12 di batang kali - Google Blog Search |
- [VIDEO] Lagak Gengster TETAK Hingga PUTUS TANGAN <b>di Batang</b> <b>...</b>
- keluarga bahagia: SEPAGI <b>DI</b> PASAR TANI <b>BATANG KALI</b>
- Lelaki Ditetak Dalam Pergaduhan Samseng <b>Di Batang Kali</b> [18 SG]
[VIDEO] Lagak Gengster TETAK Hingga PUTUS TANGAN <b>di Batang</b> <b>...</b> Posted: 05 Jul 2013 08:05 PM PDT BATANG KALI - Umpama babak dalam drama gengster apabila sekumpulan tiga lelaki memegang parang sambil mengejar mangsa dan menetaknya beberapa kali sehingga rebah. Mangsa yang pada awalnya cedera di kepala, masih mampu berlari dan cuba menyelamatkan diri, namun tiga lelaki terbabit terus mengejar dan menetak badan serta tangan mangsa hingga tidak berdaya. Penjenayah tidak bertopeng itu hanya beredar setelah melihat mangsanya terbaring dan tidak mampu berdiri lagi. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 24, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu bermula di sebuah tempat cuci kereta dan berakhir di kawasan stesen minyak. "Saya nampak dia berlari dari belakang stesen minyak dan dikejar tiga lelaki berparang. "Dua kali dia jatuh ditetak, kemudian dia bangun ditetak lagi, sampailah dekat tepi jalan itu, dia tumbang dan terus kena cincang," katanya berhampiran tempat kejadian, malam kelmarin. Seorang lagi saksi dikenali sebagai Adib, 19, berkata, kekecohan bermula dari sebuah tempat cuci kereta di sebelah stesen minyak sebelum mangsa dilihat berlari dengan berlumuran darah dan cedera di kepala. Menurutnya, situasi ketika itu agak tegang dan menakutkan sehingga semua pelanggan yang mengisi minyak tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan. "Memang macam drama gengster, orang yang melihat kejadian itu hanya diam tanpa buat apa-apa. Sampailah lelaki itu terbaring di hujung sana, tiga penjenayah berparang tadi terus menetak tangan kirinya sampai putus," katanya. Adib berkata, mangsa yang hanya memakai baju T lengan pendek dan seluar pendek berkemungkinan menunggang motosikal sebelum diserang kerana terdapat sarung tangan pada tangan kiri mangsa yang putus. Kenalan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kanna, 36, berkata, mangsa merupakan seorang penarik kereta dan tinggal di Taman Wawasan di sini. Katanya, sebelum kejadian, dia ada ternampak dua kenderaan mencurigakan menggunakan cermin gelap dan bernombor pendaftaran Melaka, singgah di sebuah restoran berdekatan. "Tidak pasti sama ada mereka ada kaitan dengan kejadian tersebut atau tidak. Tapi, kejadian itu berlaku selepas saya lihat kenderaan mencurigakan. Jadi, mungkin ada kaitan. Tapi saya lupa nombor pendaftarannya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa, N Sangar, 33, berasal dari Bandar Utama Batang Kali, selain mempunyai sebuah kedai mencuci kereta di sini dan kedai makan di Hulu Yam. "Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya, semalam. Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal kes, Balai Polis Batang Kali menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan dekat sebuah stesen minyak. Katanya, pemanggil itu memberitahu seorang lelaki ditetak dengan parang sehingga putus pergelangan tangan kiri dan luka di bahagian kepala. "Bertindak atas maklumat tersebut, anggota polis ke tempat kejadian dan mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB). "Bagaimanapun, lebih kurang jam 6.55 petang, pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala dan bahagian badan," katanya. |
keluarga bahagia: SEPAGI <b>DI</b> PASAR TANI <b>BATANG KALI</b> Posted: 17 Oct 2013 05:52 PM PDT Salam.. sesekali dapat kuar pepagi gi pasar tani kat batang kali ni memang sonok, kenalagi mak n bapak aku pun follow sekali aritu coz diaorg datang bermalam di rumah kami (Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Baru). Kalau pegi tanpa diaorang memang la x tau nak membeli ape.yang tau beli ayam n pegi breakfast.hahaha. tapi, kali ni aku dapat tangkap satu lagi produk makanan yang pastu aku akan cari selain dari ayam dan ikan keli kalau sempat ke pasar tani ni. Kat Pasar Tani ni memang bermacam-macam produk dijual. Termasuklah Roti John yang aku rasa terbaik setakat aku penah makan (kalah roti john kat precint 16 tu..siyess!!) Haaa.. ni lah roti john aku gi tau tu.. kalau nak tau, penjual roti john selalunya akan balut bendera kat kepala dia.macam serban. Roti John dia memang sedap!! perghh.. Kalau lambat memang jenuh nak menunggu giliran. Tu dia!!.. patin yang akan aku beli setiap kali datang ke pasar tani ni. Goreng memang sedap ... x yah nak masak berkuah sangat.. Ini Fresh punyerr.. kat sini harganya Rm10 sekilo.. ikan talapia tu ade dua harga rm8 dan rm10. Kat pasar tani ni memang femes dengan ikan-ikan sungai yang segar-segar. Kejap-kejap ade jer org perseorangan yang akan hantar produk diaorang yang akan dijual disini. Mmm.. biasalah.. artis ni akan enterframe gak.. dia sorang je yg follow, yang lain tggl kat umah. Yang belakang baju coklat tu My Mom la.. serba sedikit suasana di pasar tani tadi ikan sikit, kalini banyak pulak. ade yang baru antar.. mari!! mari!!.. Kalau dah pasar tani, x sah kalau x sesak!!.. |
Lelaki Ditetak Dalam Pergaduhan Samseng <b>Di Batang Kali</b> [18 SG] Posted: 08 Jul 2013 01:54 AM PDT Lelaki di dalam video ini ditetak dengan kejam di kepala dan putus tangan. Kejadian ini berlaku di stesen minyak Shell, Ligamas Batang Kali, Selangor pada 4 Julai lepas. Lelaki ini mati ditempat kejadian sebelum ambulans datang. Sumber : Here |
You are subscribed to email updates from di batang kali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan