Jumaat, 1 Mac 2013

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


kerajaan selangor batal projek kondominium <b>di batu caves</b>

Posted: 24 Jan 2013 06:58 PM PST

KENYATAAN AKHBAR
24 JAN 2013

Jawankuasa Bebas bagi mengkaji dan menilai pembangunan di Batu Caves dan kawasan sekitarnya telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada Selasa lalu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kesediaan untuk membantu kerajaan negeri mencari jalan penyelesaian jangka panjang terhadap isu pembangunan di Batu Caves dan sekitarnya.

Dalam mesyuarat itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan  bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya.

Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.

Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar.
Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai. Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat.

Kerajaan Selangor menyokong sebarang projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi ia perlu dirancang dengan teliti, mengikut peraturan dan tidak membahayakan keselamatan rakyat.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads