Sabtu, 9 Februari 2013

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Alif Ba Ta duniaku: Sekilas Putaran Roda...

Posted: 06 Feb 2013 10:41 AM PST

 Zaman-zaman mencabar kegawatan ekonomi 1998 mula dirasai apabila pekerjaan yang aku pohon semuanya menampakan kekecewaan. Setelah bekerja di syarikat Trane Air cond di Bandar Sunway dan kemudiannya mencari pengalaman dalam bidang pembinaan pula di syarikat PATI ( Paving Automated International ) yang membina landasan PUTRA LRT pada tahun 1998 aku mendapat tawaran ke IKM Beseri, Perlis. Aku berhenti kerja dengan syarikat tersebut untuk melanjutkan pengajian dalam bidang elektronik di IKM. Semasa di IKM aku melalui minggu orientasi dengan jayanya tetapi pada malam terakhirnya aku telah bergaduh dengan senior yang ingin berkenalan dengan para junior. Punca pergaduhan kerana aku telah dibaling dengan bantal secara tiba-tiba dan macam biasalah bila aku terkejut aku pun melompat untuk menerajang senior yang berada diatas katil. Aku lantas memohon maaf dengan dengan tindakan spontan tersebut tetapi sudah terlewat....pada pukul 1.00 pagi aku dipanggil oleh otai senior yang rasanya terdiri daripada pelajar kursus kimpalan..
            Aku menuruti segala kehendak senior-senior yang telah meminta aku melakukan tekan tubi dan sebagainya. Dalam hatiku aku berkata aku akan ikut selagi aku boleh tetapi apabila mereka meminta aku meneguk air mineral yang dipetik abu rokok aku menolak. Aku berundur ke penjuru bilik yang ada penyapu. Aku nekad apa nak jadi..jadilah..aku dah bosan mengikut kehendak mereka. Tiba-tiba lampu bilik dipadamkan dan entah dari mana tumbukan dan tamparan singgah di muka aku..aku lantas menghayun penyapu yang berhampiran dengan aku. Mulutku terhambur perkataan yang seingat aku berbunyi "aku mai sini nak belajar bukan aku nak hangpa buat aku macam ni..aku dah 24 tahun ..pi mampus la hangpa ..aku dah kerja gaji dua ribu di KL.. hangpa berani sebab kampung hangpa dok depan IKM ni saja...takpa kalau macam ni aku pun tak dak hati dah nak belajar". Aku balik ke bilik aku. Memang aku nekad aku akan blah dari IKM ni. Keesokannya pelajar berpusu-pusu ke kelas, aku rilek saja...rakan sebilikku bersalaman dengan aku kerana usaha mereka memujuk aku tidak berjaya..sebenarnya aku memang tak boleh survive dengan elaun lima puluh ringgit sebab aku masuk bukan atas sokongan ibu-bapaku. Aku malas hendak menyusahkan ibu-bapaku lagi setelah apa yang aku buat di POLIMAS. Aku menelefon ibuku memaklumkan bahawa aku tak boleh belajar di IKM sebab elaunnya kecil dan aku akan terus ke KL semula..tetapi aku sudah berhenti dengan PATI.

            Di KL aku menumpang di bilik seorang kawan kepada sepupuku tetapi dari daerah yang sama denganku. Dia bekerja sebagai tentera udara unit sukan berkuda di Kelab Polo Ampang. Mujurlah aku mendapat kerja sebagai juruwang 7 Eleven di Taman Maluri. Aku hanya bekerja secara sambilan pada sebelah malam sahaja. Cukuplah untuk perbelanjaan aku kerana bilik tak perlu di sewa. Aku akhirnya diterima bekerja di MPSJ sebagai Pembantu Undang-Undang dengan taraf jawatan sambilan tetapi aku bertugas di Jabatan Perbendaharaan. Aku berpindah ke rumah seorang sahabat di Pangsapuri PKNS berhampiran dengan Taman Kosas. Berulang-aliklah aku dari Ampang ke Subang Jaya. Setelah sebulan aku bekerja secara sambilan..aku mendapat taraf jawatan secara kontrak..memang begitulah majlis kerajaan tempatan dari atas sampai ke bawah semuanya kontrak selama dua tahun. Aku berpindah ke USJ 13 memandangkan jarak dari Ampang ke Subang Jaya agak jauh.

USJ 13...Demo jange kecek Kedah denga Kawe ..itulah salam perkenalan dengan salah seorang rakan serumah yang baru. Memang aku sahaja orang Kedah dalam rumah itu pada awalnya dan aku masih ingat nama-nama seperti Aznan dan Jemi (yang merupakan rakan paling akrab sekali), Zaki pegawai tadbir dari Bachok yang sekarang sudah tidak mengenali aku..Zulkurnain Pegawai Tadbir dan sebelum ini menjadi pegawai penguatkuasa yang keretanya pernah dibakar di hadapan rumahnya sehingga masuk ke dalam berita yang berasal dari Kulim. ( entahlah masih kenal atau tidak dengan aku walaupun pernah menjadi rakan sebilik). Sememangnya pengalaman di MPSJ memang mengembirakan ...sehingga aku pernah terlibat menjadi penari kuda kepang untuk persembahan jamuan tahunan di Holiday Villa..dengan kostum dan mekap yang sangat "real"..aku masih ingat lagi rentak muziknya dan langkahnya..memang mengujakan...tap tum tap tap tum..sambil menghayun kuda kepang ke kiri dan ke kanan. Pada hari sabtu aku membantu Zaki mengutip yuran untuk klinik bolasepak..tapi sedihnya bila orang tak kenal aku bila aku menelefon untuk bertanyakan sama ada dia mempunyai nombor sahabatku Jemi. Tak pa lah sebab memang dah lama sangat...dengan Jemi dan Aznan aku selalu bermain badminton pada setiap minggu di dewan yang dijadualkan untuk staf. Dimanakah mereka kini?


CINTA....? Rohaida tak silap aku namanya...memang dia baik dengan aku sebab bersusah payah membawa aku untuk mencari rumah atau bilik sewa. kakaknya ialah seorang doktor Jabatan Kesihatan MPSJ. Mujurlah aku tak meluahkan apa-apa dengannya kerana biasalah bila orang cantik memanglah ramai peminat. Akhirnya aku terserempak dengannya keluar dengan budak penguatkuasa semasa perlawanan hoki sukan komanwel.

Syarifah Fazaida ?? dimanakah dia sekarang? Aku rasa rendah diri bila ada seorang syed di jabatan perbendaharaan juga menaruh minat terhadap dia. Pada waktu rehat tengahari aku tidur di dalam bilik fail aku terdengar perbualan Syed dan kawan-kawannya.." Aida memang ada hati dengan Pawie..aku malaslah nak potong line member.." Aku juga dengar tentang galakan supaya Syed mendekati Aida kerana Pawie motor pun tak ada...kau ada motor.". Memang aku ke hulu ke hilir dengan bas saja..Aku akhirnya mengalah kerana cita-cita aku masih belum tercapai. Memang tak boleh nak survive dengan gaji sebagai Pembantu Undang-Undang N17.. memang tak boleh nak bercinta pun sebab bila bercinta rasa nak kahwin..nak kahwin perlukan duit..akhirnya aku pun berhenti kerja lagi...bukan sebab cinta tetapi mengejar cita-cita..Aku nak menimba pengalaman ......

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads