12 di sungai buloh - Google Blog Search |
FauziahSamad.com: TEMPAYAN <b>DI</b> BANDAR BARU <b>SUNGAI BULOH</b> Posted: 15 Feb 2013 09:04 AM PST Kjee suka sangat kalau nampak restoran Melayu yang guna nama Melayu. Tak kesahlah kalau diletak nama Restoran Air Tangan Bonda, Restoran Bapakku (serius ada Kjee nampak tapi lupa kat mana), Cengkih, Asam Garam, Kuali dan sebagainya. Yang terbaru yang Kjee baru nampak di Bandar Baru Sungai Buloh ialah Tempayan. Buka belum sampai sebulan. Mula2 signboard restoran tu naik sebelum dibuka, Kjee ingatkan restoran mamak atau Pakistan. Maklumlah sekarang kan kedai mamak/Pakistan ada buat roti tempayan aka tandoori. Dah banyak kali Kjee nak singgah Restoran Tempayan tapi tak jadi sebab susah nak dapat parking. Intai dari dalam kereta, nampak restoran tu penuh jer. Tapi beberapa hari lepas, nasib Kjee baik. Nadia pergi dinner dengan staff Bank Rakyat. So dia tumpang salah seorang kawannya yang tinggal berhampiran restoran itu. Kjee janji jemput dia dekat2 situ. Dan kebetulan malam tu, terdapat banyak parking depan Restoran Tempayan. Restoran pun nampak lengang. Apabila sampai, waiter datang beri menu. Kjee tengok menu. Ada macam2 makanan. Kebanyakkannya ala Thai dan harganya amat berpatutan. Malah lebih kurang sama dengan gerai2 ala Thai kat Sungai Buloh. Tapi yang menariknya mengenai restoran ini ialah hiasan dalamnya. Hiasan ibarat sebuah rumah kampung yang berasaskan ukiran kayu. Dan semestinya, terdapat banyak tempayan2 yang besar dan kecik diletakkan di beberapa sudut restoran itu. Kjee dan UnclePali taklah lapar sangat. Masa minum petang, kami dah makan biskut. So Kjee order Mihun Siam sebab memang teringin sangat nak makan sebab dah lama tak buat. UnclePali seperti biasa, order Nasi Goreng Kampung. Kemudian Kjee ternampak pulak dalam menu Sotong Goreng Kunyit dan Sambal Udang Petai. UnclePali angguk saja apabila Kjee tanya samada nak try ke tidak. Makanan begitu pantas sampai ke meja kami. Kjee tidak pasti samada sebab masa itu customer belum ramai atau restoran itu mempunyai ramai tukang masak. Makanan yang kami order memang tidak mengecewakan. Dengan harga yang hampir sama dengan gerai tetapi dalam suasana yang cukup selesa, Kjee akan ke sana lagi, Insya Allah. Kjee tanya waiter samada taukenya orang Kelantan. Katanya tauke orang kawasan itu. Orang Kuang. Dan semasa kami menikmati jamuan, tetiba ramai customer berpusu2 masuk. Alhamdullilah. Harap2 bisnes maju dan bertahan lama. Suasana dalam restoran elok untuk diadakan majlis2 pejabat, perjumpaan keluarga dan yang sewaktu dengannya. Kjee nampak ada juga ruang khas untuk mereka yang datang dalam kumpulan. |
Petua,Idea dan Pandangan: Kisah Iktibar <b>Di</b> Penjara <b>Sungai Buloh</b> Posted: 09 Mar 2013 09:19 PM PST Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN.... iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ... Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut. P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi. Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya." Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air. WALLAHU A'LAM, SHARE KEPADA DUNIA BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH! suraual-ikhwan. |
You are subscribed to email updates from di sungai buloh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan