12 di pandamaran - Google Blog Search |
Belantan: Isu Selangor : 8,000 penduduk <b>Pandamaran</b> tuntut janji? Posted: 06 Feb 2013 03:13 AM PST MCA Bahagian Klang akan meneruskan hasrat lebih 8,000 rakyat di kawasan Pandamaran, Klang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bagi menuntut hak kebajikan yang dijanjikan dalam manifesto mereka pada 2008. Ketua Pemudanya, Dr. Ching Eu Boon berkata, tindakan itu akan dilakukan selepas pihaknya bersama-sama peguam selesai membuat penelitian terperinci terhadap tuntutan tersebut diperoleh menerusi borang yang diedarkan kepada rakyat di kawasan berkenaan pada bulan lalu. Katanya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 5,000 borang daripada penduduk kawasan tersebut melibatkan tuntutan penurunan 20 peratus cukai pintu bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial yang dijanjikan kerajaan negeri sebelum ini. "Selain itu, kita juga menerima lebih 3,000 borang tuntutan daripada golongan ibu tunggal di Pandamaran yang mahu kerajaan negeri melunaskan janji pemberian elaun sebanyak RM100 sebulan kepada mereka. "Bagi penduduk di kawasan ini, mereka melihat janji manifesto itu tetap janji dan harus ditunaikan walau dengan apa cara sekalipun sebagai satu tanggungjawab yang wajib dipenuhi oleh kerajaan negeri. "Sehubungan itu kita akan membawa tuntutan-tuntutan rakyat kawasan ini ke mahkamah dalam tempoh seberapa segera," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pada 27 Januari lalu, lebih 1,000 penduduk Pandamaran mengadakan perhimpunan secara aman setelah tidak berpuas hati terhadap Kerajaan PKR Selangor yang sehingga kini enggan melunaskan janji dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu. Menurut mereka, keengganan kerajaan negeri itu disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan kerana hanya tahu menabur janji namun tidak dilaksanakan. Dalam pada itu, Eu Boon yang juga Penyelaras DUN Pandamaran memberitahu, selain tuntutan penurunan cukai pintu dan elaun ibu tunggal, pihaknya selepas ini akan turut mengedarkan borang tuntutan kepada penduduk kawasan itu bagi meminta kerajaan negeri memberikan caruman takaful sebanyak RM2,500 untuk golongan warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim di negeri ini. "Janji caruman takaful ini juga dilaporkan gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri sejak 2008 sehinggalah ke hari ini," ujarnya. Suara Politik |
You are subscribed to email updates from di pandamaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan