Khamis, 11 Oktober 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pesta Tang Long Disambut Dengan Meriah <b>Di</b> Bagan <b>Sungai</b> Kajang

Posted: 01 Oct 2012 11:15 PM PDT

Bagan Sungai Kajang, 1 Okt    :    Pesta Tang Long hari ini diraikan dengan penuh meriah oleh masyarakat cina di Bagan Sungai Kajang dengan pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur termasuk cabutan bertuah . Lebih meriah lagi program tersebut turut dihadiri oleh pemimpin masyarakat termasuk Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Bagi masyarakat Cina, tanglung bukan hanya perhiasan. Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagan Sungai Kajang, Lim Hock Tiong

Warna serta tempat di mana tanglung digantung, pula katanya, membawa makna tertentu, Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. Ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada peserta yang mendapat cabutan bertuah di dalam program tersebut. Pesta  Tang Long berakhir kira-kira jam 12.00 malam selepas acara membakar Tang Long beramai-ramai.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Dan Penyelesaian Kilang Haram Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Kwi Ai Mei, Lee Bon Hong, Ng Kok Guan  dan Tan Chew Lay.

Manakala, Penghulu Mukim Tanjong Karang 1, Jumasri Jumin dan Saifuddin Ismail, Musa Hussein, Haji Abd Basid Abbas, Abbas Mujikan, Md Yatim Mohd Said serta Esa Ramli adalah Pengerusi JKKK yang  turut hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads