Selasa, 1 Januari 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Giliran Ibu Tunggal Pula Saman Kerajaan <b>Negeri Selangor</b> | Sel13

Posted: 11 Dec 2012 10:01 PM PST

Gertakan Exco Wanita Selangor, Rodziah Ismail yang Kerajaan Negeri Selangor akan menyaman dalang yang menyedarkan ibu-ibu tunggal di seluruh Selangor tentang hak mereka yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat, ternyata tidak berjaya. Sebaliknya hari ini, sejumlah ibu tunggal telah bertindak menyaman Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Jam 9:30 hingga 10:00 pagi tadi, di kaunter Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kamaruddin & Partners yang mewakili ibu tunggal di Selangor telah menfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar berikutan kegagalan menunaikan janji memberikan bantuan dan elaun bulanan kepada ibu tunggal yang layak, sebagaimana yang termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu.

Seramai 80 orang  ibu tunggal telah hadir di Mahkamah Tinggi untuk proses berkenaan. Turut hadir adalah Dato Johan Aziz, ADUN Semenyih dan Mortini Kasman, Pengerusi Pesatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor.

Ibu-ibu tunggal berkenaan telah membuat tuntutan melibatkan seramai 3011 orang dari seluruh Selangor dan jumlah tuntutan tersebut adalah RM16,259,400.00 dengan mengambil kira RM100 sebulan selama tempoh 54 bulan.

Dua hari lepas, Rodziah Ismail menyatakan bahawa 'elaun' yang dinyatakan dalam manifesto berkenaan bukanlah ELAUN TUNAI bahkan menyatakan juga bahawa bantuan tersebut hanya diberikan kepada MEREKA YANG LAYAK. Bagaimanapun, kriteria LAYAK yang dimaksudkan, tidak diperjelaskan memandangkan janji berkenaan hanyalah antara janji-janji kosong.

Walaupun beberapa lakonan yang ditunjukkan dan disiarkan pula oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, sebenarnya ia tidak lebih daripada sebuah sandiwara untuk menunjukkan kepada rakyat, kononnya Pakatan Rakyat telah menunaikan janji mereka. Ianya tidak ubah seperti skim air percuma yang merupakan satu lagi janji atau manifesto Pakatan Rakyat.

Masalah air percuma bagaikan telah menjadi puaka dan jembalang kepada Pakatan Rakyat. Sebabnya, para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, khususnya dari PKR, kerap kali menggunakan modal air percuma untuk menunjukkan mereka lebih baik berbanding Kerajaan-Kerajaan Negeri lain.

Bagaimanapun, apabila banyak pihak membangkitkan isu berkenaan, memandangkan lebih ramai golongan marhein yang tidak menikmati air percuma ekoran pemberian tersebut hanya untuk pengguna bermeter individu, sedangkan golongan marhein yang tinggal di perumahan-perumahan murah pula, menggunakan meter pukal, Pakatan Rakyat, khususnya Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menyatakan bahawa isu tersebut sengaja ditimbulkan oleh UMNO untuk mensabotaj Kerajaan Negeri.

Perkataan SABOTAJ sekarang ini telah menggantikan perkataan FITNAH dan KONSPIRASI yang sebelum ini amat digemari oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Rodziah Ismail menyatakan Persatuan Ibu Tunggal yang menyaman Kerajaan Negeri Selangor sebagai pensabotaj kerana katanya, bantuan dan elaun telah diberikan kepada ibu-ibu tunggal yang layak di seluruh Selangor menerusi pelbagai program. Manakala Xavier Jeyakumar pula, lebih berterus-terang menyatakan PETUGAS-PETUGAS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BERKETURUNAN MELAYU dan BERAGAMA ISLAM mengambil tindakan mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor dengan menceroboh dan merobohkan tempat sembahyang yang dibina di dalam rumah milik individu.

Baru Ibu Tunggal… belum lagi Anak Selangor yang dijanjikan bantuan untuk masuk universiti, belum lagi murid pra-sekolah yang akan mendapat bantuan RM50 setiap bulan, belum lagi pasangan muda yang baru berkahwin dan hendak membeli rumah, belum lagi warga tua yang akan mendapat bantuan setiap bulan…

Terlalu banyak janji yang telah ditaburkan oleh Pakatan Rakyat. Sekarang ini, Pakatan Rakyat Selangor sedang ditimpa masalah dek janji-janji mereka sendiri.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads