Khamis, 28 Mac 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Kimi Raikkonen Azam Kekalkan Kejuaraan <b>Di Sepang</b> Ahad Ini - Tv3

Posted: 22 Mar 2013 06:00 AM PDT

22/03/2013 21:00:00

Selepas mengungguli perlumbaan sulung F1 di Melbourne minggu lalu, bekas juara dunia 2007, Kimi Raikkonen tidak akan membuat sebarang perubahan menjelang perlumbaan Petronas Grand Prix Malaysia ahad ini.

Meskipun menyedari cuaca panas dan keadaan litar mencabar Kimi dengan jolokan nama Iceman tetap optimis untuk melakar podium kedua musim ini.

Sekaligus kejuaraan ketiga dalam kariernya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Kemenangan di GP Australia sebelum ini meneruskan rentak cemerlang pasukan Lotus yang bangkit dengan prestasi menakjubkan pada akhir musim 2012.

Dan petanda baik buat Kimi 33 tahun, yang melakar kemenangan kedua setelah kembali semula ke F1 tahun lalu selepas dua tahun menyertai sukan rali.

Namun litar Sepang sukar diramal menyaksikan pemandu Finland itu menamatkan saingan di tangga kelima musim lalu.

Selama beberapa dekad, Lotus juga telah berjaya melakukan revolusi dalam sukan pemotoran dengan mempamerkan kehebatan khususnya aspek kejuruteraan dan tidak dinafikan cuaca serta keadaan permukaan trek yang mencabar di Sepang memerlukan kepakaran pasukan memilih tayar bersesuaian.

Selain Kimi, Lotus Renault turut mempertaruhkan seorang lagi pemandu, Romain Gosjean yang meraih kedudukan ke-10 di Melbourne minggu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads