Sabtu, 13 Oktober 2012

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


APPM Tumpaskan Cubaan Seludup Rokok | MyNewsHub

Posted: 09 Oct 2012 01:27 AM PDT

ALOR GAJAH – Kecekalan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memburu dan mengejar sebuah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Sepat, Selangor malam semalam ternyata membuahkan hasil.

Ternyata juga bacaan anggota APMM terbabit mengenai bot itu tidak silap apabila bot yang cuba melepasi tahanan APMM itu didapati membawa 30,000 karton rokok seludup bernilai kira-kira RM300,000 apabila berjaya dirampas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kuala Linggi, Kapten Maritim Abu Bakar Idris berkata, rokok kretek yang dipercayai dibawa dari negara jiran itu ditemui dalam sebuah bot gentian kaca di perairan Tanjung Sepat, Selangor pada pukul 9.45 malam.

"Bot peronda APMM yang sedang melakukan Operasi Satria Selatan di perairan Tanjung Tuan, Negeri Sembilan ke Tanjung Sepat menerima maklumat awam mengenai sebuah bot mencurigakan dan berjaya mengesan bot terbabit kira-kira empat batu nautika dari Tanjung Sepat.

"Anggota APMM cuba mengarahkan bot itu yang dinaiki seorang tekong dan seorang awak-awak untuk berhenti namun mereka memecut laju menuju ke arah pantai Tanjung Sepat," katanya di sini hari ini/

Abu Bakar berkata, menyedari pengendali bot terbabit cuba melarikan diri, bot peronda AMPP bertindak mengejar bot berkenaan selama 15 minit sebelum berjaya menahannya pada jarak satu batu nautika dari Tanjung Sepat.

Bagaimananpun, kata beliau, tekong dan awak-awak bot berkenaan gagal diberkas selepas mereka tekad bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke arah hutan berhampiran.  – mynewshub.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads