12 di cheras - Google Blog Search |
- Burger & Roti John Terbaik <b>di Cheras</b> | Santai Leeza
- Malam Cinta Rasul <b>di</b> Dataran Merdeka - umno bahagian <b>cheras</b> <b>...</b>
- Pekerja Nepal Merusuh <b>Di Cheras</b> | Bicara Santai
Burger & Roti John Terbaik <b>di Cheras</b> | Santai Leeza Posted: 28 Feb 2013 05:30 PM PST Sepanjang pengalaman leeza lepak makan di serata ibu kota ni, leeza berpendapat burger dan roti john yang paling terbaik adalah di Taman Len Sen, Cheras. Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik. Tahap terbaik tu leeza bagi 10/10 bintang !! Burger Double kepunyaan Hero Leeza Servis memang SANGAT BAIK. Yang paling best, boleh call pak cik ni order then lepas tu datang pick up order. Menarik kan, tak payah susah-susah nak tunggu. Boleh makan kat kedai tu tapi pilihan air hanya ada air gas jer dan suasana agak romantik (maksudnya tak lah terang-benderang suasananya). Sepanjang pemerhatian leeza, selalunya memang ramai orang lah beli kat kedai pak cik ni. Tapi tak lah sampai orang beratur panjang, Roti John Milik Leeza ~ Perghhh Area Taman Len Sen, Dekat dengan Sekolah Kebangsaan Sri Anggerik, Ada Petronas berdekatan kedai pak cik tu dan berhadapan dengan gerai buah-buahan. TITIK SANTAI :: :: :: Leeza terasa nak pergi serbu kedai pak cik ni lah... Ouch.... Yummie nyer.. |
Malam Cinta Rasul <b>di</b> Dataran Merdeka - umno bahagian <b>cheras</b> <b>...</b> Posted: 10 Mar 2013 11:19 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Malam Cinta Rasul yang telah berjaya menarik seramai lebih 10,000 pengunjung di Stadium Badminton Cheras pada Januari 2013 yang lalu akan diadakan sekali lagi pada 23 Mac ini bertempat di Dataran Merdeka. |
Pekerja Nepal Merusuh <b>Di Cheras</b> | Bicara Santai Posted: 10 Feb 2013 03:40 AM PST Kejadian ini berlaku pada 8 Februari 2013 (Jumaat) di mana kira-kira 1,200 pekerja warga Nepal merusuh, termasuk merosakkan harta benda di Apartmen Ceria Heights, Taman Bukit Cheras. Hal ini dikatakan berlaku akibat kecewa selepas tidak dihantar pulang oleh bekas majikan mereka ke negara asal. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kumpulan terbabit tidak berpuas hati kerana masih belum dihantar pulang ke negara asal walaupun sudah diberhentikan sejak sebulan lalu oleh sebuah syarikat elektronik di ibu negara. Difahamkan, kumpulan itu memecahkan cermin tingkap bilik asrama mereka, selain membaling pelbagai objek sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat yang kemudian bertindak menghubungi polis. Kehadiran pihak polis dapat meredakan kekecohan Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dikejarkan ke tempat kejadian sebelum mengawal sepenuhnya keadaan menjelang kira-kira 11 malam. Kecewa…warga Nepal yang merusuh Difahamkan polis turut memanggil wakil syarikat elektronik itu untuk berbincang dengan kumpulan berkenaan membabitkan proses penghantaran pulang mereka ke negara asal, termasuk berkaitan penempahan penerbangan dan urusan imigresen. Bagaimanapun, sehingga jam 1 pagi tadi kumpulan pekerja terbabit didapati enggan bersurai kerana tidak berpuas hati dengan cara isu itu dikendalikan syarikat elektronik berkenaan termasuk urusan kebajikan mereka. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian, malah memaklumkan pegawai dan anggotanya turut ditempatkan di apartmen berkenaan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini. Sumber Berita : Terkini *** Sebenarnya kebanjiran pendatang asing ini turut mengundang pelbagai implikasi terhadap nama baik negara dan masyarakat. Eloklah mereka segera dihantar pulang jika permit kerja sudah tamat tempoh. Setidak-tidaknya perkara sedemikian dapat dielakkan. Category: Isu Semasa |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan