Ahad, 2 Jun 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Hanipa : PR Dijangka Buat Kejutan <b>Di Sepang</b> - Selangorku

Posted: 04 May 2013 04:29 AM PDT

SEPANG 4 MEI : Pakatan Rakyat (PR) yakin membuat kejutan di Parlimen Sepang dengan merampas kawasan itu daripada BN selain tiga DUN, Dengkil, Sungai Pelek dan Tanjung Sepat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) Ahad ini.

Calon PR Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, keyakinan itu berikutan sokongan rakyat yang dilihat meningkat dengan ketara dari masa ke semasa sehingga kini.

"Saya yakin rakyat ingin memberi peluang kepada PR untuk menjadi kerajaan baru di Putrajaya. Mereka bersedia untuk menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen di sini. InsyaAllah.

"Saya percaya peluang untuk kita membuat kejutan di Sepang dan semua DUN yang kita bertanding ini," katanya.

Katanya, PR hanya tewas tipis di Sepang pada 2008 dengan 4,800 undi berbanding lebih 20,000 undi (2004).

"4,000 lebih bukanlah begitu besar dalam konteks politik sekarang kecuali ada penipuan yang saya harap tidak akan berlaku.

"Tambahan pula kita tahu terdapat dua tokoh Umno yang berpengaruh bertanding bersaing dengan calon BN yang sedikit sebanyak akan memecahkan undi yang membantu kita," ujarnya.

Masalah dihadapi Umno-BN di Sepang ketara apabila beberapa cawangannya terbubar dengan kemasukan ahlinya ke dalam PKR dengan jumlah besar di samping ahli dan penyokong sedia ada yang menyatakan sokongan terhadap PR.

Ini berikutan kejayaan PR mentadbir Selangor dengan cemerlang menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang banyak membawa faedah kepada masyarakat.

Calon PR DUN Dengkil, Borhan Aman Shah menyatakan ini adalah peluang keemasan untuk PR mencipta kejayaan.

"Pertandingan lebih daripada dua calon di semua kawasan adalah petanda Umno-BN menghadapi masalah. Ini peluang terbaik untuk PR menawan semua tiga DUN dan Sepang daripada BN.

"Perlu diingatkan DUN Tanjung Sepat pernah dipegang wakil rakyat bukan BN selama tiga penggal sebelum ini maka ia tidak mustahil akan berulang," katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads