Isnin, 1 April 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Isu Ciptaan Padamkan Kisah TALAM Dan Curi Pasir <b>Di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 09:25 PM PDT

015830153

Sama ada sengaja atau tidak sengaja , di rancang atau pun tidak tetapi yang pasti nya ada lah isu wang rakyat Selangor yang di guna kan secara licik melalui "bailout" kepada Syarikat TALAM dan juga isu mencuri pasir yang giat berlaku di negeri Selangor yang terpadam begitu sahaja oleh isu isu nasional dan isu ciptaan sebagai alihan.

Isu isu ciptaan  yang melibat kan pelbagai watak yang bukan dari kalangan ahli politik juga  di seret ke dalam kancah politik untuk mengkabui kerja licik  oleh talibarut anak syarikat negeri Selangor.

Kisah membunuh diri dengan terjun dari bangunan SPRM oleh pekerja DAP ia itu Teoh Beng Hock juga menjadi kan Pakatan Rakyat dari pihak yang berada di kedudukan bertahan menjadi pihak yang membuat serangan dengan mengambil kesempatan dari kematian nya.

Maka dengan hal hal dan perkara sebegini maka perhatian rakyat khusus nya negeri Selangor teralih kepada isu isu yang di cipta kan sama ada dengan sengaja atau pun tidak.Sedang kegiatan mencuri pasir begitu pesat, keseluruhan tumpuan rakyat teralih kepada isu isu yang menyebab kan kerajaan BN dan UMNO berada di dalam posisi menjawap dan bertahan.

Pernah juga di ada kan perbicaraan oleh SELCAT untuk hal pasir ini dengan tuduhan rasuah pada kakitangan di dalam anak syarikat negeri Selangor tetapi tidak lansung mendatang kan impak kepada masyarakat.Ia berlalu tanpa apa apa kesan yang besar dan mati begitu sahaja.

Wang rakyat Selangor yang menjadi wang pembela kepada hutang TALAM tidak menjadi penting berbanding dengan kes peribadi yang di kena kan kepada mantan MB Selangor Datuk Khir Toyo.Pembangkang dengan bantuan media nya berjaya menjadi kan isu peribadi Datuk Khir Toyo sebagai lebih penting dari alihan wang membela syarikat kroni bukan melayu.

Isu isu seperti perilaku Datuk Hassan Ali dengan perjuangan anti-murtad nya juga membenam kan hal hal lain nya di negeri Selangor.Rakyat tertumpu sebentar kepada isu ini.

Ada kah isu air juga isu ciptaan oleh pihak Pakatan Rakyat di negeri Selangor kerana di penghujung isu ,kerajaan negeri Selangor menawar kan untuk membeli syarikat konsensi air atas alasan yang telah di sedia kan setelah sekian lama bermain catur dengan masalah air.

Selain itu hal hal sampah yang begitu kecoh di negeri Selangor yang konon nya di selesai kan dengan wakil DAP Ronnie Liu mendapat kuasa membeli kompaktus atau lori sampah bagi pihak kerajaan negeri dari negeri China.

Ini semua menyebab kan kes membabit kan kepentingan rakyat teralih, apabila tumpuan teralih maka kes kecurian pasir terpadam begitu sahaja sedang ketika di tulis ini ia nya masih giat di lakukan , tambahan kerajaan Pakatan Selangor berada di ambang sore atau pun di saat saat akhir pemerintahan nya.

Saiapa kah rakyat negeri Selangor yang masih  bercerita tentang pencuri pasir di waktu ini? Siapa pula yang mahu bercerita tentang wang 1 billion negeri Selangor yang lesap menguna kan kebijaksanaan pengalaman koperat Khalid Ibrahim dan seorang lagi anak Ibrahim bergaji RM1 sebagai penasihat ? Semua rakyat sedang sebuk melayani isu isu yang tercipta sebagai isu alihan.Begitu lah licik nya kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat membuat silap mata di siang hari.

Penipuan Besar-Besaran Umno Dan SPR <b>Di Negeri Selangor</b> ~ MB <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 06:53 PM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan.

Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.

 Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.
Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.

Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.

Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.

Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan.
Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti.

Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.

Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka.

Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.

Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.

Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dan diedarkan kepada Adun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sidang Dewan Negeri Selangor berakhir.

JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS SUKAN <b>NEGERI SELANGOR</b> 18 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 12:27 AM PST

Kekosongan di Majlis Sukan Negeri Selangor
1. Pemandu Kenderaan Gred R3
Tarikh Tutup: 18 Februari 2013

MUAT TURUN IKLAN JAWATAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads