Selasa, 12 November 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Pedrosa, Salom terpantas <b>di Sepang</b> - The Borneo Post Online

Posted: 13 Oct 2013 03:51 PM PDT

Posted on October 14, 2013, Monday

SEPANG: Pelumba Sepanyol, Luis Salom dari pasukan Red Bull KTM Ajo menjuarai perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Sepang semalam.

Ini merupakan kemenangan ketujuh beliau musim ini pada Kejohanan Motosikal Dunia.

Salom, yang bermula pada petak pertama memenangi perlumbaan selepas mencatat masa 40 minit 42.441 saat dalam perlumbaan 18 pusingan itu.

Rakan senegara Salom iaitu Alex Rins dari pasukan Estrella Galicia 0,0 menduduki tempat kedua selepas mencatat 40:42.510s.

Pelumba Portugal Miguel Oliveira di tempat ketiga dengan catatan masa 40:42.849s.

Selepas kemenangan itu, Salom terus menguasai senarai pendahulu dengan mengumpul mata berjumlah 284 berbaki tiga perlumbaan, di depan Rins dengan kelebihan 14 mata.

Maverick Vinales dari Team Calvo di tempat ketiga dengan 258 mata.

Bagaimanapun, rakan sepasukan iaitu Muhammad Zulfahmi Khairuddin dari Malaysia kecewa kerana tidak dapat beraksi di gelanggang sendiri, yang menyaksikan beliau menduduki tempat kedua tahun lepas, berikutan kecederaan di pergelangan tangan selepas terlibat dalam kemalangan di Aragon, Sepanyol.

Lapan gagal menamatkan perlumbaan termasuk pelumba Itali Niccolo Antonelli dari pasukan GO&FUN Gresini Moto3 dan pelumba Perancis Alan Techer dari pasukan CIP Moto3, yang dibawa ke pusat perubatan selepas mengalami keretakan di lutut kiri.

Sementara itu, pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa merangkul kejuaraan kali ketiga MotoGP pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2013 di Litar Sepang, semalam.

Pedrosa mencatat masa, 40 minit 45.191 saat.

Rakan sepasukannya dan senegara Marc Marquez serta penunggang Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo masing- masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan mencatat masa 40:47.948s dan 40:51.860s. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads