Rabu, 16 Oktober 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


4 Gambar ngeri 4 penjenayah <b>di</b> tembak mati <b>di</b> PPR <b>Ampang</b> Hiliran

Posted: 11 Oct 2013 05:52 AM PDT


KUALA LUMPUR: Empat penjenayah dipercayai warga Indonesia ditembak mati selepas sembilan jam merompak sebuah rumah kenamaan di Bukit Antarabangsa, awal pagi tadi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata, kumpulan yang dikenali sebagai Geng Ah Fatt itu dipercayai merompak rumah milik orang kenamaan kira-kira jam 3.30 pagi.

Mohmad berkata, bertindak atas maklumat, kumpulan berkenaan yang aktif melakukan jenayah sejak lima tahun lalu dilaporkan melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah di PPR Ampang Hiliran di sini.

"Polis yang berjaya menjejaki mereka kemdian menahan seorang lelaki tempatan dipercayai baru selesai menjalankan urusan pembelian barang samun dengan kumpulan itu pada kira-kira jam 12.20 tengah hari.

"Sejurus itu polis bertindak menyerbu masuk rumah berkenaan namun ditembak suspek memaksa pasukan polis melepaskan tembakan balas," katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian, sebentar tadi.

Katanya, dua daripada suspek mati di ruang tamu, satu di bilik dan satu lagi di bahagian dapur.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui sepucuk pistol dan beberapa barang dipercayai hasil rompakan.


"Ketika ini, usaha memburu dua lagi rakan suspek yang dipercayai memiliki dua pucuk pistol giat dijalankan," katanya.-Bharian


#Jenayah membawa padah. Tahniah PDRM!

Artikel berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads