Khamis, 11 Oktober 2012

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Selangor Sumbangkan RM 50,000 Kepada SJK(C) <b>Ijok</b>

Posted: 07 Oct 2012 01:29 AM PDT

IJOK 7 OKT : Suasana ceria pesta tanglung di Ijok lebih bermakna apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ijok menerima sumbangan RM 50,000 daripada Kerajaan Selangor.

Selain itu, Kerajaan Negeri yang diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyumbang RM 6,000 kepada Kelab Kebajikan Ijok yang bertanggungjawab menganjurkan pesta itu malam tadi.

Sumbangan berupa makanan keperluan dan beras turut diberikan kepada kira-kira 30 fakir miskin.

Di dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata beliau yakin masyarakat Selangor sedar akan kebaikkan yang telah dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat walaupun ia selalu difitnah Umno-BN.

"Sejarah menunjukkan kita bahawa perkara baik pasti akan memenangi kejahatan.

"Kerajaan Negeri juga sudah menunjukkan usaha memberi kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira asal usul dan keturunan.

"Saya pasti rakyat nampak semua ini dan akan terus menyokong Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Adun Ijok.

Abdul Khalid turut berpeluang melakukan demonstrasi membuat kek bulan dan melepaskan sendiri tanglung ke udara di akhir majlis.

Selain Abdul Khalid dan MP Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 500 hadirin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads