Selasa, 26 Februari 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


UMNO Online - Jambatan Baru Rentasi <b>Sungai Tenggi</b> Beri <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 06:49 PM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Jambatan Baru Rentasi Sungai Tenggi Beri Keselesaan Kepada Penduduk

TANJUNG KARANG, 16 Feb– Penduduk beberapa kampung di sini kini dapat menarik nafas lega dengan pembinaan jambatan baharu berharga RM6 juta merentasi Sungai Tengi yang dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan mereka.

Perasmian Jambatan Ibu Ampangan sepanjang 90 meter dan sembilan meter lebar itu disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Jambatan yang mula dibina pada pertengahan 2010 dan siap untuk digunakan akhir 2012 itu menggantikan jambatan lama yang hanya mempunyai laluan satu lorong berbanding jambatan baharu yang mempunyai dua lorong.

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian itu, Noh, yang juga Anggota Parlimen Tanjung Karang, berkata ia sekali gus membuktikan tohmahan pembangkang  sebelum ini bahawa projek itu gagal, adalah tidak benar.

"Mereka kata projek ini gagal bagi menimbulkan kemarahan orang kampung,

pembangkang memang saja nak mencari kesalahan kerajaan," katanya mengenai jambatan itu yang dapat dimanfaatkan antara lain oleh penduduk Kampung Sungai Sireh, Kampung Sri Gambut dan Kampung Sawah Sempadan.

Noh berkata jambatan itu turut menjadi alternatif kepada penduduk Tanjung Karang untuk ke Bestari Jaya dan  seterusnya ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor.

Pada majlis itu, beliau turut mencabut undi bagi memilih sejumlah kontraktor

Kelas F bagi melaksanakan projek-projek kecil seperti menaik taraf jalan di daerah Kuala Selangor.

Ia mencerminkan ketelusan kerajaan pusat dalam menganugerahkan kontrak dan menepis tuduhan bahawa kontrak hanya diberi kepada kroni-kroni pemimpin, katanya.

Selain daripada mencabut undi untuk kontraktor, Noh menyampaikan kunci rumah kepada 27 penerima bantuan pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

Noh berkata dari 2002 hingga sekarang, SPNB telah meluluskan 333 daripada 655 permohonan yang diterima daripada Parlimen Tanjung Karang.

Berita Bertarikh Pada 17 February 2013 10:49 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads