendiri, masing-masing mahu menjadi calon hingga mencetuskan konflik dalaman antara mereka.

 

"Justeru, masyarakat sekeliling mula bercerita dan kepercayaan mereka terhadap PKR turut pudar. Ramai yang sangsi sama ada PKR Kapar mampu menyelesaikan masalah dalaman sebelum ia menjadi lebih teruk,"katanya.

 

Meskipun begitu, beliau yakin bahawa konflik tersebut hanya satu penyebab kecil yang bakal membawa kepada kemenangan MIC dan BN di Kapar.

 

"Kita yakin BN boleh menang di Kapar. Ia bukan hanya berdasarkan situasi konflik oleh PKR di Kapar, namun ia berdasarkan fakta yang menunjukkan kesedaran masyarakat yang makin meningkat, serta komitment kami sebagai pemimpin masyarakat.

 

S. Manikavasagam

"Selepas kita kalah pada PRU-13, kita bukannya hidup bersenang-senang, sebaliknya kita bergiat lebih aktif membantu rakyat. Kita juga banyak mengadakan program dan lebih kerap turun padang bertemu dengan masyarakat,"katanya lagi.

 

Sementara itu, penyelaras parti MIC Kapar, A. Sakthivel turut menyatakan bahawa peluang BN di Kapar adalah lebih besar berbanding 2008.

 

"Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat di Kapar berbanding tahun 2008. Sekarang peratus sokongan masyarakat India kepada MIC dilihat bertambah.

 

"Setiap aktiviti yang kita jalankan juga mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. Justeru, kalau yakin dapat merampas semula Kapar dari tangan PKR pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)."ujarnya.

 

Menurut beliau, berbeza dengan ahli PKR yang berebut-rebut untuk menjadi calon di Kapar, MIC Kapar akan menyokong sesiapa sahaja menjadi calon.

 

"Semua orang(MIC) akan menyokong calon yang bertanding, tidak kira siapapun kerana kami pasti BN akan meletakkan calon yang terbaik. Justeru, semua orang perlu bekerja keras terlebih dahulu kalau hendak mendapatkan tempat sebagai calon.

 

"Proses pemilihan calon adalah di bawah kuasa ahli tertinggi majlis Barisan Nasional. Siapapun yang dipilih, kami yakin beliau adalah calon yang terbaik."ujarnya lagi.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa krisis antara dua pemimpin PKR tersebut memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk menarik lebih ramai pengundi.

 

"Peluang BN pastinya bertambah baik dengan adanya konflik tersebut. Meskipun begitu, peluang kemenangan itu bagaimanapun bukanlah semata-mata kerana krisis yang berlaku, namun kerana masyarakat sudah sedar bahawa BN banyak menyumbang dalam pembangunan masyarakat India di seluruh negara."jelas beliau.

 

Penyelaras PKR Kapar, Azizi Ayub sebelum ini menyelar tindakan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau(Manikavasagam) akan bertanding di Kapar.

 

Manikavasagam kemudiannya menafikan perkara tersebut dan menuduh beliau(Azizi) berdendam kerana tidak dipilih sebagai Koordinator Sementa.

 

Parlimen Kapar mempunyai jumlah pengundi paling tinggi di Malaysia iaitu melebihi 125, 000 pengundi. Pada PRU 2008 , calon PKR S.Manickavasagam menewaskan calon MIC Datin Paduka Komala Devi yang juga Ketua Wanita MIC dengan majoriti 12, 297.

Category: Bahasa Malaysia News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads