Ahad, 31 Mac 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


kursus <b>di bangi</b>

Posted: 09 Jan 2013 06:25 AM PST

                          Every time I close my eyes I see you in front of me
                          I still can hear your voice calling out my name
                          And I remember all the stories you told me
                          I miss the time you were around [x2]
                          But I'm so grateful for every moment I spent with you
                          'Cause I know life won't last forever


Alhamdulilllah... akhirnya dapat juga merasa duduk rumah sendiri di kajang buat sementara waktu ni... saya berkursus di bangi selama hampir 2 bulan... dan mungkin akan menjadi 3 bulan .... saya ulang alik kajang-bangi sepanjang tempoh kursus....

syukur... 


sebab dapat apa yg sy mahu buat selama ni... tinggal di rumah yang dibeli oleh suami saya sendiri... tinggal di rumah yang penuh barang kenangan kami sepanjang kami berkahwin.... dan segalanya rasa indah sbb masih ada 'bau' dia di setiap sudut barangan rumah ni... perasaan yang sukar sy ceritakan... hanya yang mengalaminya memahami apa yang sy cuba sampaikan... rindu itu terubat sungguh pun tidak di depan mata....


bercerita mengenai kursus... saya berkursus kali ni bagi mengesahkan jawatan saya sekarang... intipati atau pengisian kursus utk minggu pertama ni sangat2 lah membuatkan saya teringatkan dia... sangat2.... sbb apa yg saya belajar sekarang adalah apa yg dia sdg lakukan satu masa dahulu...



dia selalu bercerita dgn saya tentang kerjayanya... tentang perihal pejabat yang satu masa dulu saya tak faham pun! dan minggu pertama saya di bangi ni.. sy mula teringat cerita2 dan keluhan dia selepas pulang bekerja ttg hal pejabatnya... terlalu banyak persamaan yang dibuatnya dahulu semasa dia bekerja, saya pula yang buat sekarang... kalau dia masih ada, tentu saja saya akan mengeluh dan bercerita dengannya tentang hal yang sama.... dan mungkin dia rujukan utama saya! :) tp saya harus buang perkataan 'kalau' itu sebab saya harus yakin dengan qada' dan qadar Allah terhadap saya...
saya hanya berbicara dengan dia di dalam hati saya... setiap hari, setiap saat... dan setiap kali itulah saya ingat kita ini milik Pencipta.. tiap bicara hati saya buat ahmad, terselit doa saya pada dia... terselit rasa hamba yang memohon pada Pencipta untuk disampaikan rasa rindu dan rintihan hati pada si dia.. yang entah saya tidak pasti didengarinya atau tidak.. Allahu a'lam.. Allah  Maha Mengetahui.... 

Murtabak Singapura <b>Di Bangi</b>

Posted: 03 Mar 2013 09:00 PM PST

Hi Korang,
Dulu ada satu kedai murtabak Singapore kat Seksyen 15 Bangi kalau tak silap aku, tapi sekarang dah jadi kedai tayar.
So tak tau mana kedai tu pi.

Then hari tuh, masa ktorg pi makan kat SOHO SEAFOOD tuh, ada plak gerai jual Murtabak Singapura ni.
So terus je pi order coz nak rasa.
Mr Big mintak yang 2 lapis punya dulu yang daging  je no mix-mix dengan ayam, nak tau gak betul ke banyak daging ke banyak bawang kan.
Ok sambil tunggu tuh makan OTAK-OTAK dulu. Kekonon macam appetizer, omputih sangat.
Rasanya dalam 10 – 15 minit, murtabak pun sampai
Inilah dia murtabak Singapura.
Overall memang beso dan tebal pun. Kulitnya nipis cam ranggup-ranggup gituh.

Tengok isinya, marbeles. Daging memang banyak dari bawang.Sebutir-sebutir boleh rasa tau.

Kuahnya plak ada 3 jenis. Pilih yang mana satu korang nak cicah kan. Ada kuah dhal, kuah kari dan kuah cili dan timun.

So makan, makan dan makan sepuasnya hingga licin menjilat jari. Barulah style orang India makan kan. Sekeping ni, ktorg share berdua. Itu pun cam lembap-lembap nak abiskan.

In terms of price plak, aku rasa ok la tu kot, berpatutan. RM10 je sekeping untuk 2 lapis. Molek bebenarlah. 
Korang kalau nak cuba pun boleh, meh je datang kat SOHO Seafood  ni, memacam style murtabak korang boleh cuba rasa dan makan
Apalagi, balik  ni singgah tau
p/s : gambo gelap sket coz malas nak bukak flash...

Bandar Seri Putra: Blog ADUN Bangi: Jalan-Jalan <b>Di Bangi</b> Berubah <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2013 09:48 PM PST

Jalan-Jalan Di Bangi Berubah Wajah

BBB, 23 Rabiul Akhir 1434 = 04 Mac 2013 (Isnin):
Kalau anda melewati Dun Bangi kini anda melihat jalan utama dari Jalan Reko ke Pekan Bangi sedang dipertingkatkan pembangunan jalan raya berkenaan. Sebenarnya Dun Bangi adalah salah satu Dun yang banyak mendapat peruntukan dan peningkatan pembaikpulihan jalan raya. Hampir tidak ada satu kampung atau taman yang tidak menerima pemulihan dan pembaikan jalan raya. Sebagai contoh 12 jalan kampong di Sungai Ramal Dalam diturap dan sebuah jalan utama dari seksyen 8 BBB terus ke hadapan Masjid Al-Falah dan keluar ke Jalan Utama Sungai Ramal Indah telah diturap secara lengkap. Turut menerima peruntukan pembaikan jalan raya Kg. Sungai Ramal Luar, Kampung Bahagia, Kampung Bangi dan Sungai Tangkas. Turut diturap jalan-jalan di dalam taman-taman.
Projek yang besar ialah bukan setakat menurap, tetapi meluas dan melebarkan Jalan Reko ke Pekan Bangi. Difahamkan peruntukan Negeri- JKR berjumlah RM89 juta ringgit telah disediakan. Difahamkan pada peringkat awal pembinaan jalan ini dilakukan di dalam dua fasa. Fasa pertama pembinaan sejak Januari 2013 bermula dari Jalan Reko ke Trafik light Teras Jernang memakan peruntukan RM50 juta dan fasa kedua dari Teras Jernang ke Pekan Bangi memakan peruntukan RM39 juta. Walau bagaimana kedua fasa ini nampaknya berjalan serentak. Kini kerja-kerja memotong pokok dan meluaskan jalan sedang dijalankan antara Jalan Reko ke Teras Jernang dan bagi fasa kedua dari Teras Jernang ke Pekan Bangi juga dijalankan secara serentak. Pada Sabtu 3 Mac Adun bersama saudara Azizi masuk ke Jalan yang sedang di bina melalui ladang kelapa sawit di tepi Highway Plus, antara Kuala Lumpur – Seremban datang melihat pembinaan jalan yang akan meluruskan jalan yang bengkang bengkok itu. Pembinaan jalan ini akan memperluaskan jalan yang dulu (sekarang) seluas 2 x 3.5m lanes kepada seluas 4 x 3.25m dan lebih lurus. Ditambah dengan 2.0 m bahu jalan berjumlah semua kepada 18.5 m. lebar. Keluasan Jalan Reko di upgrade kepada 1,227,800 m. Jalan masuk ke Teras Jernang dan jalan ke Industri diperuntukkan sejumlah 30 juta (Peruntukan lain dari RM89 juta). Pembaikan juga melibatkan bulatan UKM dan Bulatan (Kemajuan) dari Jalan Reko ke PKNS. Jalan ini akan menyambung dengan Bangi Lama yang di situ kini sedang dibina jambatan menyeberangi Sungai Bangi ke Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota yang boleh keluar ke Highway PLUS. Jalan ini meghubungkan Jalan Kajang dan Bangi ke Jalan Kasih antara-Kajang ke Seremban.
Sementara Jalan Kajang ke Bangi – dari Jejambat di Kajang ke trafik light di bawah Jalan Silk sedang di Bangun oleh pihak GAMUDA sebagai destinasi terakhir perkhidmatan MRT yang sdang dibina dari Sungai Buluh ke Kajang. Kawasan dari jejambat hingga ke trafik light di bawah SILK Highway adalah termasuk di bawah Dun Bangi. Jalan ini diperluas sebanyak 4 lane bersambung dengan Jalan dari Reko ke Pekan Bangi. Pada sebelah kanan bersebelahan dengan Stesyen Keretapi Kajang sekarang sedang dibersih kawasan bagi pembinaan point terakhir bagi MRT dari Sungai Buluh. Sebagaimana jalan Reko ke Pekan Bangi diperluas kepada 4 lane demikian jalan ke Stesyen MRT hingga ke trafik Light di bawah Jalan SILK. Jalan Reko di bawah GAMUDA yang ditingkatkan ialah sebanyak 1,227,800 m. Bagi tempat parking bagi MRT adalah sebelah bagi KTM sekarang. Jumlah keluasan bagi stesyen MRT di sini adalah 9 ekar. Sebelum ke point terakhir di Jalan Reko beberapa stesyen MRT dibina seperti Stesyen Taman Ceupac, Saujana Impian dan Kajang di tapak Dewan Orang Ramai sekarang yang akan dirobohkan.
Mengapa Stesyen Komuter ini terhenti berdekatan dengan Stesyen Keretapi Kajang, tetapi tidak berhadapan Hentian Bas Kajang bagi memudahkan orang ramai dari Stesyen Bas Jalan Reko menggunakan perkhidmatan MRT. Pada masa depan tempat ini dihubungi dengan jalan dan flyover dari GMI- Alam Sari ke Jalan Reko dan dari Kajang Dua ke Bandar Baru Bangi dan Kajang dan ke UKM. Pendek kata Jalan Reko bertambah sebok. Mereka yang nak menggunakan MRT boleh datang dari Semenyih dan Pekan Bangi dengan segera kerana peningkatan jalan yang lebih selesa. Walau bagaimana peningkatan kenderaan di Jalan Reko, Bandar Kajang dan Jalan Ke Cheras dan ke Tol Bangi akan terus bertambah. Manakala tiang-tiang lampu sementara dipasang dari UKM ke Pekan Bangi dan telah menyala di malam hari. Walau macam tiang-tiang dipasang bersifat sementara dan agak kecil tiang – tiang ini sebelumnya diguna di tempat lain. Tapi bila jalan siap , maka tiang-tiang lampu sempurna akan dipasang di Jalan baru dibina dan tiang lampu sementara itu akan ditarik balik. Semoga dengan siapnya jalanraya baru akan memudahkan perhubungan dan pengurusan semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads