Sabtu, 13 Oktober 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


SUARAM Anak Emas Yahudi. Bantahan Rakyat <b>Di Teluk</b> Intan.

Posted: 07 Oct 2012 10:58 PM PDT

RAMDAN Penyambung Legasi SIDEK Selepas Menang GELARAN <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 07:32 PM PDT



KUALA LUMPUR: Bapanya memenangi gelaran tempatan yang pertama pada tahun 1980-an. Bapa saudaranya - Rashid, Jalani dan Razif - mencatatkan nama masing-masing dalam kejuaraan tempatan kali pertama pada tahun 1990-an.

Semalam, selepas hampir 17 tahun tanpa ada sebarang gelaran dari keluarga Sidek, Misbun Ramdan, yang merupakan anak kedua Misbun telah meneruskan tradisi dan yang legasi keunggulan keluarga mereka apabila berjaya memenangi kejohanan tempatan buat pertama kalinya selepas menundukkan Mohd Arif Abdul Latif dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Pahang di Kuantan.

Ramdan yang berusia 20 tahun mengambil masa 31 minit untuk mencatat keputusan 21-18, 21-18 dalam perlawanan akhir yang sengit. Sehari sebelum itu, beliau bereha lama selepas Liew Daren menarik diri dalam separuh akhir selepas mengalami kecederaan belakang.

Ramdan bangga dengan pencapaiannya

"Ini adalah hari yang penting bagi saya. Akhirnya saya telah memenangi gelaran pertama. Saya rasa sungguh baik," kata Ramdan, yang menerima panggilan ucapan tahniah dari bapanya yang kini berada di Bintulu, Sarawak menjalankan klinik kejurulatihan bagi pemain muda di bawah program pembangunan Nusa Mahsuro di seluruh negara.

"Ini adalah permulaan bagi saya. Saya berharap untuk terus bersinar dan membawa tradisi keluarga saya dengan membawa lebih banyak pingat untuk negara," tambah Ramdan yang akan bertanding dalam Terbuka Jerman Bitburger dari 30 Oktober - 4 November.

Ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek turut bangga dengan kejayaan anak saudaranya itu.

"Saya adalah waris terakhir dari keluarga Sidek memenangi gelaran tempatan pada tahun 1995, sekarang kami mempunyai satu generasi baru pemain dari keluarga ini. Secara peribadi, sebagai bapa saudara, saya gembira," kata Rashid.

"Ayahnya - Misbun juga akan sangat bangga. Dia mahu mendorong anaknya ke hadapan kerana beliau percaya bakat pada diri anaknya, dan hari ini (semalam) Ramdan telah membuktikan ianya betul. Sudah pasti, perjalanan yang perlu ditempuhi Ramdan masih jauh tetapi saya berharap kemenangan ini akan menjadi rangsangan dirinya."

Selain tanggungjawab di peringkat profesional, Rashid turut memberikan sumbangan dengan membantu jurulatih Hendrawan dan komitmen dalam meningkatkan taraf pemain.

Selain Ramdan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin juga menunjukkan harapan yang baik walaupun kalah di perlawanan separuh akhir kepada Arif pada hari Jumaat lalu.

"Ramdan dan Iskandar telah meningkat banyak di bawah latihan Hendrawan kerana dia memberikan mereka latihan dan bimbingan yang betul. Ia adalah sangat baik untuk melihat tanda-tanda pemulihan dalam skuad pelapis," kata Rashid.

Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads