12 di sungai panjang - Google Blog Search |
Kebanyakan <b>Sungai Di</b> Selangor Tercemar, Ancam Bekalan Air <b>...</b> Posted: 11 Oct 2012 04:24 AM PDT KUALA LUMPUR – Kebanyakan sungai di Selangor yang menjadi sumber utama bekalan air mentah didapati tercemar dan berpotensi menjadi ancaman serius kepada keperluan asas yang amat penting ini jika tidak ditangani, seorang ahli sains memberi amaran Khamis. Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir, berkata bahagian air bersih di sungai-sungai ini semakin pendek akibat aktiviti guna tanah yang terlalu tinggi, terutama pembangunan kawasan perumahan. Sebagai contoh, beliau mendedahkan panjang Sungai Langat, sungai utama di antara beberapa sungai di Selangor yang menjadi sumber air mentah ialah 149.3 km tetapi bahagian air bersih hanya tinggal 49.3km sahaja manakala selebihnya 100km sudah tercemar. Dalam satu temuramah dengan Bernama, Hafizan berkata, pencemaran sungai dikategorikan kepada empat kelas iaitu 1 dan 2 belum tercemar, manakala 3 dan 4 tercemar secara serius. "Sepanjang 100km Sungai Langat sudah masuk dalam kelas 3, 4. Dan jika kualiti air sungai lebih teruk daripada ini, ia sudah dikira sungai mati," katanya. Hafizan menjelaskan data-data ini adalah terkini yang diperolehi oleh para pelajar beliau yang membuat persembahan penemuan mereka mengenai keadaan Sungai Langat hanya tiga hari lepas. Beliau berkata di daerah Hulu Langat kini keadaan semakin meruncing dan mengancam sungai akibat terlalu banyak pembangunan terutama kondominium, rumah-rumah kedai dan peningkatan populasi yang memberi impak negatif terhadap kualiti air akibat air cucian, sisa-sisa domestik dan sampah yang masuk dalam sungai. "Saya adalah ahli sains dan penyelidik. Saya bercakap berdasarkan fakta mengenai kualiti air. Saya lihat secara terperinci setiap parameter kualiti air atau pun trend indeks kuailiti air. Jadi kuantiti air yang bersih sahaja pun tinggal sikit sahaja," tambah beliau. Hafizan berkata ramai orang terkeliru apabila bercakap mengenai sumber air kononnya negara yang kerap hujan untuk mengisi empangan seperti di Malaysia tidak perlu bimbang tentang sumber air. "Empangan hanya air untuk tujuan rawatan sebelum kita bekalkan kepada pengguna akhir seperti kita semua, pengguna domestik atau perindustrian. Tetapi sumber air daripada ini tadi perlu kita teliti daripada mana datang sumber air ini. Sumber air ini datang daripada sungai. "Kalau nak mengharapkan hujan, memang jumlah hujan kita tinggi tetapi ia jauh daripada mencukupi dengan keadaan pembangunan yang pesat, pertambahan dan peningkatan dalam populasi. Tidak dapat tidak, permintaan bekalan air bersih dan air terawat terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya. Hafizan keadaan kualiti sungai yang semakin tercemar dan kuantiti air bersih yang semakin merosot bermakna kos rawatan air akan menjadi lebih tinggi dan ini akan mencetuskan persoalan sama ada kerajaan akan terus mampu memberi subsidi. Ditanya mengenai dasar kerajaan negeri yang lebih mementingkan rancangannya untuk penstrukturan semula air di negeri itu daripada mengatasi masalah seperti ancaman pencemaran sumber-sumber air dan kekurangan kapasiti pengeluaran air terawat, beliau berkata penstrukturan semula seperti yang dicadangkan itu tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya masalah-masalah yang lebih kritikal tidak diatasi. "Tanpa mengambil kira bagaimana untuk mengawal pencemaran sumber air kita ini, meningkatkan keupayaan loji, mengambilkira aspek kuantiti air bersih, penstrukturan ini tidak akan memberikan apa-apa kebaikan," kata Dr Hafizan. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap rancangan kerajaan Persekutuan mendapatkan sumber air dari Sungai Pahang ke Selangor bagi mengatasi kekurangan sumber air dan pembinaan loji rawatan Langat 2 sebagai langkah tegas mengelak krisis air yang dijangka melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2014. Lagi pun, katanya, air dari Sungai Pahang tidak tercemar seperti sungai-sungai di Selangor. – BERNAMA Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di sungai panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan