12 di port klang - Google Blog Search |
Malaysia Israel : Kapal Israel Berlabuh <b>di Port Klang</b>? | Berita Semasa Posted: 21 Feb 2012 05:50 PM PST Malaysia VS Israel : Kalau semak semula laporan media cetak dan media arus perdana pasti akan ada "slot Israel" di mana memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim di WSJ (Wall Street Jurnal) baru-baru ini. Dan, tidak kurang juga dengan minggu ini, ada laporan mengenai Israel. Kali ini ada laporan mendakwa kapal-kapal dari Israel dikesan berlabuh di pelabuhan Klang. Kalau tanya kami dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu di Wall Street Jurnal yang mengatakan akan menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin. Israel yang nak berdamai? Urhmm….genjatan senjata dah dimetarai pun Israel tak ambil pusing malah terus mengebom Semenanjung Gaza. Berapa banyak kali dah ruang, peluang dan harapan diberikan atas nama pendamaian Palestin dan Israel? Berapa banyak dah kuasa veto yang digunakan melalui US bagi menyelamatkan "hayat bosnya" Israel? Adakah Israel benar-benar sudah bersedia untuk berdamai? Kalangan negara-negara Islam sendiri pun masih lagi "haru-biru". Sepatutnya kesatuan negara-negara Islam ini yang harus diberikan tumpuan untuk dipereratkan, bukannya megah hanya atas nama sahaja. Bertambah malang lagi jika ada mana-mana negara Islam yang menyumbang samada secara langsung atau tidak langsung kepada negara haram Israel…. Berbalik kepada dakwaan terbaru mengatakan Malaysia ada hubungan dengan Israel baru-baru ini, kami tertarik dengan kenyataan menteri ini…
Betulkah Malaysia tidah hubungan diplomastik langsung Israel. Tetapi persoalannya sekarang ini : Dan kalau ditonton semula laporan berita TV9 pada tahun lepas ada menunjukkan bantahan dek kerana ketibaan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Klang… Berdasarkan dakwaan sebelum ini, kapal dagang milik syarikat yang ada kaitan dengan Israel iaitu ZIM Atlantic dan Zim USA telah berjaya dikesan berlabuh pada 16 Februari 2012 yang lalu di Port Klang. Semakan di laman web Zim Integrated Shipping itu sendiri menunjukkan hasil keputusan seperti di bawah ini : Adakah Kapal ZIM berlabuh di pelabuhan Klang perkara baru? Tidak sama sekali. Kami pernah kongsikan laporan berita ini : Israel Keluar Dari Port Klang & Malaysia !! Tidak cukup lagi? Menteri mengatakan Malaysia VS Israel tiada hubungan diplomatik? Tetapi mengapa semakan kami di laman web Zim itu sendiri menunjukkan Israel Corporation merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Zim Integrated Shipping Limited iaitu sebanyak 98%. Ok, itu yang pertama. Yang keduanya semakan kami di laman web Israel Corporation menunjukkan Israel Corporation syarikat holding yang terbesar di Israell dan merupakan salah satu daripada 10 syarikat teratas yang tersenarai di dalam Tel Aviv Stock Exchange (Bursa Saham Tel Aviv) Kami berharap menteri dan kerajaan Malaysia menjawab isu ini dengan sebaiknya. Rakyat Malaysia menantikan jawapannya…. |
You are subscribed to email updates from di port klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan