Selasa, 12 November 2013

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


~* The Journey Of My Wonderful World *~: 2D1N <b>Di</b> Gold Coast <b>Morib</b>

Posted: 23 Oct 2013 06:13 AM PDT

Untuk memenuhi permintaan iceboxrivet yang suruh buat review pasal tempat ni.. (Tak reti sangat pun nak review ni ayu oiii..)
Sebenarnya ari tu plan nak pegi Isnin sebelum Raya Haji..tapi bila call hotel kata dah penuh..so ahad baru ni la dapat pegi. Ok gak kan..dapat relax pas kalah badminton..kahkahkah.. (tak abis lagik)
Beli voucher groupon je pon..murah dan berbaloi!! sangat!! RM168 for 2 termasuk 2 coupon sarapan pagi dan 2 tiket masuk water theme park.. tapi yang datangnya 6 orang..hihihi. Masa check in just tunjuk voucher yang dah print..tak bawak yang printed tu mintak mahap..boleh la patah balik rumah..uhuhuhu
Disebabkan kami anak beranak ni ramai so amik 1 extra bed. Dia charge RM60 dan dapat 1 lagi coupon untuk breakfast. Tapi extra bed itu hanya air bed ok.. but still ok sebab dia balut ngan cadar. :p Setakat nak tido satu malam kan.. Dan saya request baby cot..yang ni kena minta masa check in tau..termasuk la extra bed tadi. Baby cot ni F.O.C jer..
Masa mula2 masuk bilik tu memang tak terfikir pun nak amik gambar bilik..bila kakak pm kat fesbuk suruh amik gambar sebab dia nak tengok baru la nak snap..huhu.. Maka dapat la permandangan bilik yang indah macam di bawah ni..ngehngehngeh. Tak sesuai langsung gambar macam ni wat review kan..wat tawar hati orang jer..hihi. Paham2 sudah la k! sebab ini adalah gambar di hari kedua.. Eh..semua gambar pun amik hari kedua..dan malam sebelum tu. Gambar di hari pertama memang yillek..
 Dapat bilik ngan 2 single bed.. bila cantum boleh tido 4 orang atas tu. Tapi mak ngan anak2 kecil jer la kan.. Papa seperti biasa sanggup mengalah tido kt bawah.tq B! :')

 Ada tingkap yang membolehkan korang main intai2..haha. Notti tau budak2 tu.. walaupun tingkap  boleh tutup n lock tapi tetap boleh intai gak.. Sapa pernah pegi tu mesti tau kan.. ;P


 Private Jacuzzi..Memang bestttt.. ;p

Budak kecik ni seb baik behave sepanjan masa..dan nak jer tdo dalam tu sampai pagi..

 Disebabkan beli voucher yang tak include makan malam so malam tu pepandai la cari makan kat luar. Saya just order sate jer sebab perut kenyang lagi..sate dia besarrr. Larat makan 4 cucuk jer..

Kakak order mee goreng jer..rasa so so jer. Papa yang jadi tukang perabis..mama dah full..
Gambar sedikit blur..(elok gak..;p) Sebelum gi mandi kat bawah anak dara dua orang ni berendam dalam jakuzi dulu..
Hari kedua tu saya dan Harraz tak join diorang mandi kat theme park. Asalnya nak tidokan budak kecik tu la..try punya try tak jalan jugak so turun la jugak. Tengok kakak2 dan abang dan papa sekali mandi.. 

Hannan nampak jer mama terus suruh kita ambik gambar dia tengah beraksi.. huhu

Papa melayan mermaid berdua ni..Auni siap nak buka baju lagi...nak mandi bogel. Sabar je la anak dara ku sorang tu..

Diorang lagi..masa ni Hannan dan papa dah gi layan slide..

View..water theme park dia tak besar mana tapi ok la setakat nak bawak budak2 mandi2..happy2 kan..

Gambar tak ikut turutan..

Apartment..tapi bilik yang kami dapat tak dapat view ni. Dapat bilik menghadap jalan tapi nampak laut..sipi2 :)

Dah kesejukan tapi tak putus asa...

Tak tau apa yang diorang sembangkan..

Auni mandi kejap jer..pastu kata sejuk nak naik bilik. Kebetulan Harraz pun dah terlena atas bahu mama so naik dlu..tinggalkan papa..abang..dan kakak.

Kejap jer pon tidonya..pastu bangun balik..bermain.. Mujur tak nangis jer..
Budak yang kononnya nak tido tapi tak tido2 pun. "Mama tepuk la Auni..Auni nak tido ni"..ciss ;p
Tak lama pas tu dalam kul 11 diorang bertiga naik. Terkejut tengok kulit Hannan dah hitam..rentung dek sun burn :') Huhuhu... Pas setel berkemas semua.. check out..tepat kul 12 :)


Budak ni tido paling lama..penat apa ntah ;D
Sekian la entry jalan2 kali ni. Insyaallah next time memang akan pegi lagi sebab sebelum beli voucher yang ini dari groupon..saya dah beli voucher dari streetdeal, beli lepas raya ari tu. Tapi yang tu beli package birthday..dalam RM2++ termasuk birthday cake..birthday gift dan apa lagi ntah..dah tak ingat.
Tengok la nanti sapa punya rezeki.. :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads