Ahad, 2 Jun 2013

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


HIMPUNAN #BLACKOUT505 BERMULA <b>Di Petaling</b> <b>...</b> - Jalan Pulang

Posted: 25 May 2013 03:44 AM PDT



Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.


Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. 



Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG



6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.

6.10pm: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.



5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan."Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.

5.30pm: 

Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.

5.27pm: 
Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.


"Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.

5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:


  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.

4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah. Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.

Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.

Ditanya mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.

Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.

"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.

4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads