Selasa, 1 Januari 2013

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Gusti Lengan Selangor: Nizar mengganas <b>di Kajang</b>

Posted: 24 Dec 2012 07:36 AM PST


Kajang, 23 Disember, 2012. Mohamad Nizar Yusof sekali menunjukan kejaguhannya dengan mengalahkan 6 orang pencabarnya untuk memenangi Pertandingan Gusti Lengan yang diadakan sempena Karnival 1001 Rasa Satay Kajang 2012.
Ketiadaan Dzil Fahli dalam pertandingan kali ini namapaknya memberi laluan mudah kepada Mohd Nizar untuk memenangi satu lagi pertandingan, mungkin yang terakhir untuk tahun 2012. Nizar yang masih lagi swgar dengan kemenangan di satu pertandingan gusti lengan di I-City Shah Alam telah mengalahkan Abd Razak Hadizir dalam satu perlawanan sengit dalam dua set.
Nizar yang ditemui selepas pertandingan menganggap kemenangan dalam pertandingan ini memang telah dijangkakan, apatah lagi apabila Zil Fadhli telah menarik diri dari bertanding di saat akhir kerana kecederaan pangkal lengan.
Pertandingan kali ini hanya disertai oleh pemain-pemain yang telah dipilih oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor sahaja. Pertandingan ini juga dijadikan sebagai satu latihan pemanas badan kepada ahli gusti lengan Selangor sebagai satu persedian untuk menghadapi pertandingan-pertandingan yang akan diadakan pada tahun 2012. Ianya juga sebagai pendedahan kepada ahli-ahli gusti lengn yang baru seperti Abd Razak Hadizir, Nazri Yusuf dan Mohdh najib Ismail.
Sementara itu vveterean gusti lengan Selangor, Sarwan Hussein, yang mengumumkan persaraan dari bertanding dalam acar gusti lengan untuk memberikaan tumpuan keapada aspek pengadilan apatah lagi setelah mendapat sijil pengadilan daripada badan dunia gusti lengn iaiatu WAF turut bbertanding dapat berjaya menduduki tempat ke 5.
Menurut beliau, dia menyertai pertandingan kali ini semata-mata untuk melepas kerinduan kepad acara ini telah lama disertainya. Sambil mengaku pemain-pemain yang mewakli Selangor sekarang adalah yang terbaik berbanding  sebelumnya, mungkin kerana meeka menjalani latihan yang lebih sistematik.
Aksi Sarwan sewaktu menentang Mohd Najib Ismail,
Keputuusan resmi hingga tempat ke tujuh adalah seperti berikut;
Tahniah kepada semua pemenang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads