Isnin, 1 April 2013

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Kinta Menjerit : Zambry melawat tapak pembinaan hotel <b>di Meru</b> Raya

Posted: 27 Mar 2013 06:24 AM PDT


Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri Perak melalui anak syarikatnya Perak Corporation Berhad (PCB) akan membuka semula Hotel Casuarina pada pertengahan Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, hotel yang mempunyai 150 bilik itu dengan nilai projek RM80 juta dan kini hampir 75 peratus pembinaannya telah disiapkan.

"Hotel ini telah memulakan kerja pembinaan sekitar Disember 2011 lalu dan pada pemerhatian saya semua kerja pembinaan berjalan dengan baik malah kerajaan negeri berharap ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

"Apabila ia siap kelak, ia akan merancakkan lagi pembangunan yang telah dirancang di Meru Raya dan ini merupakan sebahagian pelan pembangunan dirancang kerajaan negeri," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di tapak projek hotel berkenaan, semalam.

Zambry menambah, hotel tersebut turut menyediakan sebuah pusat konvensyen dengan kapasiti memuatkan hingga 2,000 tetamu pada satu-satu masa.

"Selain itu juga, ia bakal menawarkan tempat untuk mengadakan seminar, mesyuarat dan apa jua persidangan dengan adanya lapan bilik khas yang mampu dijadikan dua dewan menempatkan 200 hingga 300 orang," katanya lagi.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan terus meransang pembangunan di Perak melalui perancangan pelan Perak Aman Jaya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCB, Ibrahim Yaacob berkata, nilai pelaburan pembangunan di sekitar Bandar Meru Raya sejak 2000 mencecah nilai RM2.4 bilion.

"PCB telah memulakan kerja sejak 2000 dan kita jangkakan pada 2020 akan selesai dengan pelaburan mencecah RM5.4 bilion.

"Meru Raya meliputi kawasan seluas 807.2 hektar dan pembangunan ini dilakukan secara berperingkat serta zon-zon yang telah ditetapkan," katanya.

* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

deqnoor.com: Kesempurnaan Rasa Menyelerakan <b>di</b> Burger Bakar <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 08:18 PM PDT

Kepada orang-orang Meru, sila terjah ke 'Burger Bakar Kampung' ini. Anda pasti tidak dikecewakan dengan rasa burger bakar yang sangat menyelerakan. Kedai ini telah dibuka pada November 2012 lalu. Ayam dan daging burger bakar ini adalah homemade pemilik 'Burger Bakar Kampung'sendiri.
Harga burger di sini juga berpatutan. Jika anda bukan penggemar burger bakar, Ramli burger juga ada di sini. Tapi kan.. Baik cuba burger bakar di sini. Cuba sekali pasti nak lagi. Serious! DN sampai take away 2 set burger dan malam itu juga habis. Hee...
Set burger? Ok.. DN dah sebut pasal set burger. Konsepnya sama seperti McD, Burger King & seumpama dengannya. Ada burger, fries & air. Fries juga sangat garing dan sedap. Tidak terlalu masin seperti fries lain yang terlebih garam. Jika tidak mahu take away, boleh makan di sana sahaja. Harga untuk set burger adalah seperti menu set di atas.
 'Burger Bakar Kampung' ini masih menggunakan roti Ramli burger tetapi dagingnya dibuat sendiri. Untuk daging ayam, tidak seperti burger bakar lain yang menggunakan daging ayam tau. Pertama kali rasa, terpegun dengan kreativiti pemilik kedai ini menghasilkan daging ayam yang unik rasanya. Nak tahu lebih lanjut, datang rasa sendiri. DN tak mampu untuk mengungkapkan rasa yang sedap ini dengan penulisan DN.
Burger ini dimasak di atas kuali leper seperti di atas agar cepat masak. Istimewa lagi apabila sayur-sayurannya dibuat seperti coleslow dengan campuran buah epal dan karot. Sedap tu.... Nyum3!
Inilah antara burger yang kami makan semasa berada di sini. Tengok sos yang melimpah ruah ini, memang makan sehingga comot di pipi. Terbaik! Tengok gambar pun dan mengancam, itu belum rasa lagi. Trust me.. Rasa memang sedap. No doubt!
Haa.. Dah selesai DN tunjuk gambar burger-burger yang sedap, jom DN kongsikan lokasi kedai 'Burger Bakar Kampung' ini. Kedai ini terletak di alamat seperti berikut.
Lot 1838 batu 7 3/4, jalan meru tambahan, 42100 klang.
 Atau kalau ada yg pakai gps, leh set trus coordinate
N 3 8' 59.5"
E 101 26' 14.9.
Atau boleh rujuk map di bawah.
Ahad - Khamis : 6 ptg - 11 mlm
Jumaat - Sabtu : 6 ptg - 12 mlm
Tawaran lain yang turut disediakan disini adalah keahlian sebanyak RM10 sahaja. Keistimewaan sebagai ahli, anda akan menerima :-
  • PERCUMA 1 burger bakar biasa
  • PERCUMA air dengan pembelian burger bakar
  • Kumpul point sebanyak 100 point, akan mendapat set burger bakar biasa.
Ada lagi yang istimewa tau... Delivery di sekitar Meru dengan cas RM1 sahaja. Menarik bukan! Apa lagi, terjah 'Burger Bakar Kampung' untuk menikmati kesedapan burger bakar di sini.
Inilah founder 'Burger Bakar Kampung'. Jika ingin membuat sebarang tempahan burger delivery, boleh hubungi atau SMS beliau di talian 010-7731917.
Selamat menjamu selera! ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads