di negeri selangor - Google Blog Search |
Infografik Yang Diharamkan <b>Di Negeri Selangor</b>? | Keris 7 Lok Posted: 11 Oct 2012 05:09 PM PDT Melalui infografik ini kita dapat lihat apa itu #Bajet2013 yang boleh Keris katakan sebagai Bajet Rakyat. Lebih tertumpu kepada rakyat serta pembangunan di Malaysia yang menyentuh banyak aspek, menjadikan Bajet kali ini amat ditakuti oleh pembangkang. Dengan bajet pembohong mereka, rakyat kini sedar siapa kaca dan siapa permata. Berikut Keris pernah tulis tentang 6 Dalil berkenaan Bajet Pakatan dan Bajet Kerajaan Persekutuan. 1. Tetap SATU BAJET DEFISIT – walaupun seantero Pakatan Rakyat mendakwa bahawa bajet alternatif 2013 yang diumumkan baru-baru ini menggambarkan polisi kukuh ekonomi mereka, menyokong penghapusan monopoli dan bakal mengimplementasi undang-undang antipakat ("antitrust") yang mampan. Dari segi angka, bajet alternatif 2013 mensasarkan defisit sebanyak 3.5 peratus berbanding 4.3 peratus, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM234 bilion melebihi pendapatan sebanyak RM197 bilion. Walaubagaimanapun, BN telah merangka rancangan untuk mengurangkan kadar defisit ini dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 3.5 peratus menjelang 2015. Sasaran kerajaan untuk 2013 adalah sebanyak 4 peratus. Kita tidak boleh melakukan pengurangan atau melancarkan bajet berjimat cermat secara drastik, untuk terus mengurangkan kadar defisit kepada 3.5 peratus tahun depan, tatkala ekonomi global sedang gawat.Sebaliknya, di dalam kegawatan ekonomi global, setiap negara perlu berbelanja dalam beberapa aspek untuk merangsang ekonomi domestik agar mampu bertahan menghadapi kesan-kesan ekonomi global. Ini kerana ekonomi domestik Malaysia merangkumi lebih 70 peratus daripada KDNK (Jumlah pendapatan negara). Malahan, Malaysia adalah salah sebuah negara yang baru-baru ini mendapat pujian dari komuniti kewangan antarabangsa kerana strategi serampang dua mata yang merangsang ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 5 peratus. Pakatan Rakyat juga sebenarnya mengakui dalam bajet alternatif 2013, mereka tidak dapat melancarkan lebihan bajet tahun depan walaupun mereka menghentam kuat kadar hutang negara masakini. 2. Pakatan Rakyat (PR) juga mendakwa mereka akan menyelesaikan isu perumahan mampu milik dengan menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan untuk melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik secara besar-besaran di seluruh negara.Bukan setakat itu sahaja, malahan PR juga berkata mereka akan menghentikan beberapa projek-projek penting serta agensi-agensi yang digerakkan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib seperti pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga agensi pembangunan strategik 1MDB. PR mencadangkan penggabungan 1MDB dengan Khazanah, di samping mendakwa bahawa pembaziran berlaku apabila kedua-dua agensi ini mempunyai objektif yang sama, selain daripada menetapkan polisi-polisi dividen minimum sebanyak RM2 bilion ke atas Khazanah. Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat kajian secara mendalam, usaha PR untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan ini sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh kerajaan melalui 1PRIMA, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan perumahan mampu milik lebih baik kepada golongan berpendapatan rendah. Bajet PR tidak realistik apabila mereka mahu menghentikan pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga 1MDB kerana ini mendatang implikasi kepada ekonomi negara. Di Lembah Kelang, di mana tanah semakin penuh, salah satu cara untuk kerajaan menyediakan perumahan mampu milik adalah dengan melepaskan lebih banyak tanah kerajaan untuk membina rumah. Tidak ada lagi tanah kerajaan di Lembah Kelang untuk menampung permintaan perumahan selain daripada tanah milik Institut Penyelidikan Getah tersebut. Patutkah pembangunan seperti ini dihentikan dan bagaimana pula nasib beribu-ribu buah rumah baru, yakni rumah-rumah dalam anggaran RM500,000 ke bawah. Bukankah ini bakal membawa implikasi buruk kepada ekonomi negara? Satu lagi kelemahan dalam cadangan mereka adalah persoalan bagaimana persaingan boleh dipupuk sekiranya 1MDB dan Khazanah digabungkan? Sebab utama kenapa 1MDB ditubuhkan adalah untuk memupuk persaingan antara Khazanah dan 1MDB, kerana persaingan ini mampu merangsang kecekapan dan prestasi untuk membawa pulangan yang lebih mantap kepada kerajaan. K7L : Bajet 2013 menjadi igauan buat pembangkang.. |
You are subscribed to email updates from di negeri selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan