Isnin, 10 September 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Hentikan Maksiat <b>di Negeri Selangor</b> – Pribumi Perkasa Negara

Posted: 06 Aug 2012 11:45 PM PDT

Negeri Selangor mempunyai lebih kurang 259 masjid dan 939 surau bagi orang Islam menunaikan amal ibadat, bagaimanapun agak dikesali, pertambahan rumah urut dan pusat reflexsologi bertambah begitu banyak akhir-akhir ini.

Lebih malang waktu operasi dan aktiviti rumah urut dan pusat reflexsologi langsung tidak menghormati umat Islam di bulan Ramadhan.

Dimanakah sikap pemimpin parti-parti yang memperjuangkan Islam di negeri Selangor dalam memastikan kemuliaan Ramadhan tidak dicemari dengan anasir-anasir ini.

Sehingga hari ini, tiada siapa yang bangkit menyuarakan pandangan mahupun membantah perkara tersebut walaupun sudah dipertengahan bulan Ramadhan.

Setidak-tidaknya mereka perlu mendesak Kerajaan Negeri megeluarkan arahan memberhentikan perniagaan tersebut selama sebulan demi menghormati bulan Ramdhan ataupun mengenakan tindakan kepada premis yang membenarkan orang Islam menjadi pelanggan mereka.

Perkasa berharap kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam tidak kira apa parti sekalipun mesti memandang berat dan bertindak menanganinya.

Yang Dipertua Perkasa Selangor

Abu Bakar Yahya

Kulaan Niring: Fakta Sebenar Isu "AIR" <b>Di Negeri Selangor</b>...

Posted: 17 Aug 2012 05:07 PM PDT

1. Banyak spekulasi telah dibuat mengenai isu air di Selangor.
2. Ada yang mengatakan bahawa benar, sedang berlaku satu krisis air yang agak kritikal. Ada juga yang mengatakan bahawa ia cuma satu permainan politik untuk menggagalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim.
3. Tetapi setelah mendengar sendiri penjelasan yang dibuat oleh pihak Puncak Niaga dan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat, banyak pencerahan dapat dibuat dan dikenal pasti. Latar Belakang
4. Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi di bawah seliaan Puncak Niaga.
5. Mereka memproses air mentah untuk dijadikan air terawat supaya boleh digunakan oleh orang ramai.
6. Air yang diproses akhirnya akan dijual kepada pihak Syabas. Syabas pula akan menyalurkan air ini kepada isi rumah di kawasan-kawasan tertentu.
7. Loji Rawatan Air Sungai Langat memproses air untuk dibekalkan kepada kawasan Selatan Selangor termasuk Kuala Lumpur.
8. Loji ini secara rekabentuknya mampu memproses 386 MG (million gallon) setiap hari. Tetapi kini beroperasi sehingga 460-470 MG setiap hari, bermakna loji ini beroperasi pada tahap 121% keupayaan. Krisis Air
9. Krisis air ini berlaku apabila loji ini tidak dapat memenuhi permintaan pengguna atas dasar kapasiti sudah mencapai tahap maksima.
10. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat ini juga menyebabkan kadar penggunaan air bertambah dari masa ke semasa
11. Kadar pertambahan penduduk menyebabkan kadar penggunaan air juga bertambah.
12. Dengan kapasiti yang sedia ada, penggunaan air semakin tinggi tetapi prasarana masih pada keadaan 3, 4 tahun yang lampau.
13. Antara tugas Syabas adalah untuk menasihatkan kerajaan negeri tentang krisis air 3 TAHUN sebelum berlakunya krisis tersebut.

14. Permohonan telah dibuat oleh Syabas dan sudahpun diluluskan oleh kerajaan pusat tetapi belum diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini. Untuk membolehkan loji baru dibina memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri.
Kenyataan I : "Air di empangan tinggi, mana ada masalah air!"
Jawapan : Air di empangan memang tinggi, tetapi masalah bukan bekalan air mentah, tetapi air terawat. Analogi mudah; sebuah ladang lembu mempunyai 5,000 ekor lembu tetapi tukang sembelihnya hanya ada seorang. Kemampuan untuk mengeluarkan daging ke pasaran terletak kepada tukang sembelih dan bukannya berapa banyak lembu yang ada.
Kenyataan II : "Sepanjang tahun hujan, bekalan air mesti mencukupi!"
Jawapan : Sekali lagi jawapan adalah sama seperti sebelumnya iaitu masalah bekalan air terawat. Dan tambahan lagi, sekiranya hujan lebat, loji tidak akan mampu memproses air tersebut kerana faktor kekeruhan yang tinggi. Pam loji akan rosak kerana kandungan lumpur yang terlalu tinggi untuk diproses sehingga memaksa loji perlu ditutup.
Kenyataan III : "Kita akan menggunakan air lombong!"
Jawapan : Masih lagi jawapan yang sama! Air lombong sekalipun, air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu dan perlukan loji untuk merawat.
Kenyataan IV : "Syabas menangguhkan bayaran kepada loji sebanyak RM 2 billion untuk mencipta krisis air!"
Jawapan : Loji ini sudahpun beroperasi pada tahap 121%. Dan semua air yang diproses dijual terus kepada Syabas. Tangki 4 iaitu di Balakong yang boleh memuatkan 4 MG habis digunakan. Apabila air di tangki tersebut sudah mencapai tahap 3-4 inci ataupun setinggi buku lali, tangki tersebut tidak lagi mempunyai tekanan yang cukup untuk menyalurkan air ke isi rumah. Setiap kali air sampai ke tangki 4 ini, habis terus digunakan.
Kenyataan V : "Kerajaan BN berpakat dengan Syabas untuk tutup bekalan air untuk mencipta krisis air!"
Jawapan : Sekiranya benar, maka loji air tersebut tidak perlu untuk memproses air pada tahap 121% keupayaan. Loji-loji air yang sedia ada sudahpun beroperasi lebih daripada kadar yang sepatutnya. Jika benar Syabas tutup bekalan air, maka melimpah-limpahlah air di setiap tangki simpanan air yang ada di seluruh Selangor.
1. Cara penyelesaian yang terbaik adalah dengan membina lebih banyak loji-loji rawatan air si sekitar Selangor.
2. Syabas sudahpun menasihatkan kerajaan negeri 3 tahun yang lalu tentang krisis air yang akan berlaku.
3. Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dipolitikkan oleh PKR dan perlu dibina segera untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pentingkan rakyat dan bukannya politik parti sahaja.
4. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor perlu faham dengan jelas krisis air yang dihadapi dan bukannya bercakap dengan sembrono sahaja.
5. Mengikut pandangan profesional dari Puncak Niaga sendiri, sekiranya keadaan ini tidak berubah dan tiada tindakan selanjutnya diambil, Selangor secara keseluruhannya akan mengalami masalah krisis air ini dalam tempoh 10-12 bulan lagi.
6. Masalah bukan tentang air banyak di empangan, tetapi air terawat yang dikeluarkan oleh loji.

Budaya Beraya Sebulan Syawal Bermula <b>Di Negeri Selangor</b>

Posted: 09 Sep 2012 03:27 PM PDT

BBB, 22 Syawal 1433 = 09 September 2012 (Ahad):
Satu konklusi yang dapat diambil, bahawa Budaya Beraya sebulan Syawal adalah budaya yang timbul dan berkembang di negeri Selangor, kemudian merebak diikuti oleh negeri-negeri yang lain. Beraya sebulan Syawal bukannlah tuntutan dalam Islam dan bukan pula dilarang, tetapi berkembang hasil dari keperluan kemasyarakatan. Raya Eidul Fitri yang menjadi tuntutan sunat ialah pada hari pertama yang puncaknya ialah Solat Eidul Fitri di masjid-surau yang diikuti dengan memohon maaf dari ayahbonda, ziarah menziarahi sambil menikmati juadah yang disediakan yang juadah berkenaan juga dipengaruhi oleh keadaan dan sosio-budaya setempat. Turut dituntut juga menziarah kubur arwah keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah. Hariraya pertama adalah Hariraya Eidul Fitri yang sebenarnya, kerana hari keduanya kebanyakan berpuasa Syawal atau juga dikenali sebagai Puasa Enam. Paling lama sambutan
Eidul Fitri adalah tiga hari, bagi yang belum lagi memulakan sunat puasa Syawal. Ini adalah amalan biasa dilakukan seperti di negeri-negeri di Pantai Timur seperti penulis sendiri alami.
Tetapi bagi negeri seperti Selangor sudah menjadi budaya menyambut raya Eidul Fitri adalah selama sebulan. Tidak jelas bila bermula adat budaya ini, kerana seingat penulis sejak tinggal di Selangor, khususnya d Kuala Lumpur sejak 1970 budaya beraya sebulan Syawal ini telah wujud dan terus diamalkan oleh masyarakat. Mengapa terjadinya sambutan raya Eidul Fitri sehingga sebulan ? Sebagaimana dikatakan di atas, ianya merupakan keperluan masyarakat. Adalah dirasakan dengan beraya satu atau tiga hari tidak mencukupi. Ini ialah kerana sebahagian besar dari penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur adalah merupakan perantau yang meninggalkan kampong halaman kerana mencari rezeki di Selangor. Pada kebiasaan untuk beberapa hari raya,
Budaya berhariraya sebulan Syawal ini menjadi mantap dalam mana misalnya bagi masjid-surau memilih malam-malam yang sesuai atau hari minggu, manakala persatuan taman, badan-badan tertentu, induk dan cawangan biasanya memilih sama ada hari Sabtu atau Ahad menyambut hariraya, manakala bagi jabatan, institusi dan sebagainya memilih hari bekerja bagi menyambut hari raya. Hariraya dilihat sebagai hari menyambung silatur-rahim, bergembira dan bermaaf-maafan, sebab itu jemputan yang dibuat ialah terhadap berbagai-bagai lapisan masyarakat, sebab itu seorang pemimpin, ketua dari jabatan dan institusi menjemput terutama kakitangan pekerja dan lain-lain dan juga menerima banyak jemputan dari berbagai pihak, maka pihak yang menerima jemputan, katakan Adun dalam bulan Syawal banyak menunaikan jemputan raya hingga melibatkan belasan jemputan pada satu hari, terutama pada hari-hari minggu.
Hasil dari budaya raya sebulan Ramadhan, ialah melibatkan penyediaan makanan bagi satu-satu tempat sambutan, maka dilihat juadah makanan tidak lagi sama dan biasa, tetapi melibatkan penyediaan mereka yang datang dari berbagai-bagai negeri, maka terhasil juadah dan makanan yang disediakan berpelbagaian. Juadah-juadah utama seperti ketupat, lemang, nasi impit, nasi beriani, laksa yang berbagai jenis laksa, sate, nasi dagang, putu mayang, soto, mei, begitu juga dengan kuih berbagai jenis kuih. Pendek kata hariraya menampilkan juga budaya keunikan berbagai juadah yang disediakan. Keceriaan juga dilihat dari berbagai pakaian yang disukai. Bagi lelaki berpakaian baju Melayu, bagi perempuan berbaju kurung atau kebaya bertudung dan bagi anak-anak lebih berpelbagaian. Akibat dari ziarah menziarahi, maka pada hujung-hujung minggu bagi bulan Syawal jalanraya penuh sesak dengan kenderaan yang antara satu sama lain ziarah menziarahi dengan pakaian raya berwarna warni dan menarik pandangan. Pada satu peringkat sambutan hari raya berlaku di kalangan orang Islam sahaja, tetapi jemputan juga dibuat terhadap yang bukan Islam dan mereka turut berziarah hari raya atau mereka dijemput oleh pemimpin, ketua, pihak AJK penduduk dan sebagainya bagi menghadiri jamuan hari raya. Kini bagi mengadakan jamuan hari raya menjadi mantap dengan penggunaan istilah seperti Hariraya, Hari Terbuka, Rumah Terbuka dan sebagainya yang seolah-olah hariraya menjadi hariraya bagi semua masyarakat Malaysia.
Kini berhariraya sebulan Syawal menjadi identiti budaya bagi masyarakat Umat Islam di Selangor dan berkembang ke negeri-negeri di luar dari Selangor. Ia adalah ciri budaya unik yang berkembang secara positif dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads