12 di tanjung sepat - Google Blog Search |
SuaRa HatI: Praktikum Fasa 3 : Pengenalan Posted: 26 Feb 2013 12:10 AM PST Alhamdulillah akhirnya saya dapat menguatkan diri mencoret di blog kesayangan ini. Pada sem ini saya menjalani praktikum selama 3 bulan bermula 21 Januari hingga 19 April di SK Tanjung Sepat Banting. Info: Allahurabbi kerjaya guru memang menguji kesabaran jiwa dan raga.Saya akan cuba gagahi jua walaupun ada yang masih ragu-ragu benarkah saya betul-betul ingin menjadi guru. Menjadi guru bukan mudah. Persiapan dari segala aspek perlu ada. Sebab apa? Apabila di sekolah guru akan diberikan tanggungjawab yang sangat besar dan banyak. Sewaktu saya melaksanakan tugasan kerja kursus banyak refleksi yang muatkan dengan peranan guru sebenar. Namun saya malu dengan refleksi itu kerana saya tidak mampu lakukan segalanya. Semua itu hanya di atas kertas. Ini merupakan refleksi yang digunakan sepanjang membuat kkp isi yang sama cuma ubah tajuk tugasan sahaja. (Edisi Kantoi..jangan bagitau pensyarah saya guna yang sama sebab refleksi saya umum boleh diguna pakai mana-mana tugasan yang diberi) Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan satu tugasan yang sangat bermakna dan berguna ini. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana Allah masih membuka hati saya menyiapkan tugasan ini walaupun asalnya amat susah untuk memulakan.Sebelum memasuki perkara yang lebih serius, saya mendapat satu pengajaran yang sangat besar dalam menyiapkan tugasan ini. Saya sedar, dalam kehidupan ini, jangan kita mengaku kalah sebelum kita mencubanya. Walaupun luaran kelihatan agak sukar dan merumitkan, jangan cepat berputus asa. Kadangkala yang luaran lebih sukar berbanding yang sebenarnya. Sikap yang positif dalam diri untuk menyiapkan tugasan dengan lebih awal dan perlu banyak bertanya perlu dipupuk dalam menyelaikan sebarang perkara. Pertamanya, melalui tugasan ini banyak perkara yang telah dipelajari. Masa itu emas, jangan biar ia memotong kita. Gunakanlah sebaiknya masa untuk menyiapkan kerja. Elakkan kerja bertangguh. Dengan masa yang ada saya belajar untuk mencari bahan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dalam menyelesaikan masalah. Namun begitu, saya seringkali hampa dengan hasil penemuan, tidak banyak yang betul-betul fokus dalam tajuk yang diperoleh ini. Tugasan ini meliputi isu-isu moral di peingkat sekolah, masyarakat tempatan atau di peringakat global, menerangkan kesan elemen-elemen yang mencabar pengjhayatan amalan nilai murni dan rumusan kajian aktiviti berkualiti yang pernah dilakukan oleh mana-mana agensi tempatan atau antarabangsa. Sebagai bakal guru, saya perlu bersediaan untuk menerima anak murid sedemikian. Wajarlah tugasan ini diberikan kerana hal ini sangat penting bagi memastikan bakal-bakal guru pendidikan Moral lebih bersedia untuk berada dalam medan sebenar mengharungin mehnah dan cabaran membentuk akhlak dan peribadi murid. Apabila berada di sekolah nani,inilah masalah yang berlaku. Sebelum melarat menjadi barah yang besar, guru perlu mencegahnya dengan mengenalpasti masalah-masalah tersebut. Tugasan ini hampir mengcakupi semua tajuk yang telah kami belajar. Segala input yang dipelajari telah diluahkan dalam bentuk tugasan kerja kursus. Tambahan itu, saya dapat mengenali pasti satu kelemahan dalam menyediakan tugasan ini. Walaupun telah banyak tugasan yang telah dilakukan sepanjang berada di institut,namun masih ada perkara-perkara yang dianggap remeh terlepas pandang dalam format penulisan ilmiah. Banyak perkara yang belum saya kuasai lagi. Di samping itu, saya dapat melihat sendiri cara penulisan-penulisan ilmiah yang telah dihasilkan. Pendedahan ilmu-ilmu ini sangat berguna kepada kami untuk bersedia lebih awal bagi saya untuk menghasilkan kajian. Perkara ini memberi manfaat kepada saya untuk menyediakan kaji selidik atau kajian tindakan pada masa akan datang. Tugasan yang memerlukan persediaan mental dan fizikal ini memberi banyak pengajaran kepada saya. Bermula daripada proses pengumpulan maklumat dan menghasilkan buku skrap. Sebab itulah, kami selalu diingatkan agar membuat kerja terlebih awal dengan merangka pelan kerja yang baik. Sekiranya sesuatu masalah berlaku, kita dapat menyelesaikannya dengan mudah. Penghasilan grafik dan peta minda memberi satu penegasan kepada saya bahawa dua instrumen ini mampu memberi satu peringatan yang mudah difahami. Hal ini juga memupuk daya kreativiti saya. Sebagai bakal guru yang bakal menghadapi generasi 'Y' unsur kreatif dan kritis inilah yang perlu ditekankan. Di samping itu, memang tidak dinafikan bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorabanan masa, tenaga dan wang ringgit. Hal ini, perlu dipandang secara positif kerana ketika menjadi guru kelak pengorbanan seperti inilah yang perlu dilakukan oleh seorang guru. Persediaan seperti ini amat diperlukan bagi melatih diri untuk menjadi lebih cekal dan berkorban apa sahaja bagi mendidik anak bangsa. Kita bukan hanya mengajar tetapi kita perlu mendidik. Ingatlah, peranan guru dalam melahirkan insan bermoral adalah menyampaikan ilmu (mu'allim), menjayakan proses pendidikan (murabbi), memperkembangkan kemahiran (mudarris), mendidik adab dan budi pekerti (mu'addib) dan melahirkan pemimpin generasi akan datang (mursyid). Gurulah penyambung tugasan Rasulullah untuk melaksanakan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Pemahaman terhadap soalan dan topik perlu dikuasai sebelum tugasan dimulakan. Melalui kaedah ini, kesan pemerolehan ilmu ini akan berkesan dengan lebih lama dan mendalam kepada kita berbanding ilmu yang sentiasa disuap. Banyak buku-buku yang telah diphotostat untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan. Perancangan yang rapi amat penting dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam melaksanakan sesuatu perkara kita hendaklah bersunggu-sungguh tanpa mengira sejauh mana imbuhan yang bakal kita perolehi. Kerjasama dalam kumpulan juga sangat penting dalam menyelesaikan tugasan ini. Kami sedaya upaya untuk berkongsi maklumat daripada hasil tugasan.Tanpa nilai kerjasama yang tinggi, mana mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini. Tanggungjawab yang tinggi perlu dipupuk dalam diri kita bagi memastikan kita dapat melaksanakan segala amanah yang diberikan dengan sebaiknya Nilai kesabaran yang tinggi juga dapat dipupuk melalui tugasan ini. Hal ini kerana, bukan mudah untuk membaca begitu banyak bahan bacaan untuk mendapatkan isi-isi penting. Tanpa nilai-nilai ini mana mungkin kami dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya. Secara kesimpulannya, saya berasa sungguh seronok dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini mampu memberi pengukuhan ilmu bagi saya aplikasikannya dalam menyelesaikan masalah.Saya berharap tugasan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada orang lain. Penambaikan terhadap hasil kajian ini juga amat digalakkan. Allah..saya masih tercari-cari peluang untuk melaksanakan perancangan dan impian saya. Astaghfirullah.....Maaf saya belum menyumbang yang terbaik buat Islam dalam bidang saya sekarang.
|
You are subscribed to email updates from di tanjung sepat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan