Selasa, 1 Januari 2013

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Lelaki Maut Ditembak Di Warung <b>Di Batu Caves</b> | MyNewsHub

Posted: 05 Dec 2012 08:01 PM PST


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki peniaga besi buruk maut selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali di sebuah warung di hadapan kilang Simen YTL Batu Caves, dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata, ketika kejadian 12.30 pagi, M Siva Murugesan, 32, dari Kampung Wira Damai Jalan Sri Gombak sedang minum bersama seorang rakan di warung berkenaan telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Suspek yang memakai topeng ski, berseluar jeans warna biru, kemeja-T warna putih belang biru serta berkulit gelap.

"Ketinggian suspek lebih kurang 175cm dan berbadan tegap, datang ke arah mangsa dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena tembakan di bahagian dada, perut dan kedua-dua tangan. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads