12 di sungai tenggi - Google Blog Search |
melayuangkat: Cerita Wak Sg. <b>Tenggi</b> Posted: 23 Apr 2010 08:11 PM PDT Wak adalah kenalan keluarga kami sejak 20 tahun lalu. Wak dan isterinya adalah pioneer peneroka Felda Sg. Tenggi. Anak Wak mengajar mengaji kedua anak-anak kami. Lama kelamaan kami akrab bagaikan ada talian persaudaraan. Wak selalu ceritakan pada kami mengenai pengalamannya sebagai peneroka FELDA pada zaman Tun Razak dulu. Berbekalkan cangkul, mereka diberikan tanah untuk diusahakan. Tanah rumah suku ekar dan tanah sawit 10 ekar. Turut dibekalkan pada mereka saban waktu adalah 'susu' dan 'sardin'. Sebab itu hinggalah sekarang, Wak dah tak lalu minum susu atau makan 'sardin'. Jika Wak berkunjung ke rumah kami, kami pasti tak hidangkan lagi minuman bersusu atau sardin, walaupun sardin masak kari, kicap atau sambal sardin. Kami gemar ke Sungai Tenggi untuk 'menghijaukan' mata sekali sekala. Rumah Wak pun telah dibaikpulih dan begitu besar dan selesa untuk anak-anak dan cucu. Di tepi rumah Wak ada kolam ikan, baru-baru ini dapat juga kami rasa ikan keli ternak hasil sampingan anak-anak Wak dan juga tanaman terung yang dibekalkan kerajaan untuk setiap rumah di situ. Jika musim buah dapat juga kami rasa rambutan dan manggis dari Sg. Tenggi. Dalam perbualan telefon malam tadi, Wak amat berharap Barisan Nasional akan menang dalam pilihanraya InsyaAllah esok, 25-4-2010. Wak mahu kesinambungan warisan FELDA tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Bagi Wak, telah terbukti segala-galanya dari Kerajaan Barisan Nasional. Wak tidak mudah digoda, digula-gulakan, diperbodohkan atau boleh makan fitnah dan dakyah pihak yang berniat jahat terhadap ada sedang dikecapi oleh mereka sekarang. Wak akur tidak ada yang sempurna seratus peratus dalam hidup ini, tapi katanya omong kosong berbeza dengan kenyataan dan sejarah yang telah membuktikan. Cucu sulung Wak telah mendapat 10A dalam SPM baru-baru ini dan sedang menunggu keputusan permohonan biasiswa dari Kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan atau Mesir. Bagi Wak, secara peribadi mengakui tidak mungkin ada sebuah Kerajaan yang begitu prihatin terhadap hidup rakyatnya dalam apa bentuk sekali pun. Wak amat bersyukur.. InsyaAllah swt, semoga Allah swt akan makbulkan doa Wak sekeluarga...InsyaAllah swt. |
You are subscribed to email updates from di sungai tenggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan