Jumaat, 1 Mac 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


repot kad arutchelvan, calon psm <b>di semenyih</b>, di - Parti Sosialis <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 08:57 AM PST

Dalam sidang akhbar yang di adakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Semenyih hari ini, rekod kerja dan pencapaian Saudara Arutchelvan di Semenyih sejak 2008 khususnya telah dibentangkan. Tujuan adalah untuk rakyat Semenyih membuat pilihan sama ada Saudara Arutchelvan layak menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri.
Menurut pengerusi sidang akhbar hari ini Saudara Simon, Pusat Khidmat di Bandar Rinching Seksyen 5 telah di mulakan sebulan selepas pilihanraya 2008 bulan March seperti yang telah dijanji oleh calon semasa kempen pilihanraya tahun 2008. Saudara Arutchelvan kalah tipis kepada calon Barisan Nasional, En. Johan Bin Abdul Aziz dengan perbezaan undi 1,140, di mana peratus pengundian adalah 81.3% dengan jumlah pemilih pendaftar 28,203.
Pusat Khidmat di Bandar Rinching di buka 3 hari dalam seminggu dan lebih daripada 500 aduan diterima meliputi kes pekerjaan, rumahtangga, kes polis, isu kebajikan, rumah dilelong, persekolahan, isu geran kuil, isu perumahan pekerja-pekerja ladang, isu Along dan sebagainya.
Demokrasi dari Bawah – S. Arutchelvan
Apabila Saudara Arutchelvan dilantik sebagai ahli Majlis Zon 18 di Semenyih (sejak 2008), satu pejabat di buka dipekan Semenyih. Ia dibuka setiap hari untuk memberi khidmat kepada penduduk dari kawasan Taman Sri Tanjung, Kg. Broga, Bdr. Rinching Seksy 1-5, Taman Pelangi, Taman Tasek Semenyih dan Taman Manikavasagam tetapi tindakan-tindakan juga diambil jika aduan diterima dari penduduk Zon lain. Saudara Arutchelvan, seorang aktivis percaya 'empowerment' atau proses memperkasakan rakyat itu amat penting kerana ahli-ahli politik BN sudah membiasakan rakyat dengan budaya 'handouts', budaya mengagung-agungkan pemimpin, budaya mengharapkan orang dan budaya perkauman.
Rugi, jika Arul tidak dipilih!
Encik Kamal Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan Encik Subramaniam, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kaum India Bandar Rinching berkata semasa sidang akhbar hari ini bahawa hanya selepas saudara Arutchelvan menjadi Ahli Majlis, mereka telah di jemput untuk menghadiri mesyuarat dan menyedari apakah peranan seorang ahli Majlis kerana sebelum ini di bawah BN, tidak pernah dipanggil untuk mesyuarat. Menurut Encik Kamal lagi, 3 tahun mereka menghadapi masalah air teruk di Bandar Rinching, hanya selepas Saudara Arul menjadi ahli Majlis, langkah-langkah diambil untuk menyelesaikan masalah.
Antara pencapaian beliau yang telah direpot hari ini ialah:
  1. Perintis dalam Perjuangan Akta Gaji Minima untuk warga pekerja sejak 10 tahun lalu kini sekurang-kurang RM900 telah dijadikan sebagai Akta Gaji Minima;
  2. Setiausaha pertama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), 2001 dan telah banyak menyumbang untuk  menggerakan kempen ini yang  kini telah di mansuhkan;
  3. PSM penggerak utama kempen anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sejak 6 tahun lalu dan di peringkat Semenyih saudara Arul telah meneruskan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang GST.
  4. Forum rumah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih yang diusahakan oleh Saudara Arutchelvan telah menghasilkan 2 kejayaan – Kerajaan Negeri Selangor setuju untuk kurangnya cukai taksiran sebanyak 25% dan MPKj setuju mengambilalih pembersihan longkang dan pemotongan rumput.
  5. Pada 24/4/ 2010 – 159 orang penduduk Kg Broga telah mendapat Geran Tanah untuk 99 tahun
  6. Masalah geran tanah di Kg. Bharu serta pembayaran premium yang berlarutan telah ditangani
  7. Penduduk Taman Sri Tanjung mendapat Sijil CF yang dinantikan lebih 20 tahun
  8. Telah membantu mendapatkan geran tanah Kuil Subramaniam
  9. Kg. Sireh telah bertukar status ke Taman dan kini mendapat perkhidmatan MPKj
  10. Pelbagai Kemudahan asas telah disediakan serta dibaikpulih, antaranya di Taman Manikavasagam, Broga, Taman Pelangi, Kg. Baru, Vista Perdana, Flats Bangi Jaya dan Bandar Rinching.
  11. Telah membantu dalam perjuangan penduduk Ladang Sg. Rinching selama 14 tahun yang kini berjaya mendapat rumah kos rendah
  12. Telah membantu perjuangan penduduk Ladang Denudin untuk mendapatkan rumah teres percuma baru-baru ini.
  13. Perjuangan penduduk Ladang Bangi yang bermula 10 tahun lalu masih dalam proses rundingan dan saudara Arul memainkan peranan utama.
  14. Penduduk diperkasakan dengan Banner Pemantauan yang memberi maklumat tentang MPKj, kontraktor dan ahli majlis
Semenyih sudah menjadi Semi-Urban
Menjawab soalan pihak media, saudara Arutchelvan berkata, Semenyih bukan lagi semi-pendalaman seperti mana dikenali pada tahun 2008, kini lebih banyak 'township' dan kawasan-kawasan perumahan baru telah muncul, kini Semenyih adalah semi-urban. Oleh itu isu-isu kritikal di Semenyih yang memerlukan perancangan dan kerjasama pelbagai pihak ialah (i) masalah kesesakan jalanraya & masalah tiada bus lalu di beberapa kawasan (ii) isu pembuangan dan memproses sampah (iii) pencemaran Sg. Langat dan isu-isu alam sekitar yang lain (iv) tempat pemberhentian bas – bus stesen yang di bina di zaman BN tidak digunakan kerana kedudukannya tidak strategic (v) isu perumahan penduduk Ladang dan (vi) isu pangsapuri kos rendah seperti masalah penyelenggaran, cukai, kebersihan dan pemilikan.
Setiausaha Agung PSM – S. Arutchelvan
Sebagai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, saudara S. Arutchelvan juga memainkan perananpenting dalam menggerakkan parti selama lebih 14 tahun ini. Sebagai pemimpin, penglibatan beliau dalam Gerakan Bersih, anti-Lynas, gerakan anti penswastaan hospital awam, kempen membantah sistem kontrak buruh, kempen pilihanraya majlis tempatan dan sebagainya tidak terhingga.  Perjuangan-perjuangan ini pasti akan berterusan sehingga ia membawa kejayaan kepada rakyat.
Dalam sidang akhbar juga diumumkan bahawa seperti yang dilakukan setiap tahun sejak 2008, calon PSM di Semenyih, S. Arutchelvan akan membuat deklarasi harta dan pelancaran manifesto PSM di peringkat Semenyih dalam masa terdekat.
Saudara Arul – pilihan pengundi?
Jumlah pengundi di DUN Semenyih telah meningkat ke 39,607 dan di katakan 50% pengundi baru berusia kurang 30 tahun. PSM yakin jika peningkatan ini adalah 'genuine' maka kebarangkalian untuk pembangkang menang di DUN Semenyih adalah lebih cerah.  Harapan PSM ialah penduduk Semenyih akan sama-sama menentang budaya rasuah, politik kaum, budaya 'handouts' dan berani untuk membawa perubahan.
PSM percaya pengundi-pengundi Semenyih lebih celik dan pasti akan memilih calon yang berwibawa, bersih dan menjaga kepentingan rakyat seperti saudara Arutchelvan.
oleh,
Letchimi Devi
News Desk PSM Semenyih

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads