Ahad, 2 Jun 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Misai Merah: "Kita kalah <b>di</b> Kota Damansara dan <b>Semenyih</b> kerana <b>...</b>

Posted: 09 May 2013 05:08 PM PDT

Ribuan warga Shah Alam dan rakyat Selangor hadir dalam majlis kesyukuran kemenangan PR Selangor malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.Di atas pentas membariskan barisan adun PR yang menang dalam pru 13 yang lalu tapi ada juga yang tidak hadir termasuklah Azmin Ali.Turut hadir ahli parlimen Teresa Kok dan juga ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad memberikan ucapan

Khalid Samad dalam ucapan kemenangan PR berkata bekas MB Selangor Tan Sri Khalid insyAllah akan dilantik sebagai MB Selangor bagi penggal yang baru dan dapat tepukan gemuruh daripada semua hadirin yang hadir.Kata Khalid Samad ,"Saya dah dapat surat persetujuan daripada Presiden Pas untuk lantik Tan Sri Khalid Samad sebagai MB Selangor.Kalau orang Pas tak percaya datang ke pejabat saya nak tunjuk nak tampal kat dahi.Saya mungkin dimarahi orang Pas tapi sebagai pemimpin saya bersedia hadapinya."Menyentuh lagi isu perlantikan MB Selangor Khalid Samad juga berkata,"Adalah tidak bijak apabila kita menang bola dan jadi juara kita menukar pengurus pasukan."

Ketika menyentuh isu dun Kota Damansara dan Semenyih yang jadi rebutan antara Pas,PKR dan PSM Khalid berkata ,"Kita gagal tawan Kota Damansara dan Semenyih kerana hasutan syaitan,besar kepala dan ego.Maukah tua-tuan semua Umno kembali berkuasa di Selangor ni?"

Khalid Samad yang juga Timbalan PJ Pas Selangor menyentuh mengenai kemenangan beliau di parlimen Shah Alam turut berkata secara berseloroh ,"Mana mungkin seekor katak menjadi seorang putera raja.Katak buka mulut ja bunyi frog."

Yang syok lagi tu wakil media Hasan Ali IMR (Islam Melayu Raja) turut buat liputan majlis malam tadi.

Baca juga;
Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor-Sinar harian online

Keputusan pru 13 Dun Kota Damansara

Jumlah Undi: 39,313 Undi Rosak: 542 Peratus Mengundi: 87.46 

Halimaton Saadiah Bohan

16,387 (1,527)

Dr Mohd Nasir Hashim

14,860

Ridzuan Ismail

7,312

Halmi Omar

116

Edros Abdullah

57

A. Suppiah

39

Keputusan pru 13 Dun Semenyih

Jumlah Undi: 37,356 Undi Rosak: 701 Peratus Mengundi: 88.22 

Datuk Johan Abdul Aziz

17,616 (4,145)

Hamidi A. Hasan

13,471

S.Arutchelvan

5,568

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads