Sabtu, 9 Februari 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


lambakan pusat maksiat <b>di shah alam</b>, khalid samad wajib <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2012 02:31 AM PST

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah salah seorang individu yang harus dipertanggungjawabkan di atas kewujudan sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di bandar tersebut selain Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, sikap liberal yang ditonjolkan Khalid telah mengundang kepada penularan pelbagai budaya yang tidak sihat di Shah Alam yang diketahui umum majoriti penduduknya beragama Islam.


"Pada saya, yang pertama sekali harus bertanggungjawab adalah Menteri Besar. Menteri Besar harus bertanggungjawab. Yang kedua, yang lebih bertanggungjawab adalah Khalid Samad. Dia ini begitu liberal..dia tak kisah. 

"Dia bawa bendera PAS yang kononnya satu parti yang memperjuangkan Islam, dalam masa yang sama di Shah Alam, kilang arak dia boleh pergi lawat," ujar beliau ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Malah, beliau turut mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak setanding dengan BN dari segi kredibilitinya untuk mentadbir negeri yang telah terbukti hasilnya.

Justeru beliau menyeru pengundi-pengundi di negeri Selangor terutamanya di Shah Alam supaya menolak Khalid pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Pada saya sekarang ini pengundi harus menghukum mereka (Pakatan) ini..mereka ini tak layak digelarkan sebagai pemimpin. Kerajaan BN buat masa ini memimpin negara ini dengan penuh dedikasi dan berpengalaman," katanya.


"Jadi kita desak betul-betul, Khalid Samad harus dipertanggungjawabkan. Saya menyeru kepada pengundi-pengundi di Shah Alam, tumbangkan Khalid Samad..inilah pengkhianat sebenar-benarnya pengkhianat dalam perjuangan orang Islam dan juga Melayu," tegas beliau.

Selain itu, beliau juga akan memastikan agar ahli-ahli Perkasa yang bakal mengundi di Shah Alam pada PRU13 nanti tidak akan mengundi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Kita (Perkasa) ada ahli di Shah Alam, dan saya akan pastikan ahli-ahli kita tidak akan mengundi calon-calon PAS terutamanya Khalid Samad," katanya.

Sedih dengan perkembangan tersebut, Irwan tidak menolak kemungkinan bahawa ia adalah salah satu cara tersirat PR untuk mengusir komuniti majoriti Melayu keluar daripada Shah Alam selain menyediakan rumah pada harga yang mahal di bandar itu.



"Selama ini, Shah Alam adalah satu kawasan yang aman untuk diduduki..Boleh dikatakan kawasan yang tidak sibuk, ia adalah kawasan yang baik (jadi) mengapa perlu dicemari dengan kelab malam ini.

"Jadi inilah mungkin cara mereka (Pakatan) selain daripada menyediakan rumah yang mahal, mungkin ini juga salah satu cara mereka menghalau orang Melayu daripada bumi kita sendiri," tegasnya.

Kontroversi kewujudan pusat hiburan yang berlokasi di Setia Alam itu bermula apabila Khalid yang pada awalnya menafikan perkara tersebut, namun mengakui tentang kewujudannya.

Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati pusat hiburan berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan terbabit.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.


Kelab Malam Di Buka <b>Di Shah Alam</b> | AIDC

Posted: 21 Dec 2012 09:33 PM PST

AIDCNews – 22/12/12 – Selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan kewujudan kelab malam beroperasi di kawasannya dua hari lepas, namun semalam beliau menukar kenyataan mengesahkan kewujudannya yang beroperasi secara haram.

Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu, di mana lesen kafeteria ditukar menjadi kelab malam dan menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu tidak diarahkan penutupan, disita dan dirampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.

Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya.

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Pada 19 Disember lalu, Khalid seperti dilaporkan mole.my menafikan dakwaan sebuah kelab malam bakal dibuka di Shah Alam.

Khalid diminta memberi komen dakwaan blog khairulryezal yang mendedahkan sebuah kelab malam pertama bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, telah dibuka.

"Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan.

""Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga!

"Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR!," dedah blog itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads