Jumaat, 1 Mac 2013

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


4 Mayat Rentung Dijumpai <b>Di Tanjung Sepat</b>

Posted: 12 Sep 2010 04:34 AM PDT

Empat mayat rentung dipercayai mangsa bunuh ditemui di sebuah ladang ternakan di Tanjung sepat. Berita ini menggemparkan berikutan kehilangan Datuk Soosilawati dan tiga lelaki lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Anggota polis menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Banting malam tadi sementara menunggu unit Forensik Bukit Aman melakukan siasatan berhubung kehilangan Datuk Sosilawati bersama tiga rakannya yang lain

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.

"Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan," katanya.

Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.

Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.

Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads